Tuesday, June 6, 2017

Buka Puasa Di OAKWOOD Hotel, Kuala Lumpur

Hi Korang,


Ingatkan bulan puasa dapatlah buka puasa kat rumah dengan Mr Big kan, ermm rupanya tidak ye. Ada je jemputan buka puasa sana sini, kira murah rezeki kitaorang berdua bagi Ramadan ni. 


So Khamis lepas kitaorang berbuka puasa di Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur. Alah dekat jalan Ampang je, aku tumpeng je Mr Big naik motor pi, sebab malas nak tempuh jem.

Tak de apa occasion pun just jemputan makan-makan sebab sebelum ni aku tak dapat hadir ke preview buffet Ramadan kan, sambil tuh juga ada jemputan anak-anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Al-Firdausi sekali. 




Pihak hotel juga memperkenalkan chef baru ‘Chef de Cuisine ‘ – Addy Dzulfadzly Abdullah yang terkenal dengan signature dishnya iaitu Ayam Percik. Sempat aku rasa sket harus sedap jugak. 

Meh aku tunjuk a few gambar ek









Hah mesti korang rasa lapar kan? Eh tak baik ek puasa tuh tau.

Ni yang sempat di rasa






Sebelum balik tuh, anak-anak yatim ni di berikan duit raya oleh pihak hotel. Wah beruntung diaorang ni ek, yelah masa inilah mereka ini diraikan.


Seronok ek jadi budak-budak hehehe


Siap ada musician sekali tau menghiburkan masa kita makan, best tuh sambil makan-makan sambil nyanyi-nyanyi

Untuk buffet ramadan ‘Dining Under The Stars’ 2017 ni, ianya bermula dari 29hb Mei 2017 hingga 24 Jun 2017 dari 6.30petang hingga 10.00 malam.

Harga buffet Ramadhan 2017 di Oakwood Hotel adalah

RM77++ untuk dewasa 

RM39++ untuk kanak-kanak 

Jom kite ke:

OAKWOOD HOTEL and RESIDENCE KUALA LUMPUR
222, Jalan Ampang, 
50450 Kuala Lumpur


Tel : +603.2720.3888 
Fax: +603.2720.3999

Sekali sekala makan di hotel apa salahnya kan hehehehe....



Agihan ‘Pek Buka Puasa’ Bersama FONTERRA Sempena Ramadan dan Hari Susu Sedunia

Hi Korang,


Bulan ramadan yang mulia ni, sememangnya kita berlumba-lumba untuk menambahkan pahala kan, berkat tuh bulan puasa ni. 



Eh tak ketinggalan jugak, syarikat-syarikat besar juga mengadakan CSR program di bulan puasa ni dan salah satunya syarikat jenama FONTERRA yang menjalankan program agihan ‘pek buka puasa’ sempena Hari Susu Sedunia. Majlis ini di adakan di Majlis lkhlasiah, pusat komuniti Kampung Kerinchi Kuala Lumpur. 

blogger Diya, Kak Hanny, Amir pun ada jugak

Di sebabkan bulan puasa ni dapat balik awal so sempatlah aku ke Kampung Kerinchi petang tu bagi menyaksikan sendiri majlis yang penuh bermakna ini. 

Syarikat pemakanan tenusu dari New Zealand itu, mengagihkan produk Fernleaf, susu Anlene, CalciYum dan juga bubur lambuk yang di mana santannya menggunakan susu fernleaf kepada orang ramai selepas solat asar hari itu.


Encik Jose Miguel Porraz Lando, Pengarah Urusan Fonterra Brands Malaysia dan Singapura berkata syarikat merasa bangga dalam membawakan produk yang terbaik dari New Zealand untuk menyokong kesihatan dan pemakanan rakyat Malaysia.

"We feel very privileged to be here today to have the opportunity to celebrate the blessed month of Ramadan and World Milk Day with the community at Kampung Kerinci. "As one of the leading providers of dairy products in Malaysia, we're big believers in the nutritional value of dairy and during the month of Ramadan it's vital that people have the right nutritional in-take to support a healthy fast," kata Mr Porraz Lando.

Susu adalah salah satu minuman berkhasiat yang mengandungi nutrien penting seperti protein, kalsium, kalium, Vitamin D dan B, yang boleh membantu sokongan nutrien yang hilang dan membantu membendung rasa lapar semasa waktu berpuasa.

Beberapa keping gambar yang sempat aku ambil ketika majlis berlangsung






Sykurrr... buka puasa nanti dapat makan bubur lambuk ek

Hari Susu Sedunia adalah satu inisiatif oleh Pertubuhan pertanian dan makanan (FAO), sebuah badan Bangsa-Bangsa Bersatu. Ia diraikan di seluruh dunia dalam menyedari kepentingan susu dan hasil tenusu sebagai sumber pemakanan untuk berjuta-juta seluruh dunia.


Sedikit info mengenai Fonterra Brands Malaysia


Fonterra Brands Malaysia menghasilkan jenama tenusu seperti Anlene, Fernleaf, Anchor dan Anmum (Materna, Lacta and Essential). Semua produk Fonterra halal yang disahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), dan mengikuti satu jaminan Halal yang ketat dan proses kualiti dan keselamatan makanan dari rumput dari ladang-ladang di New Zealand kepada produk akhir yang mencapai pengguna. Fonterra Brands Malaysia mengeksport produk tenusu Diperakui Halal ke lebih daripada 13 buah negara di rantau ini, menjadikan Malaysia sebagai hab Halal serantau



Monday, June 5, 2017

Shopping Dan Berbuka Puasa di Citta Mall

Hi Korang,

Ermm buka puasa lagi

Kalau boleh aku cari tempat yang senang dan mudah ketika hujung minggu, yelah cari tempat yang boleh shopping sekali. So jimat masa dan tenaga, jalan semua tempat yang dekat-dekat je.

Bila dah macam ni aku terkenanglah Citta Mall lah

Boleh di katakan macam-macam kedai ada di Citta Mall ni baik tempat shopping mahupun tempat makan yang sedap-sedap belaka. 

So hari tuh aku kemari lah dengan Mr Big yelah weekend tak de nak buat apa kan so jejalan-jalan sambil plan buka puasa kat luar. Not bad jugak Citta Mall ni, terkesima sekejap aku dibuatnya alah sebab lama tak pi kan dah ada memacam kedai. 

Kedai yang aku masuk adalah Methis Living

Unik seh kedai perabutnya, kayu kayan asli. 





Harga boleh tahan jugak, suka pulak aku masuk kedai ni.

Lepas tuh, Mr Big pulak heboh ajak aku masuk ke Volt Bicycle ni. Yelah mamat basikal memang tak boleh lari dari minatnya kan





Ada pulak yang dia berkenan tuh, sibuk belek sana belek sini.

Masuk pulak kedai BBQ King ni, la Mr Big kan minat menda yang berkaitan lepak-lepak outing tepi pantai ni so BBQ set salah satu dalam list shopping kitaorang. 





Yelah beli yang biasa tuh asyik cepat je rosak, so ni yang nak cari berkualiti sket jadi tahan lama nak memakainya. Barulah makanan yang di grill tuh berkhasiat dan menyelerakan. 

Kemudian kitaorang decide nak buka puasa ala-ala omputih untuk hari tuh. 

Ada banyak nau pilihan di antaranya Chilis dan Tony Romas

Tengok gambar outler dan menu Chilis ni







Wah memukau mata dan perut

Kemudian kitaorang tengok gambar outlet dan menu pilihan di Tony Romas pulak,









Ya ampun lagi tak boleh tahan so mana satu nak pilih. 

Sudahnya Tony Romas lah jadi pilihan kitaorang sebab Mr Big nak makan ribs, lapar benar katanya

Itulah sememangnya terdapat banyak pilihan kedai makanan untuk berbuka puasa bersama keluarga di Citta Mall ni. Ada makanan tradisional, Barat, Korea, Jepun dan banyak lagi. Selain daripada itu, \terdapat banyak kedai-kedai yang menawarkan barangan perhiasan rumah, kedai kasut, kedai buku, barangan elektronik dan pelbagai lagi. Bagi aku ianya merupakan ‘one stop centre’ yang menawarkan begitu banyak barangan dan servis yang pastinya dapat memberi kepuasan pada setiap pengunjung yang datang ke Citta Mall.

Keterangan lanjut boleh layari : http://www.citta.com.my

So apa tunggu lagi, jom lah ke Citta Mall