Showing posts with label Dr Medispa & Wellness. Show all posts
Showing posts with label Dr Medispa & Wellness. Show all posts

Monday, December 3, 2018

Rawatan Muka HYDRA OXY GLOW C Di Dr Medispa & Wellness, Kajang

Hi Korang,

Hah amik ko kemain panjang berjela tajuk entry ek hehehhe 

Seriously lama betul kak lily tak citer pasal kecantikan ni ek, banyaknya citer pasal pi event beauty je lebih. Kebetulan plak memang muka kak lily ni dah lama benau tak di berikan perhatian so sibuklah mencari tempat facial yang murah dan dekat dengan rumah kak lily kan. 

Sebab pemalas nak round-round dalam Kajang dan Bangi ni, kak lily google jelah. Tup-tup nampak plak nama Dr Medispa & Wellness di dalam listing google ni apa lagi kasi call dulu dan tanyalah mengenai pakej facial yang di tawarkan. 


Lepas je habis kerja isnin lepas terus je kak lily ke Dr Medispa & Wellness ni. 

Ya ampun dekat bebenau dengan rumah, dalam kawasan Uptown Reko rupanya patut senang nak cari. Spa ini terletak di tingkat 1 di barisan rumah kedai ni. Senang je dari jauh dah nampak tau, bersebelahan dengan pasaraya KK. 

Naik-naik je kak lily di sambut dengan para petugas spa ini. 



Ada seorang pelanggan je masa tuh, so kak lily kena isi segala maklumat diri ada alegik ubat ke tak, pernah buat facial ke sebelum ni ermm eh penting ni tau mana tau kot ada menda yang tak bersesuaian untuk di gunakan pada kulit muka kita kan. 


So settle isi maklumat sessi consultation plak, di sebabkan kak lily takde jerawat teruk yang tumbuh so diorang suggestkan untuk cuba rawatan Hydra Oxy Glow C. Hah ko berbelit lidah nak sebut ek, hydration oxygen dan glowingkan muka sekali. Yeszaa like !! Lagi pun kulit muka kak lily dah kusam dan dah mula ada jeragat dan oil seeds (bijik kolestrol) so better cuba rawatan ni. 

muka standby nak di manjakan hehehhee


Rawatan Hydra Oxy Glow C 


Memula kenalah bersihkan kulit muka,buang make up bagai, maklumlah dah ler seharian duduk kat site hari tuh so berkeladaklah kulit muka ni. Rasa macam kotoran degil melempel je, agaknya kalau di tenyeh tuh daki pun keluar hahahahahah 




Kemudiankan kak lily di pakaikan mask muka dan di wapkan di kiri dan kanan muka, lebih kurang 10-15 minit untuk sebelah bahagian. Ingatkan wap panas yang keluar rupanya wap sejuk ye. Tujuan wap ni adalah untuk membuka liang-liang pori di muka tuh supaya senang nanti kita nak masukkan serum. 


kak lily pun geli tengok daki whitehead tuh ek hehehehe

Setelah mask dibersihkan, proses penyedutan menggunakan vaccum pun bermula. Kita gunakan alat seperti vaccum ini adalah untuk menyedut segala white head dan blackhead di muka kita. Bila dengan mata kasar kita payah nak nampak tapi bila pori-pori muka termuka amik ko, melambak-lambak bitnik putih muncul ek. 


Kalau jenis white head dan black head ni degil payah nak kuar, barulah besi jerawat akan di gunakan. Normally yang degil selalunya di tepi hidung yang celah-celah tuh, bila rasa besi jerawat tuh kena kat muka dan ditekan aduimak menitik air mata keluar, walaupun sakit tapi sedap oi 

Proses Hydra Facial



Habis segala white head dan black head keluar barulah proses hydra facial di jalankan. Proses ini menggunakan mesin, sambil alat tuh ditekan sambil itu jugaklah serum di masukkan. 



Kemudiannye proses Ultrasonic di lakukan, bukan Ultrasound ye hehhehe. Alat ultrasonic ini di gunakan untuk meratakan kesemua serum ke seluruh kulit muka dengan menggunakan gel maknanya makin padatlah serum-serum yang masuk ini kan. 


Nampak macam simple je semburan biasa je tapi ini digelarkan Oxygen Facial, iaitu dengan memasukkan vitamin C kedalam kulit muka melalui semburan. Sejuk je muka tau 


Ok last sekali kak lily di pakaikan dengan Mask Led ini untuk mematikan kuman dan juga untuk menaikkan seri wajah muka. Barulah nampak bersinar lagi bercahaya kulit muka ahkak ko ni tapi yang penting nampak kecerahan muka tuh ek. 

Kak lily ni claustrophobic sket so rasa lemaslah memula tuh, lepas tuh pejamkan mata dan buat-buat tidur dan akhirnya terus tertidur heheheh sampai dikejutkan hahahhaa 



Bagi kak lily harga rawatan Hydra Oxy Glow C amat berpatutan iaitu RM200 untuk rawatan selama sejam lebih ini, tapi sekejapan je masa berlalu. Amat di galakkan membuat rawatan ni sebulan sekali untuk menaikkan seri kulit muka tuh kan. 

Untuk konsultansi dan tempatan rawatan, korang hubungi 

03-87331980 

013-770 6708 

Ini lokasinya kak lily kongsikan lah 


Dr Medispa & Wellness 
No 6-1, Jalan Reko Sentral 6, 
Reko Sentral, Jalan Reko 
Kajang, Selangor 

Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

FB page : 

FB : 

IG :