Showing posts with label cara buat burger. Show all posts
Showing posts with label cara buat burger. Show all posts

Wednesday, August 1, 2012

Belajar Masak dan Makan-Makan @ BOOF RESTAURANT Dengan FoodPanda.MY

Hi Korang,


Selalunya aku dapat jemputan makan ke buffet ramadhan di hotel kan, tapi di BOOF Restaurant ini aku dapat belajar masak sekali apa yang aku makan. Betul aku tak tipu ni.




Last week lagi sekali FoodPanda.MY sudi mengajak ktorg berdua ke BOOF Restaurant yang terletak di Jalan Sultan Ismail, KL ni. Ok sesampai je register dulu ek, kang tak boleh masuk plak.




Actually BOOF Restaurant ini berkonsepkan fast food yang berasal dari Tehran, Iran. Alah sekali pandang macam KFC kat Malaysia ni. Dekat Iran dah ada lebih daripada 50 restoran dan kini BOOF Restaurant ni mula bertapak di Malaysia pada mid 2011.



Sebelum tu, mestilah ada some speech dari manager BOOF Restaurant ni, cerita mengenai menu-menu yang terdapat di restoran ni lah. Ada ayam, ada pizza, ada burger dan memacam lah.


Sementara nak tunggu time berbuka puasa, ktorg pun..





Kitaorang di bawa masuk ke dapur masakan restoran ini. Comel je kecik, sebab tu pekerja kat kitchen pun tak ramai kan. Sebenarnya ktorg akan di ajar cara membuat pizza dan burger ala BOOF ini. So lepas je ktorg nak tengok demo, terus je buat. Memula kena sapu sos di atas doh. Kemudian taburkan segala jenis bahan yang telah di sediakan. Pas tu bakar lah kan. First time buat Pizza memang best sangat yelah boleh letak topping ini suka kan.





Ok break sekejap, ambil gambar dengan Panda dulu ek.



Sambung lagi buat burger plak. Aku mestilah yang first mencubanya. Ikut je apa yang manager suruh kan. Susun itu, letak ini dan tada.. jadilah sebijik burger BOOF. Daging ayamnya tebal ooo sampai tak muat pembalut burger ni.



So masa berbuka tu, ktorg di hidangkan dengan apa yang ktorg buat dan masak sebelum ni. Ada pizza, burger, ayam goreng dan French fries. Rasa pizzanya lain daripada yang pernah aku makan.





Tengoklah gelagat Mr Big yang kaki makan ni. Memacam rupa kan.

Hah makan sampai tersandar kat kerusi ni. Kenyang yang amat walaupun sebenarnya bukan banyak pun ktorg makan. Maybe perut dah kecil kot.


Nak bagitau jugak yang BOOF Restaurant ini mengadakan buffet ramadhan untuk tahun ini. Dengan hanya RM10.00 korang dah boleh dapat sebiji burger + french fries + minuman. Bukan setakat bebudak sekolah malah korang pun  mesti suka dengan pakej ni. Yang best tuh ada FREE WiFi. So boleh lah lepak kat sini lelama kan.

Kat mana restoran BOOF ni, meh sini baca ni


BOOF Restaurant
No. 42, 43 & 44,
Ground & Mezzanine Floor,
Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur
Tel : 03-2110 0747


Anyway, terima kasih kepada BOOF restaurant yang sudi mengajar ktorg cara-cara memasak pizza dan burger ala Iran. Eh dah juga kepada Eddie dan Adeline dari Food Panda.MY yang sudi menjemput dan sudi melayang kerenah kami bloggers yang go crazy ni ek.

Korang boleh tengok kat website http://www.foodpanda.my untuk more food promotion yang best-best tau. 

Best oooo



Credit : Gambo burger tu cilok kat blog foodblogger nie.