Showing posts with label Selera orang buka puasa. Show all posts
Showing posts with label Selera orang buka puasa. Show all posts

Thursday, May 28, 2015

Buffet Ramadhan 2015 | Hilton Petaling Jaya, Selangor

Hi Korang,


Entry adalah entry untuk buffet Ramadhan 2015 yang kedua. Ermm slow dan steady je menaip ni kan, walaupun dah ada 8 tempat yang aku pi review ni. 

So sabarrrrr ye…


As usual Restoran Paya Serai bakal menghidangkan lebih 300 jenis makanan ala kampung dan juga antarabangsa yang bertemakan Nostalgic Ramadhan at Paya Serai.







Antara yang bakal jadi hidangan hits adalah Lauk Gulai Kawah, Rendang Tok, Ikan Bakar Melaka, Whole Roasted Lamb Malay Style, Perchik counter with choice of Chicken, beef or fish, Variety of Lemang, Dodol, Apam Balik dan macam-macam lagi.

Jomlah tengok beberapa jenis makanan yang bakal menjadi hidangan di bulan puasa nanti.
















Ok meh tengok dessert pulak ye











ermm tempting dibuatnya lah.. terus jadi lapo dah ni

Untuk buffet “NOSTALGIC RAMADHAN” ni, ianya bermula dari 18hb Jun 2015 hingga 16hb Julai 2015 dari 6.30petang hingga 10.30 malam.

Harga buffet ramadhan di PJ Hilton Hotel ni adalah

RM159nett untuk dewasa (inclusive of 10% service charge & 6% GST)

RM80nett untuk kanak-kanak (inclusive of 10% service charge & 6% GST)

Note:-
Special promo :RM145nett per adult, for the first three days (17 – 19 June) and the last three days (14 – 16 July) of the fasting month. 


Jom kita ke

No 2, Jalan Barat,
Petaling Jaya,
46200, Selangor

TEL: +60-3-79559122 
FAX: +60-3-79553909

Untuk buat tempahan dan info lanjut boleh ke social media PJ Hitlon, click di 

Website : www.zestpj.com

Ok ini baru satu hotel yang aku tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau. 

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai food review tahun 2015, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2015 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau. 




Friday, June 13, 2014

Buffet Ramadhan 2014 Di RENAISSANCE Hotel Kuala Lumpur

Hi Korang,

Banyak plak tempat makan baru yang aku dapat jemputan untuk tahun ni. 


Murah rezeki ktorang berdua la, kali ni ktorang ke Temptations Café di Renaissance Hotel Jalan Ampang, dekat je tempat kerja Mr Big. Jalan kaki je.





Ok meh layan gambar-gambar yang akan menyayat hati korang ni ek


Semua kegemaran masa berbuka puasa termasuk Gado-gado, Rojak buah, Pasembor,pelbagai jenis keropok, buah-buahan jeruk dan yang menu wajib mempunyai Bubur lambuk yang akan disediakan setiap petang sepanjang bulan puasa.















Pemilihan menu makanan panas-panas pun ada seperti Daging tulang rawan, Rendang pedas, Daging Palembang, Udang Harimau masak lemak Cili padi, Otak-otak kuah padang, Kampung gaya ikan bakar dan disertakan dengan yang sos pedas dan berempah.

Live STATION 
Traditional singgang station (seafood & fish) 

Live Noodle Station (on rotation) with condiment 
Penang laksa, Laksa Kelantan, Nyonya laksa, Laksa Johor 

SATAY STATION 
Chicken satay and beef satay with condiments served with peanut sauce 

Daily 
Bubur lambok (chicken or beef) 

Daily Carving Station 
Roasted whole lamb served with percik sauce 











Untuk buffet “IFTAR INDULGENCE” ni, ianya bermula dari 29hb Jun 2014 hingga 27hb Julai 2014 dari 6.30petang hingga 10.30 malam.



Harga buffet ramadhan di RENAISSANCE Hotel ni adalah

RM108++ untuk dewasa

RM54++ untuk kanak-kanak


Jom kita ke


RENAISSANCE KUALA LUMPUR HOTEL 
Corner of Jalan Sultan Ismail & Jalan Ampang 
50450 Kuala Lumpur
T: 603.2162.2233 DL: 603.2716.9968



Selamat menjamu selera uolls!