Showing posts with label Event. Show all posts
Showing posts with label Event. Show all posts

Sunday, February 23, 2020

Hotel ESPIRA SRI PETALING - Penjenamaan Semula Hotel Dan Pelancaran Menu Baru

Hi Korang, 

Ramai yang tertanya-tanya di mana Hotel ESPIRA Sri Petaling ni kan. So meh sini kak lily nak citer dengan korang 

eh selfie tuh wajib kan kan kan

Pada Ogos 2019, secara rasminya Hotel Sri Petaling telah dijenamakan kepada Espira Sri Petaling. Penjenamaan baru Espira Sri Petaling ini bertujuan untuk memperkenalkan identiti korporat dan imej baru kepada komuniti, pelanggan dan syarikat korporat yang disasarkan. 

Bilik-Bilik di ESPIRA Sri Petaling

Presidential /  Executive Suite

Family Deluxe

Espira Sri Petaling adalah salah sebuah hotel 3 bintang yang menyediakan 168 buah bilik hotel yang terdiri daripada Superior King/Twin, Family Standard, Family Superior, Family Deluxe, Junior Suite dan Executive Suite yang sesuai untuk urusan perniagaan dan penginapan. 

Superior KIng/Queen

Diurus sepenuhnya oleh Attana Hotels dan Resorts Sdn Bhd (dahulunya dikenali sebagai PNB Management Services Sdn Berhad) dan merupakan anak syarikat kepada Permodalan Nasional Berhad (PNB). ESP berlokasi di Bandar Baru Sri Petaling iaitu 2.7KM dari Stadium Nasional Bukit Jalil. Di Espira Sri Petaling (ESP) harga yang di tawarkan berpatutan dengan servis dan makanan yang cukup memuaskan. 

Menu Baru Di ESPIRA Sri Petaling

suker bila dapat makan-makan ek

Bagi akhir tahun 2019, Espira Sri Petaling telah memperkenalkan hampir 50 menu baru dengan harga yang berpatutan dan jaminan makanan yang berkualiti dan lazat untuk tetamu yang bakal berkunjung ke ESP, di antaranya adalah :- 

Nasi Goreng Sri Petaling (signature dish)

Cili Padi Chicken Chop

Sup Ekor 

Caesar Salad dengan Salmon Salai 

Kacang Pool 

Mee Sup Wantan

Salmon Bakar 

Bread Pudding

Daging Sirloin Panggang 

Nasi Daging Halia 

NZ Lamb Chop Panggang 

Fettucini Beef Stroganoff 


So most of the menu kak lily dan semuanya sedap-sedap belaka. Yelah for me just nice kena dengan tekak kak lily ni. Kalau korang tak tau lah kan, maka dengan itu bolehlah datang mencuba sendiri kesemua menu-menu baru Espira Sri Petaling ni ek 

Jom kite ke : 

Hotel ESPIRA Sri Petaling
30, Jalan Radin Anum, 
Bandar Baru Sri Petaling 
57000 Kuala Lumpur
Tel : (+603) 9058 2323 
Fax : (+603) 9058 2000 

Meh LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :- 

Laman Web : 

Facebook : 

Instagram : 





Lokasi Butik HAQQI Baru Di Bangi Sentral, Kelengkapan Umrah Dan Haji Ada Di Sini!!

Hi Korang, 

Butik Haqqi merupakan butik pakaian yang menawarkan dan menjual kelengkapan Haji dan Umrah serta pakaian yang berfesyen islamik bagi leilaki dan wanita. 


Ye kak lily pernah mebeli belah di butik Haqqi ni di cawangan Bangi Sentral dan Shah Alam, ya ampun kedua-duanya menawarkan pelbagai jenis pilihan baju untuk lelaki dan wanita serta kanak-kanak selain daripada kelengkapan umrah dan haji. 

Pada dahulunya Butik Haqqi di Bangi ni bahagian belakang Hotel Adriana dan kini ianya pun berpindah di tengah-tengah kawasan Bangi Sentral so kira kalau korang nak masuk ke sini dah boleh nampak dah Butik Haqqi ini, ermm maka senanglah akak ko ni nak bershopping. 

Sangat strategik lokasinya 

Kerjasama Di Antara HAQQI dan KOPERASI TABUNG HAJI 

Tahun ini merupakan tahun ke 4 Butik Haqqi telah berkerjasama dengan Koperasi Tabung Haji. 



Ianya akan meneruskan lagi beberapa caturan perancangan untuk memastikan Haqqi kekal sebagai pembekal kelengkapan Haji dan Umrah depada masyarakat sekali gus dapat melebarkan sayap menjual kelengkapan lengkap Haji dan Umrah bukan sahaja di Malaysia malah akan berada di luar Malaysia tidak lama lagi. 

Tahniah di ucapkan kepada team Haqqi yang menjayakan usahasama ini. 

Dr Fitri Haris Dan Perancangan Butik HAQQI Untuk 2020 

Haqqi dan pihak Koperasi Tabung Haji akan bersama - sama untuk memikul tanggungjawab dan dibantu dengan pengurusan baru di bawah Dr Fitri Haris di dalam organisasi Haqqi, kedua-dua pihak mengimpikan lebih banyak kejayaan yang akan di bawa di masa hadapan. 


Dr Fitri Haris yang sebelumnya Duta bagi Haqqi selama setahun, turut mendapat penajaan oleh Haqqi sepanjang berada di dalam pertandingan Gema Gegar Vaganza (GGV) sangat berbesar hati untuk terlibat secara langsung di dalam organisasi Haqqi. 


Dengan kepercayaan kedua dua pihak, diharapkan dapat memberi pembaharuan dan lebih banyak idea segar dapat di lahirkan oleh beliau untuk memastikan Haqqi lebih luas dikenali ramai. 

Pilhan Pakaian Menarik Di Butik HAQQI 

Sempat jugak lah kak lily dan kawan-kawan singgah masuk ke Butik Haqqi yang baru ni hari tu selepas majlis pelancaran pembukaannya. Banyak pilihan pakaian berfesyen muslim dan muslimah yang cantik dan menarik. 



cantik kan, koleksi baju-baju di Butik Haqqi ni




Dan harga yang ditawarkan pula kemain cukup murah dan sangat berpatutan.

Untuk pengetahuan korang semua sehingga kini Butik Haqqi sudah mempunyai 4 cawangan iaitu di Shah Alam, Terengganu, TTDI Kuala Lumpur dan juga Bangi. 

ermm tershopping jugak akhirnyer...


Jom kita ke : 

Butik Haqqi Bangi, 
3-43, Jalan Medan Pusat Bandar 8, 
Bangi Sentral, 43650 
Bandar Baru Bangi, Selangor 

Waktu operasi adalah : 10.00 pagi - 10.00 malam 


Meh LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :- 

Laman Web : 

Facebook : 


Twitter: 







Friday, February 21, 2020

Antabax Perkenal Kempen Tangan Bersih Hidup Sihat

Hi Korang,


Antabax telah menjalin kerjasama dengan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan untuk melancarkan kempen Tangan Bersih Hidup Sihat. Ia bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid-murid sekolah untuk mengurangkan risiko jangkitan penyakit berjangkit seperti novel Covid-19 dan Inflenza di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(3) hari ini. 

More than 300 students and teachers from Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(3) participated in the Tangan Bersih, Hidup Sihat Campaign. 

Kempen Tangan Bersih Hidup Sihat yang dibangunkan oleh Antabax memudahkan pemahaman mengenai kesihatan menerusi penceritaan, visual berwarna-warni, lagu dan pergerakan tarian yang membantu kanak-kanak mengenal pasti tanda-tanda serta simptom penyakit-penyakit berjangkit yang biasa. Mereka juga diajar tentang langkah pencegahan yang mampu mengurangkan risiko jangkitan dan penyebaran penyakit berjangkit. Selain apa yang perlu dilakukan jika mereka atau rakan-rakan yang lain rasa kurang sihat. 

Di peringkat global, peringkat pertama menghalang daripada jangkitan penyakit seperti Covid-19 dan Influenza A adalah dengan kerap membasuh tangan mengunakan sabun atau pembersih tangan berasaskan alkohol jika tangan tidak nampak kotor[1]. Langkah itu bagi membunuh kuman yang ada di atas permukaan tangan dan mengelak daripada ia dipindahkan ke bahagian muka, mulut atau hidung di mana kuman boleh masuk ke dalam sistem pernafasan dengan mudah. 

Tuan Haji Hishammudin Ahmad (Light brown suit), Pengetua Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(3) receiving Antabax contribution for ‘Tangan Bersih, Hidup Sihat’ Campaign from Mr Francis Ng, Senior General Manager. 


“Membasuh tangan adalah langkah pencegahan penting yang perlu diamalkan oleh orang ramai sekarang. Melalui Kempen Tangan Bersih Hidup Sihat ini, kami harap kanak-kanak akan tahu tentang pentingnya membasuh tangan serta amalan-amalan asas kebersihan yang lain. Ini kerana ia dapat membantu mengurangkan penyebaran penyakit berjangkit,” kata Encik Azman Ab Rashid, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Lebih 300 murid dan guru dari SK Presint 11 (3) Putrajaya mengambil bahagian dalam kempen kesihatan ini. Mereka belajar tentang asas kempen Tangan Bersih Hidup Sihat yang dijalankan oleh pasukan daripada Pejabat Kesihatan Daerah Putrajaya. 

Dr. Siti Rafhanah Saponit, Medical Officer of Infectious Diseases, Putrajaya Health Department, going through the correct hand washing techniques with students from Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(3) during Antabax Tangan Bersih, Hidup Sihat Campaign

Antabax, satu jenama sabun buku, pencuci tangan, buih mandian, pembersih tangan dan pengelap halal buatan Malaysia sentiasa aktif dalam memberi kesedaran mengenai kesihatan di negara ini selama lebih sedekad. 

“Daripada pelbagai kempen, kami telah membangunkan kandungan yang membolehkan kanak-kanak faham, ingat dan mengamalkan tabiat yang membantu mengurangkan penyebaran penyakit berjangkit. 

“Kami juga menyumbang produk Antabax supaya mereka mempunyai barangan keperluan kebersihan di tangan dan di rumah. Sudah terbukti bahawa Tangan Bersih Hidup Sihat. Jadi, basuh tangan anda dengan kerap dan betul untuk mengurangkan jangkitan penyakit berjangkit menggunakan sabun dan pembersih tangan Antabax atau jenama lain. Apa yang penting adalah memastikan tangan anda sentiasa bersih,” kata Pengurus Besar Kanan Antabax, Francis Ng. 

Pn Nur Hakimah binti Roslan, guru dari SK Presint 11(3) Putrajaya memberitahu kempen Tangan Bersih Hidup Sihat diterima baik oleh murid-murid kerana ia menggunakan ilustrasi, lagu dan permainan yang mudah difahami. Ia sememangnya dapat menyampaikan mesej penting iaitu Tangan Bersih Hidup Sihat. 

“Dengan adanya pasukan daripada Kementerian Kesihatan yang menunjukkan langkah-langkah kebersihan menyedarkan murid-murid ini tentang betapa seriusnya penyakit berjangkit seperti influenza. Manakala penceritaan oleh Antabax membantu mereka mengingati langkah-langkah tersebut dengan lebih baik,” katanya 

“Saya kini tahu bagaimana untuk membasuh tangan dengan betul, menutup mulut dan hidung ketika bersin atau batuk, berada dalam jarak yang selamat dari mereka yang sakit, selain memberitahu orang lain jika saya ada simptom inflenza. Tangan Bersih Hidup Sihat,” kata Zuhaira, pelajar dari Sekolah Kebangsaan Presint 11(3) Putrajaya. 

Tips untuk mencegah tersebarnya virus



Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 

Facebook : 

Instagram : 



CTOS SecureID Atasi Masalah Scammer Dan Pemantauan Kredit Korang Semua

Hi Korang, 


Siapa yang belum pernah kena tipu lagi dengan Scammer nieh? 

Meh sini bagitau akak ko ni, baca artikel yang akak kongsi kan ni eh 

CTOS melancarkan CTOS SecurelD, iaitu perkhidmatan perlindungan penipuan dan pemantauan kredit untuk memerangi pencurian dan penipuan identiti yang kian meningkat, selain membantu memantau kesihatan kredit pengguna. Perkhidmatan pemantauan 'dark web' adalah yang terulung seumpamanya dilancarkan oleh sebuah agensi pelaporan kredit di Asia Tenggara. 


Sekarang kita hanya melihat internet pada permukaan sahaja seperti lungsuri lama web, social media, lepak di google, shopping online tapi hakikatnya banyak benda yang berlaku yang kita tak tau di 'dark web' ini. Di 'dark web' hanya orang yang cerdik pandai mengenai IT yang paham selok belok apabila berada di sini, mereka-mereka menmpunyai akses yang mudah untuk memasuki ke data peribadi kita tak kira melalui email, bank account ID, even social media kita pun mereka ni boleh ‘hacked‘ 

Apakah Itu CTOS

CTOS adalah Agensi Pelaporan Kredit vang terkemuka di Malaysia berdaftar di bawah Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010. Ditubuhkan pada tahun 1990, CTOS mempermudah perlanjutan kredit dengan cara membolehkan individu dan perniagaan mengakses maklumat penting dengan lebih mudah dan lebih cepat. CTOS menyampaikan portfolio yang lengkap meliputi penyelesaian dan perkhidmatan pengurusan risiko kredit, dan digunakan secara meluas oleh institusi-institusi perbankan dan kewangan negara, syarikat insurans, syarikat telekomunikasi, syarikat-syarikat besar, perusahaan kecil dan sederhana, firma guaman, badan-badan kerajaan dan  berkanun

Majlis Pelancaran CTOS Secure ID

Di majlis pelancaran yang dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato' Dr. Haji Amirudin Bin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif Cybersecurity Malaysia, pihak CTOS Data Systems Sdn Bhd (CTOS), iaitu agensi pelaporan agensi kredit terkemuka di Malaysia, memperkenalkan perkhidmatan itu kepada khalayak umum pada hari ini. 


Pengguna yang melanggani perkhidmatan ini akan dimaklumkan jika berlaku sebarang perubahan profil  kredit mereka sepertl misalnya permohonan kredit baharu, bayaran yang tertinggal, perubahan had kredit, penutupan kemudahan kredit, kemuflisan, kes litigasi dan juga amaran jika ditemui butiran peribadi dalam 'dark web'.


Dengan adanya semua ciri ini pengguna menjadi lebih proaktif supaya berwaspada dalam menjaga identiti mereka dan menguruskan kesihatan kredit masing-masing. 


"Melihat banyak sekali berlakunya pelanggaran data bukan sahaja di Malaysia, bahkan seluruh dunia, dan rneningkatnya transaksi dalam talian dan jejak digital di media sosial menggunakan berbilang platform. maka pencurian identiti dan data kita boleh terjadi melalui berbagai-bagai cara," tegas Dennis Martin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CTOS. 

"Dalam enam bulan pertama sahaja tahun 2019, kebocoran sebanyak 4.1 billion rekod peribadi di seluruh dunia telah berlaku akibat pelanggaran data. Banyak anasir jenayah menggunakan 'dark web' untuk urusan jual beli data orang ramai, jadi dengan alat pemantau baharu kami ini dapat memberi peringatan kepada pengguna jika maklumat peribadi dikesan dalam 'dark web'. Selain itu, perlindungan takaful yang turut disediakan memberi ketenangan fikiran seandainya anda menjadi mangsa penipuan dan pencurian." 

Memperkenalkan Kapten CTOS

Wow!!


Untuk kempen-kempen sebegini haruslah kena ada seseorang yang serba tau mengenai produk yang di perkenalkan.

So pihak CTOS memperkenalkan Kapten CTOS iaitu pelakon Hisyam Hamid untuk kempen CTOS Secure ID ni. Semua keistimewaan ini akan ditonjolkan melalui suatu kempen khas yang menampilkan Hisyam Hamid, melalui pelbagai media penyiaran dalam bulan-bulan akan datang. 

Meh layan iklan Kapten CTOS ni ek ehehehehe


"Dengan adanya CTOS SecurelD hari ini bermakna kami mempunyai perkhidmatan terulung dalam pasaran yang boleh membantu melindungi pengguna daripada pencurian dan penipuan, di samping membantu meningkatkan celik kewangan, sejajar dengan misi kerajaan untuk mempromosi pendidikan kewangan dan keterangkuman," jelas Dennis Martin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CTOS.

Harga Pakej CTOS Yang Korang Mampu Melanggannya

Pelanggan CTOS SecureID akan turut menerima sokongan berupa maklumat terkini mengenai panduan pencegahan nenipuan dan pencurian, sokongan dalam hal-hal berkaitan pencurian identiti serta empat  laporan Skor MyCTOS setahun. 


ada perlindungan takaful ni yang kak lily suka ni 


Dengan bayaran hanya RM9.90 sebulan atau RM99 setahun, kini sesiapa sahaja boleh menikmati perlindungan CTOS SecurelD dan ketenangan fikiran.


Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 

Official Website:

Facebook: 




Wednesday, February 19, 2020

GO Shop GAAYA dan GO Shop RUUMA Bakal Menceriakan Hidup Korang!!

Hi Korang,


Perkhidmatan membeli-belah gaya hidup pelbagai platform Malaysia, Go Shop telah menjenamakan semula dua saluran Melayu dengan slogan baharu - Ini Baru Shopping! Go Shop (saluran 118) kini membawa nama baharu, "RUUMA" yang memberi tumpuan kepada item untuk melengkapkan rumah seperti perabot, aksesori rumah, peralatan dapur dan alat memasak. 



Sementara, Go Shop (saluran 120) membawa nama "GAAYA" yang menawarkan produk kecantikan dan gaya hidup, keperluan perjalanan, alat digital dan trend fesyen terkini untuk individu yang bergaya. 


RUUMA mempamerkan jenama popular seperti Corelle, La Gourmet, Shogun, Khind dan Haier, manakala GAAYA menampilkan jenama seperti SimplySiti, Siti Khadijah, Christy Ng dan Leanen.


Untuk meraikan pelancaran baharu ini, Go Shop mengadakan "RUUMA dan GAAYA Fair" untuk menawarkan promosi dan hadiah eksklusif kepada para pelanggan yang membeli-belah di RUUMA (saluran 118) dan GAAYA (saluran 120) dari 1 Februari hingga 29 Februari. Para pelanggan boleh mendapatkan “Go Points” tambahan sebanyak RM5 apabila mereka membeli-belah pada kedua-dua saluran semasa tempoh kempen.


Di samping itu, pelanggan juga boleh mengambil bahagian dalam "RUUMA Top Spender Rewards" dan "GAAYA Top Spender Rewards" dimana 5 pembeli teratas di kedua-dua saluran berpeluang memenangi hadiah hamper yang bernilai sehingga RM1,800.

Tonton Go Shop RUUMA (saluran 118) dan Go Shop GAAYA (saluran 120) untuk tawaran - tawaran yang menarik. Para pelanggan juga boleh layari Go Shop melalui www.goshop.com.my dan memuat turun aplikasi Go Shop dari Google Play dan App Store.


Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 




Facebook: 

Instagram: 

Twitter : 





#shopatgoshop
#ruum
#inibarushopping





Tuesday, February 18, 2020

Koleksi Casa Kayangan Dari AVON Sempena Hari Raya Nanti

Hi Korang, 


Inginkan sentuhan moden yang turut menggabungkan keunikan warisan tempatan? 

Masanya untuk mendapatkan koleksi langsir, linen, set hidangan dan dekor terbaru - Casa Kayangan dari Avon.


Baru-baru ini kak lily berkesempatan ke majlis pelancaran Koleksi Casa Kayangan dari Avon sempena hari raya yang bakal tiba tidak lama lagi. 

Diinspirasikan oleh seni halus Songket, koleksi ini menggabungkan corak tradisi bunga-bungaan dan geometri. Rona Maroon - lambang keghairahan, cinta dan kemeriahan ini menjadi warna utama bagi tiga rangkaian dalam koleksi ini: set hidangan, langsir dan set kamar tidur. 

Tingkatkan pengalaman santapan : Set Hidangan Casa Kayangan 



Pamerkan masakan terunggul dengan Set Hidangan Casa Kayangan dan balang biskut kaca, dihiasi bentuk geometri yang pasti akan mengagumkan tetamu korang nanti. 

Tirai mahligai impian: Langsir dan Dekor Casa Kayangan 




Lengkapkan keanggunan dan kemewahan ruang hadapan dengan langsir Casa Kayangan, dihiasi motif terulung tradisi Songket Bunga Pecah Lapan dan Tampuk Manggis. Sepadan dengan sarung bantal, alas meja makan dan 'runner' serbaguna. 

Keanggunan di ruang beradu: Set Kamar Tidur Bujang, Ratu dan Raja Casa Kayangan 


Set cadar, bantal dan selimut Casa Kayangan yang diperbuat daripada fabrik serat mikro yang lembut dan dingin ini akan membelai korang sepanjang tidur. Setiap set mengetengahkan satu warna mewah dan corak songket bagi menimbulkan suasana eksklusif dan harmoni. 

Serlahkan kediaman korang dengan Koleksi anggun Casa Kayangan, bakal dipasarkan mulai 1 April 2020.


So korang boleh riki-riki Avon dealer korang ek, diorang mesti dah ada sampel untuk korang rasai sendiri kualiti materialnya.

Untuk maklumat lanjut, hubungi talian bebas tol AVON di 1-800- 18-AVON (2866).

Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 

Online Shopping:
www.shop.avon.my

Facebook: 

Instagram: