Showing posts with label Event. Show all posts
Showing posts with label Event. Show all posts

Saturday, March 7, 2020

Jack n Jill Roller Coaster Fun-Tastic Day, Jom Sertai!

Hi Korang,


Jack 'n Jill Roller Coaster telah melancarkan kempen 'Jack 'n Jill Roller Coaster Fun tastic Day' sebagai tanda penghargaan kepada semua rakyat Malaysia selaku pemakan snek yang hebat. Selain membolehkan orang ramai menikmati snek gegelang ubi kentang yang rangup ini, tujuan Jack 'n Jill Roller Coaster menganjurkan hari fantastik adalah untuk menyebarkan kegembiraan dan keceriaan kepada seluruh rakyat Malaysia.


Idea di sebalik pelancaran ini adalah "SPREAD THE FUN, SPREAD THE GIFTS (SEBARKAN KESERONOKAN, SEBARKAN HADIAH)", dengan menggalakkan orang ramai untuk sama-sama berkongsi keseronokan yang tiada penghujung. Cara terbaik untuk melakukannya adalah dengan mengadakan satu sambutan yang bertujuan untuk berseronok semata-mata sambil mengudap gegelang ubi kentang yang berperisa hebat dan enak ini. 

"Selama ini, ramai dalam kalangan rakyat Malaysia sebenarnya telah memiliki pengalaman istimewa terhadap Jack 'n Jill Roller Coaster. lni kerana caranya dimakan memberikan kenangan manis ketika zaman kanak-kanak. Antara kaedah memakan yang menyeronokkan termasuk menyusun gegelang ubi kentang dengan tinggi sebelum memasukkan sekeping demi sekeping ke dalam mulut. Kini, anda boleh mengulangi keseronokan seperti dulu dengan berkongsi dan makan bersama sahabat anda gegelang ubi kentang yang enak ini," kata Emmanuel B. Puno, Naib Presiden Kanan (SVP) URC Snack Foods Indonesia, Malaysia, Indonesia dan Singapore. 

Tambah Puno lagi "Keseronokan itu bagaimanapun tidak sepatutnya terhenti setakat mengunyah gegelang ubi kentang Jack 'n Jill Roller Coaster sahaja. la harus berterusan ibarat tiada penghujungnya, dan keseronokannya pasti berganda apabila adanya hadiah menanti anda dan sahabat anda. Didorong dengan semangat untuk menyebarkan keseronokan, Jack 'n Jill Roller Coaster telah memperkenalkan satu peraduan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama merasai keseronokan dan pada masa yang sama berpeluang membawa pulang satu hadiah KEJUTAN khas untuk anda dan sahabat anda." 

Dalam kehidupan seharian, ada kalanya hanya sedikit keseronokan pun sudah memadai untuk menjadikan hari kita lebih ceria dan rancak. Sementara ganjaran menunggu, ayuh sambut kempen Hari Fantastik ini bersama Jack 'n Jill Roller Coaster dan menangilah HADIAH MENGEJUT untuk diri dan sahabat anda 


RANCAKKAN HARI ANDA DENGAN JACK 'N JILL ROLLER COASTER FUN-TASTIC DAY! 

Kejutkan sahabat korang dengan hadiah misteri dengan mengikuti DUA langkah mudah seperti di bawah: 

Langkah 1 

Beli sebarang produk Jack 'n Jill Roller Coaster dengan nilai RM 5 dan ke atas dalam satu resit. 

Langkah 2 

Ambil gambar resit pembelian anda, calonkan seorang sahabat yang anda hendak menangi bersama, jawab soalan yang disediakan dan Whatsapp ke +6011-10811878 


Taip Jarak Jarak Jarak  

KEJUTAN YANG MENYERONOKKAN MENANTI KORANG: 

Seramai 45 pemenang bertuah bersama sahabat yang mereka calonkan akan menerima ganjaran berupa sebuah kotak misteri berdasarkan jawapan yang dihantar. Tunggu apa lagi, dapatkan Jack 'n Jill Roller Coaster hari ini dan sama-sama kita berseronok! 


Bersempena dengan pelancaran ini, Jack 'n Jill Roller Coaster juga mengambil kesempatan untuk melahirkan penghargaan kepada beberapa personaliti tanah air seperti Wafiy llhan, pelakon dan pengacara lV di atas sumbangannya kepada rakyat Malaysia dengan membawakan keceriaan dan gelak ketawa untuk kita semua. 


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 






#jacknjillrollercoaster 
#jacknjillrolercoasterfuntasticday 
#jnjrollercoasterspreadthefunspreadthegift 



Wednesday, March 4, 2020

Dewan Perkahwinan Cantik ''Royale Palace Skyview'' di Cyberjaya

Hi Korang, 

Jadi trend sekarang ni orang buat majlis perkahwinan di dewan-dewan kan. 

Bukan sebab nak menunjuk tapi faktor persekitaran seperti lokasi rumah, bilangan jemputan dan banyak lagi yang mempengaruhi para raja seharian memilih mengadakan majlis perkahwinan mereka di dewan. 


Lebih-lebih lagi kalau lokasi dewan tersebut terletak di kawasan persekitaran yang cantik dan sedap mata memandang. 

Ok ni kak lily nak kongsikan kepada korang terdapat satu dewan yang sangat-sangat cantik yang mampu menambatkan hati korang. 

Memperkenalkan 

Royale Palace Skyview 

Lokasi dewan Royale Palace Skyview ni terletak di tingkat 10, bangunan Skytech Tower 2 Cyberjaya. Walaupun berapa pada kedudukan bangunan yang tinggi tapi tetap masih menarik cantik dan luas sehinggakan mampu memuatkan lebih kurang 300 orang dalam satu-satu masa dan yang best tuh korang boleh memilih samada nak adakan majlis di dalam dewan mahupun di luar dewan. 

pintu masuk ke Royale Palace Skyview

Royale Palace ditubuhkan pada tahun 2016 dan diuruskan oleh RSZ VENTURES SDN BHD. Kalau korang perasan ia ada satu lagi dewan di U6 Shah Alam dan kini menambahkan lagi ruangan bagi masyarakat di Cyberjaya, Putrajaya dan sekitarnya. 






Banyak lagi kemudahan yang boleh korang request yang mereka boleh sediakan di sini seperti : 

1) Lighting System 

2) Projector 

3) Sound System For Band 

4) Instant Photobooth 

5) Oblong Table / Cake Table 

6) Royal Palace Rostrum 

7) Red Carpet 

8) Pentas Utama 

Mehu makanan untuk Majlis Perkahwinan

Meh sini kak lily tunjukkan beberapa menu orang kahwin yang enak lagi sedappp










Dewan ini dilengkapi segala kemudahan yang ada seperti tandas, surau dan juga ruangan menunggu sangat sesuai untuk buat pelbagai acara. Dewan ini boleh berubah wajah mengikut citarasa korang yang mahukan ia menjadi seperti istana mewah atau taman penuh bunga-bunga. Kalau kat luar pula boleh buat tempat santai bersembang atau bersama kawan-kawan untuk tetamu yang suka pemadangan luas memukau. 

Pemandangan di bahagian luar dewan untuk majlis outdoor




Untuk parking pula, janganlah korang bimbang kerana kawasan ini ada banyak parking kenderaan yang disediakan daripada parking terbuka kepada kawasan parking bertingkat jadi masih mampu muat untuk semua tetamu yang datang menaiki kenderaan sendiri. 

Jadi sangat sesuai untuk sebarang majlis yang korang nak cari keselesaan dan juga kemewahan. Royale Palace Skyview kini beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang, 5 hari seminggu dari Selasa hingga Ahad. 

Namun tempat ini juga boleh disewa secara eksklusif pada waktu malam dan hujung minggu untuk sebarang aktiviti yang korang nak rancang. Mereka boleh sediakan khidmat rundingan sekiranya nak mengadakan majlis di sini dan membuka ruang untuk lawatan sebelum sesuatu acara di adakan. 

Kalau nak maklumat lanjut boleh hubungi mereka di talian : 

Tel : 019-3316728 (Rashman) 

Tel : 016-4450538 (Pogy) 


Lokasi Royale Palace Skyview adalah seperti berikut : 

Royale Palace Skyview 
Level 10, Skytech Tower 2, 
MKN Embassy Techzone 
Jalan Teknorat 2, 
Cyber 4, 
63000 Cyberjaya Selangor 


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Laman web : 

Facebook : 

Instagram : 




Sunday, February 23, 2020

Promosi YOLO Eats di Philea Mines Beach Resort, Seri Kembangan.

Hi Korang,

Sebenarnya dah lama kak lily nak citer pasal promosi YOLO Eats ni tapi busy bebenau kan. Sekarang nilah baru ada masa sket. 


Tau ke korang Y.O.L.O ni ape?

Eh word ni trending wokeh di social media, tulis je kat Google Y.O.L.O then keluarlah maknanya ‘You Only Live Once’.


YOLO Eats ini berkonsepkan ‘Eat, Swim, Food, Fun  and Music’. Ianya merupakan konsep Hari dan Malam Keluarga (berenang, piknik, makan-makan, menikmati pemandangan terindah, Live Band dan macam-macam lagi) Untuk promosi Y.O.L.O Eats ni, Philea Mines Beach Resort membawakan pelbagai tarikan baru yang bakal menambat hati para pengujung yang berada di sini. 





Terdapat 25 tarikan baru yang terdapat di sini yang kak lily rasakan begitu seronok sekali

Di antaranya ialah :

1. Paradise Bridge / Paradise Arch
2. YOLO Garden
3. Neon Arch
4. I Want To Be Superstar
5. Rainbow Arch
6. Fairy Arch
7. Fairy Waterfall
8. Fantasy Garden
9. Where Your Dreams Come True
10. Avatar Junction
11. ABC BBQ Area
12. Red Light District
13. Peek A Boo Lane!
14. You’re My Sunshine!
15. Love Tunnel
16. Look Up! Jelly Fish
17. Love Lane
18. Wishing Well
19. Vroom & Splash
20. Windmill
21. Sand Pit
22. Tiki Tiki Bar
23. Sand Pool
24. Waterfall
25. Kung Fu Panda BBQ Area

Nampak??

Hebatkan tarikan-tarikan ini. 









Seriously kak lily dan kawan-kawan rasa teruja bila singgah di setiap tarikan ini. Penatlah berjalan mengelilingi kawasan Philea Mines Beach Resort ni kan. 

Sudah semestinya promosi YOLO Eats ni ada makan sekali kan hehehehe









Menu buffet makanannya pun enak-enak belaka. Ktorang ni pun bertambah-tambah makan tau. 

Yang betul tuh, promosi YOLO Eats terbuka kepada orang ramai yang datang ke mari tanpa menginap di sini.. 

PROMOSI PEMBUKAAN YOLO

Dengan hanya pembelian minimum YOLO VOUCHERS iaitu RM35 nett sebuah buku dgn Nilai Makanan RM50 (harga biasa selepas Promosi 29 Feb). Korang sekeluarga (Family) ataupun rakan-rakan (Friends) dapat menikmati:

1. YOLO VOUCHERS utk memesan makanan (konsep pakaiguna Voucher utk makanan)

2. Anak2 pasti suka Water-slide (papan gelunsur air). Berenang percuma sehingga lewat mlm 11. Pastikan korang bawa tuala & pakaian sendiri.

3. Pemandangan terindah (Tasik Mines, Lampu LED Menarik, Taman Bunga, Pantai)

4. Tayangan wayang (cinema), Musik Band (Sabtu & Ahad)

5. Tambah pembelian YOLO VOUCHERS jika perlu lebih makanan (setiap buku berharga RM35 sahaja, pakai guna utk jangkamasa 3 bulan)
(tertakluk kepada terma terma & syarat)

kami dah berYOLO, korang bila lagi..


Sila Hubungi jika ada pertanyaan:

Shaiful 019-6001455

Cheng 017-4778138

Hamdan 019-6001529


Untuk Tempahan Online, korang boleh klik ke : http://bit.ly/2Szkf9e

Jom kita ke :

PHILEA MINES BEACH RESORT
Jalan Dulang, Mines Wellness City,
Seri Kembangan, Selangor
(bersebelahan Mines Shopping Mall)

Waktu Operasi :-
👉🏻Sat - Sun dan PH (1pm - 11pm)
👉🏻Thu - Fri dan Eve of PH (6pm - 11pm)


Meh LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :- 

Laman Web : 

Facebook : 

Instagram :