Showing posts with label KLCC food court. Show all posts
Showing posts with label KLCC food court. Show all posts

Thursday, February 5, 2015

Makan Sedap Di Kungfu Bake Rice AEON Big, Subang Jaya

Hi Korang,


Selalu dengar kuay teow kungfu je kan..


Ini plak Kungfu Bake Rice. Hebat sekarang ek, nasi plak dah berkungfu kan errmm kuntau pandai tak hahhahahahahahaha.. saje jelah gelak. Alah buat lawak sket pun tak boleh ke! Ishkk



Restoran Kungfu Bake Rice di bawah milik Paradise F&B Malaysia Sdn Bhd menyajikan makanan fusion. Alah makanan tempatan kita tapi di upgradekan sket cara masakannya. Hah itulah gamaknya. Tak kan tak paham lagi. Kat Kungfu Bake Rice ni, korang boleh customize pilihan menu mengikut tekak memasing. Nak pedas ke, tak pedas ke, tambah bahan ke semua boleh punye. 

Menu utama di sini adalah Bake Rice lah of course. 

Kat sini bake rice di sediakan dalam bekas memanggang nasi special dengan beberapa bahan utama yang korang boleh pilih sendiri. 


Bahan utama iaitu tiga jenis sos untuk melengkapkan bake rice seperti sos tomato, sos krim dan sos kari Jepun. Selain itu, mereka mempunyai pelbagai pilihan untuk melengkapkan bake rice seperti daging lembu, cendawan, potongan daging ayam, isi ikan dan lain-lain lagi, bersama dengan keju mozzarella untuk mengisi keinginan perut korang. 

The Duo Master Bake Rice
(fish fillet & chicken chop) 

Inilah dia The Duo Master Bake Rice yang telah di customize mengikut tekak ktorang hari tuh. Aku dapat cuba 2 jenis bake rice iaitu ayam dan ikan berserta dengan sos kari Jepun special. Ishkk kat Malaysia tak jual tau kecuali kat restoran ni je ek.

 Kungfu Burger 


Ini sangat awesome, Kungfu Burger. Nampak cam simple je kan tapi bila masuk kedalam mulut ermm terbaek toqqq. Daging peha ayam yang di perap dengan sos Kung Pao dan di grill dan kemudiannya di hidangkan sekali bersama telur dan roti burger. Zass terus masuk ke mulut ek

Japanese Black Pepper Chicken Curry Rice

Ermm kari ayam ada perisa-perisa black pepper tapi tak delah kuat pun. Mild dan just nice je. Unik gaklah.  


Tom Yum Soup with Mee Hoon


Nampak cam biasa kan tapi hakikat pedas meletup, seharuslah sesuai dengan tekak orang Malaysia yang sukakan pedas. Untuk aku plak, rasanya kena kurangkan pedas sket. Aku dah tak nak makan pedas sangat, kena jaga perut wei. Tapi rasa tomyamnya kaw kaw macam tomyam Thai.

Mashed Potato

Bagi melengkapi hidangan anda mesti kena cuba kentang lenyet yg lain daripada lain. Memang sedap dapat rasa kelembutan kentang yg di lenyet dan juga rempah ratus yg ada dalam tu memang menarik untuk order banyak2. 

Kungfu French Toast 

Untuk penutup plak, ktorang dihidangkan dengan French Toast. Nampak unik dan rasanya pun unik jugak. Rupanya dalam toast tuh ada isi tau iaitu peanut butter. Makan plak pepanas, of courselah lajunya masuk mulut.


Kungfu Stylo Coffee

Ini merupakan signature drinks kat sini. Mestilah cuba sebab kopi kan. Aku kan hantu kopi, minum segelas memang tak cukup di tambahnya order lagi. 

So far harga tak de lah mahal mana pun, orang kata apa berpatutan lah. Standard restoran yang biasa kita pi makan tuh.

Hah nak pi la tuh, ni kat sini.

KUNGFU BAKE RICE
Lot G-04 & G-13, 
AEON Big Subang Jaya

Laman web :



Kalau rasa jauh sangat,Kungfu Bake Rice ada outlet kat Suria KLCC gak di area Signature foodcourt. Hah bolehlah korang terjah ke sana kan.