Showing posts with label Bowling. Show all posts
Showing posts with label Bowling. Show all posts

Thursday, June 10, 2010

Ketagihan Bowling @ Pin Junction Cineleisure

Hi Korang,

Nak cerita sket nie. Dah lama aku ketagih nak main bowling nie. Maklumlah last main hari tu masa kat gathering kat mines. Ala dah lama pun dah. So weekend lepas, semua orang balik kampung maklumlah cuti sekolah tapi aku dengan mr Big di ajak oleh geng anak2 polis depoh main bowling di Pin Junction, Cineleisure Damansara. Ala yang dekat dengan Ikea tu kan.


Kitaorg jumpa kat The Curve dulu, then berjalan kaki ke Cineleisure sambil mencuci mata kat flea market yang ada pada hari itu. Tetiba terasa, cam gatal je tangan nak bershopping tapi tahan nafsu dulu coz dalam hati tengah berkobar2 nak berbowling nie.

Pin Junction, Cineleisure Damansara

Kitorg main kat Pin Junction, Cineleisure Damansara. Orang dah confirm2 ramai. Ktorg dapat main 1 game je coz dah ada orang booking untuk tournement. So lepas gian gak lah kan. Tengoklah aksi2 yang dasyat nie.


Mr Big dengan gayannya spinning bola

Adam yang sibuk gak nak main

Cik Lily Putih yang power okeh

Mila Dot Com, tokeh Maybank Muor

Imran, si owner farm ville

Ramai yang tak main, datang duk lepak2 je.So dapat gaklah aku lepas gian nak main bowling nie. Eventho satu game pun jadilah. Yang penting aku dapat no. 2 okeh.

Aku yang dapat no. 2 je.

Aku suke tengok gambo nie,comel kan?

So kengkawan, jom kite buat gathering sambil main bowling lagi, nak tak? Korang rasa ada tak yang nak join aku buat gather2 kecil-kecilan nie ek.

Tuesday, February 9, 2010

Bloggers Ngada2 Di Mines


hah inilah dia acara bloggers ngada2 di Mines. Mengada kan? Bean jangan ko ingat ko tu tinggi okeh!
Melz lagi tinggi sebenarnya.. Ala x sempat nk amik gambo dgn ko Melz..

La korang tak caya, tengok nie:-

Nie Organizer, Cik Hel & Bean. 
Yg lelain tuh, suker interframe okeh! Bean ko jangan ingat itu semua dayang2 ko okeh! nyampah akulah..

Acara yang di aturkan, macam-macam okeh, tapi aku suka acara makan. Tapi sayang si Bean tu kedekut nak belanja tau!
Sessi gelakkan orang main bowling di Bowling Centre. Terbahagi kepada 4 group. Group yang paling corot sekali adalah group Bean.
Sessi penyampaian hadiah untuk Pesta Pantun anjuran Cik Hel. Eny dapat teddybear tu. Sesungguhnya akak jeles okeh! mr Big nak teddybear gak.. huhuhuhu

Sessi berguru di Sifoo Melz kite mengenai Nuffnang dan blogging tips.Semua tekun mendengar.

Sessi bakar jantung yang di ketuai oleh Daydeck & Aus aka Dlm hati ade taman

Yang datang, korang tengok nie:- hebat kan!
Anak-anak dara yang comel2 belaka
Orang-orang bujang yang kononnya macho

Yang mengikut tema putih

Yang mengikut tema merah. Oit! apsal ade hijau plak  nie ek?

Kesimpulannya:
- terima kasih kepada penganjur yang sangat kelakar Cik Hel kite
- seronok sangat dapat kenal dgn Fateha & Hairi, Tasha & E1 , Eny & teman tapi mesranya, Jard & Ujie.
- terima kasih kepada Melz yg sudi bagi ilmu kat ktorg
- dapat kenal Bro Eyriqazz
- dapat perdajalkan Bean, go Loser Gang!! Aus & Daydeck
- dapat kenal gak dengan Bob,Abuya, Cikgu Yann, model tudung Rina Salleh dan Hidayah

Sesungguhnya:
Seronok sekali ada geng untuk gelakkan orang nie!

Walaupun banyak bende nak citer, tapi aku malas nak tulis bebanyak, korang check it out bebudak lain pun blog kay.

p/s: sesape yg lom forward email, sila bagi untuk pengantaran gambo. Tapi biasalah kan email so antau sket2 la ye.
        Aus & Daydeck : memang RinaSalleh tu model tudung lah! Cis berani korang gelakkan aku kan?? Siaplah nanti korang.

Monday, February 8, 2010

Sila Amik Perhatian : Gather2 Bloggers Di Mines Semalam.

Apakah yang sedang berlaku kat sini?
Cuba korang teka, minah baju kuning tu buat ape dan mamat paling tinggi tu sape?

kalau korang leh jawab aku akan forwardkan 210 keping gambo masa event nie untuk korang.

ops, lupa nak pesan plak. Terbuka kepada sesapa yang join event nie semalam.

p/s :  daydeck ko x yah jawab okeh! kang aku plak x dpt gambo dari dia. Uisk!!! yang lain jawab tau!