Showing posts with label Lee Kwang Soo. Show all posts
Showing posts with label Lee Kwang Soo. Show all posts

Wednesday, November 30, 2016

‘CABARAN RUNNING MAN’ Di Malaysia Bersama Lee Kwang Soo

Hi Korang,

Sabtu lepas ermmm ahli Running Man yang kat Korea tuh datang ke Malaysia untuk ‘CABARAN RUNNING MAN’ Di Malaysia iaitu siapa lagi kalau tak bukan Lee Kwang Soo.


Siapa yang tak kenal dengan dia ni ek!!

Zirafah, Prince Of Asia, pembelot yang terkenal sekali dalam rancangan realiti tuh kan hehehehhe



So aku berkesempatan untuk mengikut rakaman rancangan tersebut di Paradigm Mall hari tuh, ya ampun ramai giler yang hadir. Rasanya lebih 10,000 orang tau peminat si Kwang Soo ni.

Thanks to 100PLUS yang bawak si Zirafah ni datang ke Malaysia..


Mengandingkan gaya hidup aktif dan juga keseronokan dalam menjalankan aktivti harian, 100PLUS membawakan anda program hiburan popular Korea yang paling mengemparkan ke Malaysia iaitu RUNNINGMAN CHALLENGE HYDRATED BY 100PLUS.

Ujibakat dalam memilih perserta telah diadakan di Kuantan, Putrajaya dan Johor Bahru sejak bulan Oktober yang lepas di mana 10 peserta terbaik telah dipilih melalui sesi ujibakat yang menyaksikan persaingan sengit antara peserta-peserta dari segi mental & fizikal untuk melayakkan diri ke pusingan akhir program RUNNING MAN CHALLENGE HYDRATED BY100PLUS bersama ONE HD.

Peserta-peserta yang bakal berentap dan diketuai oleh selebriti yang terkenal iaitu - Pelawak, Ajak Shiro menerusi “Team Original”. Ayda Jebat pula bakal memaparkan kuasa wanitanya menerusi “Team Berry”.

Manakala pelakon Hairul Azreen pula akan beraksi bersama “Team Orange” dan pelakon popular Shahrul Ridzwan akan mengetuai “Team Lemon Lime.” Mereka akan beraksi dan mencabar tahap kecergasan mereka pada 26 Nov 2016 di Paradigm Mall sebelum muncul sebagai juara 100PLUS Running Man Challenge yang pertama di Malaysia.




Menarik lagi, juara cabaran ini akan berentap dengan penampilan tetamu khas dari program Running Man itu sendiri - Lee Kwang Soo! Dikenali sebagai, Asia Prince ataupun Giraffe - Lee yang akan menjadi pemain misteri.

Acara ini akan direkod oleh ASTRO dan bakal disiarkan di saluran ONE HD - saluran ASTRO 393 pada 1hb Januari 2017, jam 4.45 petang sebagai episod “Running Man Challenge” yang pertama di Malaysia.


Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman sesawang 100PLUS - www.100plus.com.my atau melalui laman media sosial @my100plus di Facebook, Instagram & juga Twitter! Tonton episod terbaru Running Man di saluran ONE HD - saluran ASTRO 393. Episode baru Running Man bakal temui peminat seminggu selepas ia ditayangkan di Korea, setiap hari Jumaat pada jam 11 malam .

Hashtag rasmi program ini ialah: 

#100PLUSRUNNINGMAN16
#100PLUSSTAYTHIRSTY