Hi Korang,
Sambutan Tahun  Baharu Cina  di Suria  KLCC dan Alamanda  akan membawa  anda kembali ke masa lalu untuk merasai keasyikan suasana yang memikat hati sambil menghirup teh  di perkampungan  Cina yang indah. 
Pengunjung disajikan dengan  pemandangan rumah warisan  dua tingkat yang bercirikan  seni  bina tradisional Cina  dengan  deretan  kedai lama dan hiasan lampu tanglung merah yang dipasang bagi menyambut perayaan  kali ini. 
Hadir di acara perasmian sambutan Tahun Baharu Cina tersebut termasuk pihak pengurusan Suria KLCC  Sdn  Bhd, Andrew Brien,  Pengarah  Eksekutif / Ketua Pegawai Eksekutif;  Francis Tan, Ketua Pegawai  Operasi; Ben Chong,  Pengurus  Besar Suria  KLCC  serta  Edmund  Lim  dan  Yap Sook Yee, pengasas bersama  Persatuan We Care Journey. 
Berinsipirasikan semangat perayaan,  dekorasi  di  Suria  KLCC  menggabungkan  ciri-ciri tradisional dengan paparan  berhubung  proses  pembuatan teh. Selain  itu,  pokok bunga plum setinggi 20 kaki yang dihiasi  dengan juntaian  1,000  riben  berwarna  merah  dan emas simbolik kepada  harapan baharu  untuk tahun  mendatang pastinya akan menarik minat para  pengunjung  untuk berswafoto. 
Dekorasi di setiap pintu masuk Utama Suria KLCC turut memaparkan suasana upacara minum  the kaum Cina yang melambangkan  intipati perayaan tersebut iaitu penyatuan ahli keluarga. Selain itu, Tahun  Baharu  Cina  juga  adalah  momen   penting  bagi  menyatukan  masyarakat  Malaysia  dari pelbagai agama,  kepercayaan dan latarbelakang. 
Suria KLCC juga turut sekali lagi membina tanglung Cina di Esplanade KLCC. Struktur hebat ini yang berukuran 22-meter tinggi dan 12-meter lebar merupakan replika tanglung tertinggi di Malaysia yang tel ah disahkan oleh The Malaysia Book of Records. Pengunjung berpeluang bergambar dengan struktur menarik ini sehingga 22 Februari.
Pelbagai Pertunjukan yang Mengujakan 
Waktu untuk Memberi Kembali
Selain  dari  hiasan  kreatif  dan  unik,  Suria   KLCC  turut  memberi  sokongan   untuk  menyebarkan kegirangan  Tahun  Baharu  Cina  kepada We Care  Journey  melalui  penubuhan  tabung  'Share  The Care'. Tujuan  penubuhan  tabung ini adalah  untuk meningkatkan  kesedaran  masyarakat terhadap Spinal  Muscular Atrophy (SMA),  dan juga  mengumpul  dana minima  sebanyak  RMl0,000  dari  25 Januari hingga 28 Februari 2018.
Setiap pembeli  dan pengunjung yang meyumbang  RM10 bagi tujuan tersebut akan menerima riben merah  sebagai tanda  apresiasi  sokongan  mereka.  Para  penyumbang digalakkan  untuk  menulis nama atau mesej  mereka di atas riben  dan seterusnya menggantung riben  tersebut pada pokok bunga plum yang terletak di pintu masuk Park Mall Suria KLCC. Semua sumbangan akan disalurkan kepada  We Care Journey untuk pembelian   peralatan  kesihatan, serta  menjayakan  program We Care Journey untuk kesejahteraan  keluarga dan kanak-kanak yang menghidapi  SMA. 
Untuk maklumat lanjut mengenai SMA dan We Care Journey, sila  layari www.wecarejourney.org. 
Berbelanja dan Nikmati Ganjaran
Untuk memeriahkan lagi sambutan Tahun Baharu Cina, bersedialah untuk menikmati ganjaran bila berkunjung  ke Suria  KLCC  dan Alamanda  pada musim  perayaan  ini.  Mulai  25 Januari  hingga  18 Februari 2018,  pembeli  di Suria  KLCC  akan  menerima satu set teko  teh  Cina dan sampul merah dengan  setiap  pembelian   minima  sebanyak  RMl,000 dan  ke atas  di  dalam  satu  resit.  Melalui pembelian   pada  hari  minggu,  pengunjung  berpeluang  menikmati  hidangan  di  Restoran  Spring Garden  untuk  10 orang dengan  pembelian  minima  sebanyak  RM3,500  dan ke atas  di  dalam  satu resit. 
Para pembeli  di Alamanda  berpeluang menerima satu set teko teh Cina dan sampul merah dengan setiap pembelian  minima sebanyak RM688 dan ke atas di dalam dua  resit yang dikumpul.  Pembeli di Alamanda  juga  berpeluang memenangi   hadiah atau  baucar beli-belah  yang  bernilai sehingga RM50 bagi jumlah  pembelian  minima yang sama dibuat pada hari lsnin hingga hari Jumaat sahaja untuk 30 pembeli  pertama setiap hari. 
Pembeli di Mesra  Mall pula akan menerima satu set teko teh Cina dan sampul merah dengan setiap pembelian  minima  sebanyak RM350 dan ke atas di dalam dua resit yang dikumpul. 
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai promosi dan aktiviti Tahun Baharu Cina di gedung-gedung tersebut, sila layari  www.suriaklcc.com.my, www.alamanda.com.my or www.mesramall.com.my.
 



 
 











