Showing posts with label RENAISSANCE Hotel buffet. Show all posts
Showing posts with label RENAISSANCE Hotel buffet. Show all posts

Monday, August 11, 2014

Promosi Makanan ‘ARABIAN DELIGHTS’ Di Vogue Cafe, Renaissance Kuala Lumpur Hotel

Hi Korang,

Project food review bermula kembali setelah berehat raya kan.

cantikkan kl tower dari restoran ni

Bila citer bab makan semua jadi tempting dibuatnya, sampai ada yang terus nak pi once aku publish kat blog aku ni kan.

order apple juice je

Ok kali ni kita ke Vogue Cafe, Renaissance Kuala Lumpur Hotel kat Jalan Ampang tuh coz ada promosi menu makanan arab. Yang best tuh, siap ada showcase Guest Chef Youssef Issa yang didatangkan khas dari Dubai tau.

Chef Youssef Issa menghidangkan pelbagai jenis makanan arab yang tradisioinal, cara masak yang authentic dan bahan-bahan asli yang menjadikan makan di Vogue Cafe ni sesuatu yang menyeronokkan.


Di antara yang menarik adalah Baba Ganoush, Muhammara, Tabouleh, Samaka Harra, Chicken Tagine, Dawood Basha, Lamb Shakria, Kebbeh Bil Laben, Lamb Ouzi, Chicken Musskan dan Batata Harra.

Mehlah kita intai sket di antara makanan yang di hidangkan. Disebabkan aku tak berapa pandai lagi untuk translate beberapa bahan masakan ni, so aku tulis dalam English la ye.

Cold Mezzeh (small dishes, appetizer)

Hommous
 chickpeas, tahina fresh lemon juice, olive oil

Moutabel
grilled eggplant mixed with tahina sauce and fresh lemon juice, olive oil Tabouleh- parsley, tomato, onion, bulgur wheat, fresh lemon juice and olive oil Muhammara-bread crumb, walnuts, tahini, pomegranates molasses

Vine leaves
Egyptian rice, tomato, parsley, onion, cooked with lemon juicand olive oil,

Mujaddara
lentil, fragrant rice, caramelized onion and olive oil

Fattoush
crisp romaine lettuce, cucumber, tomato, radish, fresh mint mixed with pomegranate sauce

Vegetable Tagine
slow cooks lamb with olives and saffron

Main Course


Mix grill
shish taouk, lamb kebab ,kebab hallabi,

Lamb Shakria 
Lamb ,yoghurt sauce ,onion shallots ,pine seed

Samaka kozbaria
baked fresh catch of the day fillet, tahina sauce ,pine seed, chili paste

Chicken Kebbsa
slow cooks rice, dry lime .nuts

Lamb Umo
Lamb, yoghurt sauce, onion shallots, pine seed, coriander.

Ermm..
Itu baru sket, ada lagi banyak sebenarnya tau


Tengokkan pinggan aku, penuh sepinggan. Ini sebab malas nak bangun 2-3kali untuk percubaan pertama. Amik semua apa yang minat dan cuba satu persatu rasanya. Ermm ada yang menepati citarasa dan ada yang sedap betul.



Untuk buffet “ARABIAN DELIGHTS” ni, ianya bermula dari 6hb Ogos 2014 hingga 29hb Ogos 2014 untuk dinner buffet sahaja tau. Korang boleh boleh tempahan di 03- 2162 2233 atau email ke rhi.kulrn.fb@renaissancehotels.com

Harga buffet “ARABIAN DELIGHTS” di RENAISSANCE Hotel ni adalah

RM108++ untuk dewasa
RM54++ untuk kanak-kanak

Jom kite ke

Vogue Cafe
RENAISSANCE KUALA LUMPUR HOTEL
Corner of Jalan Sultan Ismail & Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
T: 603.2162.2233 
DL: 603.2716.9968

Selamat menjamu selera uolls!

Sudah tuh, pi lap air liur yang menjejes tu ek... eee...

Friday, June 13, 2014

Buffet Ramadhan 2014 Di RENAISSANCE Hotel Kuala Lumpur

Hi Korang,

Banyak plak tempat makan baru yang aku dapat jemputan untuk tahun ni. 


Murah rezeki ktorang berdua la, kali ni ktorang ke Temptations Café di Renaissance Hotel Jalan Ampang, dekat je tempat kerja Mr Big. Jalan kaki je.





Ok meh layan gambar-gambar yang akan menyayat hati korang ni ek


Semua kegemaran masa berbuka puasa termasuk Gado-gado, Rojak buah, Pasembor,pelbagai jenis keropok, buah-buahan jeruk dan yang menu wajib mempunyai Bubur lambuk yang akan disediakan setiap petang sepanjang bulan puasa.















Pemilihan menu makanan panas-panas pun ada seperti Daging tulang rawan, Rendang pedas, Daging Palembang, Udang Harimau masak lemak Cili padi, Otak-otak kuah padang, Kampung gaya ikan bakar dan disertakan dengan yang sos pedas dan berempah.

Live STATION 
Traditional singgang station (seafood & fish) 

Live Noodle Station (on rotation) with condiment 
Penang laksa, Laksa Kelantan, Nyonya laksa, Laksa Johor 

SATAY STATION 
Chicken satay and beef satay with condiments served with peanut sauce 

Daily 
Bubur lambok (chicken or beef) 

Daily Carving Station 
Roasted whole lamb served with percik sauce 











Untuk buffet “IFTAR INDULGENCE” ni, ianya bermula dari 29hb Jun 2014 hingga 27hb Julai 2014 dari 6.30petang hingga 10.30 malam.



Harga buffet ramadhan di RENAISSANCE Hotel ni adalah

RM108++ untuk dewasa

RM54++ untuk kanak-kanak


Jom kita ke


RENAISSANCE KUALA LUMPUR HOTEL 
Corner of Jalan Sultan Ismail & Jalan Ampang 
50450 Kuala Lumpur
T: 603.2162.2233 DL: 603.2716.9968



Selamat menjamu selera uolls!