Showing posts with label media launch. Show all posts
Showing posts with label media launch. Show all posts

Thursday, July 10, 2014

Maybelline WHITE SUPERFRESH Cake Powder Launch Di Porcelene Jazz

Hi Korang,

Lama tak pi event Maybelline kan?

Itulah bila Connie ajak je, terus menggeletis nak pergi. Alah bukan apa, nak tau jugak apa produk terbaru Maybelline New York ni kan.


Kira first time aku ke Porcelene Jazz kat Damansara Perdana ni,kalau tak WAZE memang sesat barat dibuatnya. Lepas tu plak, nak naik lift pun kena tukar-tukar. Salah naik lift ke tempat lain, nasib baik ada pak guard yang sedia membantu.


Rasanya ramai yang perasan muka aku jenis kulit berminyak kan, so anytime kene tepek bedak untuk hilangkan minyak tuh. Kalau tengahari lagilah teruk, berkilat je sana sini.



So Maybelline memperkenalkan White Superfresh Cake Powder SPF34 PA+++ di mana bedak ini menjadikan kulit muka senantiasa segar dan bersih daripada peluh dan sebum yang boleh mengakibatkan muka berminyak dan bermasalah.

The beauty report is in for Fall/Winter 2014: Models from New York Fashion Week were seen sporting these beauty trends – fair and fresh skin with intense eyes and shocking pink lips. These were the looks created by celebrity makeup artists who have collaborated with Maybelline New York for New York Fashion Week.



Dengan ciri unik Clean Touch Powder System, White Superfresh Cake Powder SPF34 PA+++ akan meninggalkan kulit andaultra licin tanpa sebarang usaha touch up pun. Sistem inovatif melampaui penyerapan sebum, mempercepatkanpengeringan peluh & penyejatan air di muka.


Bagi menyakinkan lagi mengenai clean touch powder system ni, ktorang media yang datang di beri peluang untuk mencuba sendiri keberkesanan cake powder ni.

Ada 2 demo kit, iaitu satu untuk minyak dan satu lagi untuk air. Mehlah kita cuba ek.


1 demo kit (air) nampak kan perbezaannya lepas aku masukkan setitis air ke dalam kedua-dua sample bedak tuh.


1 demo kit (minyak) nampak kan perbezaannya lepas aku masukkan setitis minyak ke dalam kedua-dua sample bedak tuh.


Daripada gambar tu korang dah boleh nampak perbezaannya kan. Maybelline White Superfresh Cake Powder memang mengeringkan dan menghilangkan apa jua yang dirt yang ada kulit muka kita ni. Terima kasih lah kat Clean Touch Powder System's Mineral Perlite yang mengandungi 5 kali penyerapan di dalam kandungan bedak tersebut dengan sekali sapuan je tau.


Maybelline New York White Superfresh Cake Powder SPF34 PA++ boleh di dapati di seluruh Negara pada harga RM23.90 dan pek refill RM11.90

Selain daripada itu, Maybelline juga memperkenalkan beberapa produk kecantikan lain tau.

Ni hah, aku listkan ye

HyperCosmos Trio Eyeshadow

Boleh di dapati dalam 4 pilihan warna

02 Venus Gold, 04 Pinky Comet, 05 Galactic Purple, 01 Coppered Mars

Retail price: RM29.90


Pink Alert by Colour Sensational

Boleh di dapati dalam 4 pilihan warna


PW1, PW2, PW3, P4

Retail price: RM29.90

Colossal KAJAL Eyeliner

Eyeliner ni diformulasi untuk bahagian bawah mata dan dalam mata yang mengandungi pigmen hitam yang akan menaikkan seri mata. Alah jangan bimbang lah, Colossal Kajal ni waterproof dan smudge-proof hingga 12 jam. Ianya mengandungi minyak zaitun, Vitamin E & C yang lembut pada mata.

Retail price: RM19.90

Ada jugak demonstrasi makeup menggunakan ke empat-empat produk kecantikkan ini.

Trend #1 : Fair Beauty

Trend #2 : Rock Chic

Trend #3 : Hypnotic Eyes



For more information, visit Maybelline Malaysia for more updates:





Ermm raya ni, bergaya sakan la aku ek. Barang make-up bukan main banyak ooo. Hari-hari tukar gaya make up kan.

Jom shopping nak!




Thursday, July 3, 2014

Rasa Nak Tempah Langsir Di PASAYA Textile Library Plak

Hi Korang,

Aku jarang citer pasal household kan.

Ermm itulah aku kureng sket bab-bab menghias rumah ni. Bukanlah kata aku ni pemalas, but as long as tingkap berlangsir, kemas, lantai bersih cukuplah. Tak yah nak bertema sangatlah, lagipun rumah aku ni kecik je, rumah burung merpati katanya.

Hehehe

Ini first time aku ke event launching produk barangan rumah. Kira cam jakun-jakun sket lah hehehe. Memang aku tak pernah dengar pun jenama PASAYA ni, tapi famous sungguh di oversea. Baru je nak masuk pasaran Malaysia.


PASAYA adalah jenama produk tekstil rumah mewah untuk kedua-dua gaya hidup klasik dan kontemporari. Diilhamkan oleh falsafah Timur dan digabungkan oleh inovasi Barat, yang meningkatkan gaya hidup setiap individu. Oleh itu, PASAYA - kejuruteraan untuk kehidupan yang sempurna.

Syarikat pengeluaran pada asalnya ditubuhkan pada tahun 1986 dengan hanya segelintir mesin tenunan dan kurang daripada lima puluh pekerja, yang diketuai oleh Schle Wood, seorang jurutera Tekstil lulus dari Philadelphia, Amerika Syarikat merangkap pengasas PASAYA


Jenama PASAYA ditubuhkan pada tahun 2002, yang terletak di Bang Pae Daerah, Ratchaburi Province, Thailand. Di kawasan seluas 640,000 meter persegi, PASAYA ialah garis pengeluaran bersepadu menegak yang terdiri daripada pereka dalaman, pemprosesan benang, menenun, pencelupan, finishing dan jahit, sepanjang jalan ke selesai pengeluaran produk dan pengedaran. Setiap peringkat pemprosesan dikawal oleh sistem jaminan kualiti yang ketat dan sesuai dengan standard kualiti antarabangsa.

Selepas bertahun-tahun sebagai pengeluar terkemuka di pasaran antarabangsa, produk PASAYA kini boleh didapati di 16 negara - Australia, China, Republik Dominican, Dubai, Mesir, Perancis, Greece, India, Jepun, Malaysia, New Zealand, Singapura, Tasmania, Thailand , Turki dan Vietnam.

PASAYA memberi tumpuan kepada kain, langsir, cadar, upholsteri, perabot dan aksesori termasuk perhiasan seperti permaidani, runner meja / tidur dan seni tekstil.






Fabrik 

Diilhamkan oleh falsafah Timur dan direka oleh teknologi Barat, PASAYA menawarkan pelbagai reka bentuk yang tersendiri dari klasik kepada gaya kontemporari. Perkhidmatan dibuat-untuk-pesanan tersedia untuk langsir, cadar, kusyen dan rumah barang-barang lembut hiasan.
 
PASAYA memberikan anda 100% Jaminan Kepuasan 

Ia adalah keseronokan PASAYA untuk memberi anda 100% jaminan kepuasan dengan produk-produk kami kepada pelanggan. Jika terdapat mana-mana rasa tidak puas hati terhadap fabrik dalam tempoh 180 hari dari tarikh pembelian, kita lebih daripada bersedia untuk menggantikannya tanpa sebarang kos. 

Jaminan ini termasuk: 
• Warna kubu kepada cahaya 
• Warna kubu membasuh 
• pengecutan maksimum 5% selepas membasuh





Bed Linen 

Semua koleksi cadar memenuhi standard kualiti tinggi termasuk kubu besar warna, ketahanan kerap membasuh, rintangan pilling dan pencegahan pengecutan. Melampaui produk berkualiti tinggi, PASAYA menggabungkan nilai-nilai daripada konsep sendiri 'Safe Sleeping' dengan mewujudkan formaldehid bebas dan cadar dibersihkan yang menghapuskan pencemaran dan toksin yang boleh menjejaskan kesihatan dan bau yang tidak menyenangkan selepas penggunaan intensif atau mencuci. Ciri-ciri lain termasuk kedutan percuma dengan penjagaan mudah, boleh dibasuh mesin dan dihasilkan di jacquard ketumpatan tinggi tenunan untuk padat, kemasan sentuhan halus muktamad.


Di mana nak dapatkan produk PASAYA ini. 

Produk PASAYA terdapat dalam PASAYA Textile Library terletak di Ibu Pejabatnya di Bukit Jalil, Kuala Lumpur 

Produk PASAYA juga diedarkan melalui rangkaian pengedar dan boleh didapati di seluruh dunia di lebih daripada 16 buah negara dan berkembang. 

Di samping itu, PASAYA menyediakan perundingan profesional dan perkhidmatan yang dibuat khas untuk memenuhi keperluan setiap pelanggan individu.



Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ibu Pejabat PASAYA di 03-8074 8883/8887 atau layari



Untuk media pertanyaan, sila hubungi Ruby Lim di 03-8074 8883 atau e-mel di rubylim@pysh.com.my

Bila dah masuk ke PASAYA ni, rasa teringin plak nak tukar langsir baru kan. Fabriknya sangat-sangat cantik dan lembut plak tu kainnya. Designnya pun memang jarang ditemui kat kedai kain biasa-biasa ni.

May be inilah masa yang sesuai untuk korang mula survey produk di PASAYA ni, bukan apa maklumlah nak dekat nak raya ni. Banyak yang nak bertukar baru, macam langsir baru, sofa baru, bedsheet baru. Penting kata semua baru lah.

Mai la singgah ke PASAYA ni

Wednesday, April 16, 2014

GUARDIAN People Choice Awards 2014 Kembali Lagi


Hi Korang,

Rasanya ini tahun kedua aku join Guardian People Choice Award ni walaupun anugerah ni dah diperkenalkan 13 tahun yang lepas. Ermm dah lama ek, rasa rugi plak lambat dapat tau.


Guardian, peneraju rangkaian farmasi, kesihatan dan kecantikan kini menukar nama Anugerah Pilihan Pelanggan kepada Anugerah Pilihan Pengguna bagi mengiktiraf sokongan mereka kepada cara popular tersebut yang diadakan setiap tahun.


Selain itu, Guardian turut memperkenalkan satu kategori anugerah yang baru, Anugerah Pilihan Remaja bagi menunjukkan penerimaannya terhadap trend yang semakin berkembang di kalangan remaja, dimana mereka bangga dalam menyuarakan pemilihan barangan kesihatan dan penjagaan diri mereka.

Macam biasa, kita sebagai para pelanggan Guardian boleh mengundi jenama kegemaran korang dan memenangi pelbagai hadiah hebat dalam masa yang sama.


Korang pun boleh join, caranya senang je.

1. Spend minimun RM20.00 dalam single receipt kat memana store Guardian bermula 3 April – 29 April 2014.

2. Nanti korang diberikan form dan korang just VOTE produk mana yang menjadi pilihan hati korang mengikut kategori yang dipertandingkan.

3. Dah siap, hantar balik kat Guardian. Itu je.

Semua penyertaan boleh dihantar menggunakan borang peraduan atau layari www.facebook.com/guardianmalaysia untuk mendaftar dan mengundi jenama kegemaran korang. Korang di ingatkan untuk menyimpan resit pembelian untuk pengesahan pemenang dan penebusan hadiah.


Hadiah-hadiah untuk GUARDIAN People Choice Awards 2014 seperti berikut :

Hadiah Utama – baucer Guardian RM10,000 dan percutian spa 3hari/2malam untuk 2 orang di Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur

Hadiah-hadiah lain termasuk :

Dua (2) hadiah pertama berupa baucar Guardian RM5,000 setiap seorang.

Tiga (3) hadiah kedua baucer Guardian RM1,000 setiap sorang

Tiga (3) hadiah ketiga berupa baucer Guardian RM500 setiap sorang

50 hadiah saguhati berupa baucer Guardian bernilai RM50 setiap seorang.


So masa PC bagi award ni hari tuh, ktorang para bloggers ni dah disediakan satu segmen iaitu ‘Media Shopping Challenge’. Ktorang di kehendaki mencari dan menentukan apakah kategori barangan di dalam yang senarai yang di sediakan.

Hah mengelabah memasing mencari barang dalam Guardian Sunway Piramid ni, dengan aku-aku pun berlari gak. Ermm dapat jugak semua list barangan tu tau. Yang best tuh, aku menang first prize lagi. So dapatlah hadiah sebotol minuman kesihatan tajaan Lennox. Ermm rasa berbaloi gak lah. Tak sia-sia berlari ke sana kemari mencari barang tadi.

Hehehhehehehehhe sukerlah. Suke sangat dibuatnya. Rasa cam tak percaya pun ada gak.


Bagi kategori Anugerah Pilihan Remaja, korang anak-anak dara dan teruna yang berumur di antara 13 – 19 tahun layak mengundi produk kegemaran korang. Guardian juga menyediakan beberapa hadiah bernilai RM10,000 termasuk tiga (3) PS4 dan tiga (3)iPad Air. Apa yang best untuk kategori ni, para remaja boleh menyertainya secara percuma tanpa sebarang pembelian. Hehehehhe best ek


Terdapat 90 kategori yang mengambil bahagian tahun ni dan hampir 400 produk dipertandingkan dalam Anugerah Pilihan Pengguna dan Anugerah Pilihan Remaja yang terdiri daripada produk penjagaan rambut, penjaggan muka, penjagaan diri, kosmetik, kebersihan, makanan tambahan, ubatan, produk ibu dan bayi, konfeksi, barangan rumah dan perhiasan.

Sempat lagi nak join tau..

Tuesday, March 18, 2014

Neutrogena HYDRA BOOST Gel SPF30 PA++ Media Launch

Hi Korang,

Kalau cakap pasal kecantikkan memang tak pernah habis.


Dah perangai semulajadi orang pompuan kat alam semesta ni, cantik itu penting ye. Kulit yang sihat sebenarnya yang kita duk cari-cari selama ni.



Oleh sebab itu, Neutrogena, jenama penjagaan kulit no. 1 dermatologist telah pun mengeluarkan produk terbaru mereka Neutrogena HYDRA BOOST Gel SPF30 PA++ yang berupaya membuatkan kulit muka kita wanita asia ni senantiasa terhidrat dan dilindungi setiap masa.


HYDRA BOOST Gel SPF30 PA++ ini merupakan penambahan terbaru di dalam rangkaian hydrating mereka iaitu HYDRA BOOST. Bahan utama yang digunakan untuk penghasilan produk ini adalah Hyaluronic Acid dan Olive Extract.

Meh belajar sket pasal kulit kita ye

Ms Cindra Tsai, Group Brand Manager of Neutrogena 

Dr Chang Choong Chor, Consultant Dermatologist





Kelebihan HYDRA BOOST Gel SPF30 PA++ ini adalah :-

Hydration – Hyaluronic Acid and Olive Exract effectively provides over 400% of hydration to dry skin cells.

Sun protection – With board spectrum UV filters, SPF30 PA++ keeps skin well-protected against harsh environmental factors and harmful UVA and UVB rays, which darken skin and weaken its protective barrier.

Ermm tulis omputih sket coz fakta penting tuh ye.

sempat cuba gak tau


Ianya sangat menyegarkan dan teksturnya agak ringan dan juga meninggalkan kulit semakin lembut dan selesa selepas beberapa jam di gunakan.


Di antara rangkaian produk HYDRA BOOST ni adalah

Neutrogena HYDRA BOOST Mousse Cleanser
Neutrogena HYDRA BOOST Clear Lotion
Neutrogena HYDRA BOOST Essence
Neutrogena HYDRA BOOST Gel SPF30 PA++
Neutrogena HYDRA BOOST Water Gel
Neutrogena HYDRA BOOST Night Concentrate
Neutrogena HYDRA BOOST Mask

Barulah set penjagaan muka yang lengkap kan.


Produk Neutrogena HYDRA BOOST Gel SPF30 PA++ ni boleh di dapati pada harga RM66.50 untuk 40 ml di Watson, Guardian dan farmasi berhampiran korang.

Meh LIKE facebook www.facebook.com/MyNeutrogena ye untuk lebih info lagi.

Lepas ni kalau menganjal jangan salahkan aku plak ek..