Showing posts with label one stop furniture mall. Show all posts
Showing posts with label one stop furniture mall. Show all posts

Tuesday, June 25, 2013

Maju Home Concept Store Kini di Puchong

Hi Korang,

Ahad yang berjerebu lepas, tak menghalang aku untuk ke pembukaan rasmi Maju Home Concept ni.


Sebelum ni aku pernah perasan kedai yang berkonsep ‘One Stop Furniture Mall’  ni di Setapak. Now kini dibuka di Puchong plak. Rupanya Maju Home ni dibuka pada tahun 1987 di Kuala Lumpur, hah betul lah outlet yang aku nampak tu kan.

Ermm mesti good business kan.


Biasanya kalau family business memang berkembang dengan cepat coz ramai pelanggan setia dah kenal so lagi senang nak berurusniaga.








Konsep ‘One Stop Furniture Mall’ yang unik ini memanfaatkan para pelanggan, dari segi harga yang berpatutuan dan pilihan yang buat aku rambang mata. Selain itu, para pelanggan dapat memilih perabot dan perkakas rumah mereka, sebagaimana mereka menjangka perabot pilihan mereka akan kelihatan di rumah sendiri. Kira macam korang boleh imagine, nak letak sofa kat mana, meja makan kat mana kan.





Upacara perasmian di mulakan dengan Tarian Singa, sebelum Pengarah Urusan Maju Home Concept, En Low berkongsi sepatah 2 kata dalam mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak atas sokongan yang diberikan semenjak syarikat ini mula-mula beroperasi.


“Kami sentiasa percaya bahawa persefahaman kukuh dengan para pembekal tempatan adalah penting kerana kami mempercayai kualiti parabot buatan Malaysia. Ini membolehkan kami memantau kos operasi kami dan terus menawarkan harga yang paling menarik kepada pelanggan kami“, kata En Low.







Maju Home Concept ni merupakan  Mall 3 tingkat yang menawarkan pelbagai pilihan perabut, perhiasan dan perkakasa rumah, termasuk langsir, kabinet dapur, perkakas dapur dan bilik mandi, sofa, lampu, perabot pilihan, perabut kanak-kanak serta perabot pejabat. Stor ini juga menawarkan antara pilihan perkakas kamar tidur yang terbesar di Lembah Klang, termasuk pilihan tilam yang pelbagai.










Korang yang tengah sibuk cari perabot untuk Hari Raya nanti ni, boleh lah ke


Maju Home Concept Mall
Wisma LKT PT35200
Persiaran Subang Damai (off LDP),
Subang Jaya, Selangor

Kalau nak tau more details mengenai Store Puchong ni boleh hubungi 03- 8068 3661 ye untuk pertanyaan.


So apalagi, meh lah lekas. Aku pun rambang mata sungguh dibuatnya. Dan dan tu jugak nak tukar perabot kan.