Showing posts with label Felda Travel. Show all posts
Showing posts with label Felda Travel. Show all posts

Sunday, March 22, 2020

Pakej Haji RAWDAH Premium Dari FELDA TRAVEL, Banyak Kelebihan Untuk Para Jemaah Sekalian

Hi Korang, 



Haji dan Umrah memang tak sama ye walaupun lokasi ibadahnya sama tapi prosedur dan proses amat berlainan dan masanya juga berbeza di antara satu sama lain. Umrah hanyalah 2 minggu tapi Haji adalah sebulan lamanya kita berada di Tanah Suci Mekah.


Kebetulan kak lily sekeluarga berpeluang mengerjakan umrah tidak lama dahulu dan telah pun merasai sendiri bagaimana kehidupan kita bila berada di sana, segalanya bertukar. Kita tertumpu hanya kepada amal ibadat sepanjang masa. Di sinilah agensi pelancongan yang kita gunakan memainkan peranan, dalam menentukan lokasi hotel, tempat makan, pengangkutan dan sebagainya.


Terdapat pelbagai agensi pelancongan yang menawarkan khidmat umrah dan haji ni dan salah satunya merupakan FELDA TRAVEL. Dengar je FELDA Travel automatiknya korang akan ingat agensi pelancongan ini hanya untuk warga FELDA sahaja tapi tidak yer.


Felda Travel menyediakan perkhidmatan Pengurusan Jemaah Haji dan Umrah untuk seluruh rakyat Malaysia bukan hanya untuk warga Felda sahaja dan Felda Travel komited dalam menjaga kualiti dalam menjalankan perkhidmatannya. 

Meh kak lily kongsikan beberapa info kenapa ramai memilih pakej Haji Rawdah Felda Travel ni ek.



1. Peluang Yang Tinggi 

Kebarangkalian untuk korang naik haji sangat tinggi meskipun korang dalam status rayuan (Pada tahun lepas, semua jemaah rayuan kami untuk pakej ini alhamdulillah dapat naik haji). Jika korang telah daftar haji tahun 2015 ke bawah (2015, 2014, etc), inshaallah pihak FELDA TRAVEL akan bantu supaya korang dapat naik haji tahun ini. 

2. Pembimbing Berpengalaman 


Ibadah haji akan dibimbing oleh Prof. Dr Mohamad Khadafi Rofie, seorang pembimbing ibadah haji bertauliah yang cukup berpengalaman membawakan jemaah haji Malaysia. Jadi korang tak perlu risau tentang masalah hukum dan ibadah sepanjang menunaikan haji di sana. 

3. Hotel Dekat dan sajian Makan Terbaik 

Para jemaah akan menginap di hotel 5 bintang Safwah Royal Orchid Hotel. Kak lily pernah ke sini, cantik betul lobi hotelnya. Hotel ini bersambung dengan dataran Masjidil Haram, jadi korang boleh ulang alik ke masjid dengan selesa untuk beribadah. Lagi satu, hotel ni best untuk orang Malaysia sebab ada food court yang menempatkan Restoran Felda D’Saji. Korang boleh makan roti canai dan minum teh tarik hari-hari. 

4. Tiada Transit Hotel di Aziziah 

Para jemaah akan terus masuk menginap di hotel Mekah, bukannya transit dahulu di kawasan Aziziah sehingga 15 Zulhijah seperti pakej-pakej lain. Ramai yang tak tahu perkara ni, tapi ada pakej yang harganya mungkin lebih murah kerana jemaah dibawa transit menginap di Aziziah dahulu untuk jimatkan kos sebab harga hotel di Mekah sangat mahal ketika waktu kemuncak haji (25 Zulkaedah - 15 Zulhijjah). Jemaah hanya dibawa berpindah ke hotel di Mekah selepas 15 Zulhijah. Memang dapat jimatkan kos, tapi jemaah mungkin tidak dapat pergi ke Masjidil Haram setiap hari kerana kawasan Aziziah jaraknya 4.5km dari Masjidil Haram dan jalan sangat jem ketika musim haji. 

5. Penerbangan yang Selesa 

Para Jemaah dapat terbang terus ke Jeddah dengan selesa menaiki penerbangan business class Saudia Airlines. Ya pakej RAWDAH ini sudah termasuk flight business class. 

6. Khemah Dekat dan Selesa 


Para jemaah dapat beribadah dengan lebih selesa di khemah khas yang disediakan ketika di Mina, dengan jarak kurang dari 800m untuk melontar (bukan 3.5km seperti pakej biasa atau muasasah). Sangat sesuai jika ada sakit kaki dan lutut sebab para jemaah akan pergi melontar jamrah hingga 4 hari. 

7. Lebih Fokus dengan Kumpulan Kecil 


Saiz kumpulan yang sangat kecil. Tahun ini, FELDA TRAVEL menghadkan jemaah Pakej Rawdah untuk 45 orang sahaja. Cukup- cukup 1 bas sahaja untuk pastikan para jemaah mendapat kualiti perkhidmatan dan bimbingan ibadah haji yang terbaik.


Slot untuk Pakej Rawdah ini sangat sangat terhad untuk 45 jemaah sahaja. Sudah 34 orang bakal jemaah haji mendaftar pakej ini setakat 20 Mac. Hanya ada 11 kekosongan sahaja lagi. 

“Promosi Istimewa bagi pendaftaran sebelum 
25 Mac 2020” 


Untuk info lanjut, korang boleh hubungi pihak FELDA TRAVEL, di nombor berikut:- 

Pn Shidah +60192010843 

Tn Hj Rizal +60192637028 

Atau email ke salam@feldatravel.com.my


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Website : 

Facebook : 
https://www.facebook.com/ feldatravel 

Instagram : 
https://www.instagram.com/ feldatravel 



#feldatravel 
#pakejhaji 
#pakejhaji2020 
#haji2020 
#panggilanhaji2020