Showing posts with label lirik lagu. Show all posts
Showing posts with label lirik lagu. Show all posts

Friday, June 11, 2010

World Cup 2010, Bermula Hari Ini

Morning Korang,

Di antara negara yang akan bertanding.

Walaupun aku bukan peminat piala dunia yang tegar akan aku rasa majoriti semua orang memperkatakan hal piala dunia yang akan bermula hari ini secara langsung dari South Africa selama sebulan nie. Aku rasa semua TV station yang terkemuka kat Malaysia akan menayangkan opening ceremony nie secara live.

Yang paling aku tak sabar nak tengok adalah persembahan penyanyi cantik lagi seksi Shakira dengan lagu world cupnya This Time For Africa 'Waka-Waka'. Dengar2 baju untuk persembahan itu nanti di reka bertemakan piala dunia bermotifkan zebra. (Wah! kuda belanglah jadinya si Shakira nie ek).

Comel kan, maskot dia.

Selepas itu juga, ada acara perlawanan bola sepak secara live iaitu pasukan tuan rumah South Africa akan menentang Mexico. Mintak2lah diorg nie menanglah, maklumlah tuan rumah kan. Mestilah tunjuk kejaguhan mereka. Betul tak?

So, kalau korang nak tau lebih lanjut pasal World Cup, korang boleh layari web nie.


Macam-macam info yang korang boleh dapat dalam website nie. Jadual perlawanan ke, pasal pasukan bertanding ke. Pendek kata macam-macam ada lah kat dalam web nie.

Oh ini rupanya piala yang di panggil Piala Dunia nie.

Korang boleh juga follow up pasal World Cup nie thru Twitter. Best kan. Senang je nak tau informasi terkini.

p/s : nasib baik mrBig bukan peminat bola sepak tegar, kalau tak dengan aku2 sekali di angkut melanguk depan tv. So nak start hafal lah lagu waka-waka nie ek. nanti boleh nyanyi2.