Hi Korang,
Entry bercorak info ni, penting oo untuk pengetahuan korang. Yelah sekarang ni kan musim demam denggi kan.
Pemaju penyelesaian mobil, New Wave Communications Sdn. Bhd., hari ini memperkenalkan Kil-Dengue, iaitu aplikasi mudah alih revolusi yang direka untuk menangkis nyamuk yang merupakan pembawa penyakit denganmenjana frekuensi atau gelombang bunyi yang menghalau mereka!
Aplikasi ini mengambil masa 3 tahun untuk diperkembangkan dan diuji terhadap jenis nyamuk tempatan bagi memastikan keberkesanannya. Formula frekuensinya didapati berkesan menghalau lebih daripada 75% nyamuk Aedes Aegypti yang merupakan vektor utama pembawa denggi dan keberkesanannya telah diuji oleh lnstitut Penyelidikan Perubatan, Malaysia.
Encik John Sung, pengerusi daripada New Wave Communications memaklumkan kepada media di majlis pelancaran aplikasi bahawa teknologi menggunakan frekuensi bunyi untuk menghalau nyamuk bukanlah baru. "Niat asal kami adalah untuk menyesuaikan teknologi yang sedia ada di Korea untuk pasaran Malaysia. Walau bagaimanapun, apabila kami mendapati bahawa gelombang bunyi yang lain diperlukan untuk menghalau nyamuk di Malaysia, kami mengambil keputusan untuk menguasahakannya dan ia diuji oleh lnstitut Penyelidikan Perubatan agarfrekuensi yang betul digunakan berkesan untuk menghalau nyamuk pembawa denggi," katanya.
Sesungguhnya, Malaysia mempunyai jenis nyamuk dan senario denggi yang berbeza. Pada tahun 2014, negara inimenyaksikan peningkatan yang dramatik dalam jumlah kes denggi yang dilaporkan, dan trend itu berterusan dalamtempoh suku pertama 2015 dengan 32,535 kes dan 101 kematian dilaporkan bersamaan 37% kenaikan kes-kes danmenggandakan bilangan kematian dalam tempoh yang sama pada 2014. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia,sejumlah 108,698 kes denggi telah dilaporkan pada tahun 2014, melebihi paras 100,000 untuk kali pertama dan merupakan peningkatan 151% berbanding 2013. Wabak sepanjang tahun ini adalah yang paling teruk dalam sejarah negara kita, dengan mengorbankan 215 nyawa.
Oleh itu, ia menjadi keperluan untuk melindungi rakyat Malaysia daripada denggi, aplikasi mobile Kii-Dengue khususdibangunkan dan diuji untuk menangkis nyamuk Aedes Aegypti dengan berkesan, yang merupakan vektor utama bertanggungjawab menyebarkan virus yang menyebabkan denggi.
Menurut Dr. Hidayatul Fathi Othman, Profesor Madya Parasitologi dan Entomologi Perubatan di Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia dalam perbentangan semasa pelancaran menjelaskan bahawa nyamuk Aedes selalunya dtemui di populasi nyamuk tempatan dan nyamuk Aedes Aegypti mewakili 90% daripada jenis yang menyebarkan denggi di rumah.
"Nyamuk Aedes Aegypti menyebarkan jangkitan virus denggi sewaktu menggigit,tetapi hanya nyamuk betina yangtelah membiak berbuat demikian kerana memerlukan protein darah manusia untuk telur di dalam badannya. Apabila telah membiak, mereka akan menghindari nyamuk jantan," jelasnya.
Dorothy Yap, Ketua Aplikasi Mobil di New Wave Communications berkata,"Dengan mengikut tingkah laku nyamuk betinaini, aplikasi kami menghasilkan frekuensi terbang nyamuk jantan untuk menghalau nyamuk betina, dan diuji dapatmenghalau 75% daripada vektor ini dengan berkesan."
Dorothy menambah lagi, "Frekuensi kami mempunyai bunyi yang sangat rendah atau tidak kedengaran ke telingamanusia. Walaupun begitu, ia mempunyai pic yang betul yang dapat menghalau nyamuk Aedes Aegypti dengan berkesan."
"Selain daripada keberkesanannya, kebaikan menggunakan aplikasi menghalau nyamuk adalah mobiliti, kebolehpercayaan dan senang digunakan. Ia senang didapati atas talian dan setelah muat turun, anda boleh mengaktifkan frekuensinya bila-bila masa dan di mana -mana sahaja apabila diperlukan,walaupun di tempat yang tiada isyarat dan hasilnya adalah segera!"
Aplikasi mudah alih Kil-Dengue ini boleh digunakan untuk Android dan lOS. Hanya perlu mencari 'Kil-Dengue' dalam App Store dan Play Store. Aplikasi ini akan muncul seperti biasa. Korang hanya perlu memuat turun dan mulakan langganan.
Langkah-langkah untuk Memuat Turun Aplikasi Kil-Dengue
Pergi ke Play Store I App Store
Sila buka app Google Play korang pada smartphone
Cari Kil-Dengue
Gunakan fungsi carian dan cari 'Kil-Dengue'
Muat turun dan Pasang
Hanya klik pada app dan pasang dan korang sudah bersedia untuk menggunakannya
Kil-Dengue adalah aplikasi mudah alih berasaskan langganan satu kali. Jumlah cajnya adalah RMlO.OO untuk langganan dengan alat mudah alih Android, dan USD2.99 untuk alat mudah alih lOS. Bayaran akan ditolak terus dari akaun App Store atau Play Store anda. Untuk melanggan, pastikan akaun Google atau Apple korang dikaitkan kepada kredit atau kad debit korang.
Kajian formulasi frekuensi menghalau nyamuk Kil-Dengue akan terus dijalankan untuk membaikpulih ratio penghalauan nyamuk Aedes Aegypti. Sementara itu, frekuensi aplikasi tersebut sedang menunggu kelulusan paten. Malaysia merupakan negara pertama di mana aplikasi ini diperkenalkan, diikuti oleh negara-negara AsiaTenggara kelak.