Showing posts with label Bloggers Movie Day Out. Show all posts
Showing posts with label Bloggers Movie Day Out. Show all posts

Sunday, December 4, 2016

Upin Ipin Jeng Jeng Jeng Bloggers Movie Day Out

Hi Korang,

Citer ni dah basi sebab filem Upin Ipin pun dah kutip hasil tayangan kira-kira 3 juta lebih kan sewaktu mula tayangan dari 24 November 2016 yang lepas, tapi aku tetap nak citer jugak sebab sukalah


Aku dapat jemputan daripada team Dehaihati Network untuk preview filem Upin Ipin ni. Of courselah ramai yang hadir dah riuh rendah dan gamaknya suasana sebelum preview tersebut. Yelah budak-budak mestilah seronok kan, siapa yang tak suka dengan Upin Ipin ni.. 

Even aku pun suka tau…

Mari aku ceritakan sedikit mengenai filem kanak-kanak ni kan

Sinopsis Filem Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!



Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng! mengisahkan kehidupan seorang anak yatim bernama Balqis. Dia sangat meminati watak animasi kembar popular Upin & Ipin. Suatu hari, seorang lelaki bernama Zaman telah datang ke rumah anak yatim tempat tinggal Balqis. Melalui perbualan Zaman dengan Noreen, Balqis terdengar bahawa Rumah Anak Yatim tersebut hendak diambil alih kembali oleh Zaman yang merupakan anak kepada pemilik tanah tersebut.

Balqis mula berbincang dengan rakan-rakannya untuk menyelamatkan Rumah Anak Yatim tersebut. Dia telah meminta bantuan daripada Upin & Ipin, tanpa disangkai Upin & Ipin benar-benar muncul di hadapannya. Walaupun begitu, kawan-kawannya tidak dapat melihat Upin & Ipin. Pada masa yang sama, Awie penyanyi rock terkenal suatu ketika dahulu turut mengalami masalah kewangan. Dia tidak lagi popular dan sedang mencari peluang untuk menghasilkan album terbarunya bagi mendapatkan pendapatan.

Awie dengan pembantunya Bo terserempak dengan Balqis yang sedang kecewa setelah bergaduh dengan Noreen. Atas pujukan dari Upin & Ipin, Balqis bersetuju untuk pulang ke rumah namun dia masih tidak berbaik dengan Noreen.

Dengan menggunakan teknik 3D Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng ! telah menjadi sebagai filem animasi Malaysia yang pertama dengan gabungan lakonan hidup. Les' Copaque Production telah menghasilkan proses pembikinan animasi manakala penggambaran perfileman dijalankan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Sebanyak RM4 juta telah dibiayai oleh FINAS di bawah Dana Kesan Khas (CGI) dalam penerbitan filem ini. Pengedar rasmi filem ini ialah Primeworks Distribution yang telah mendapat sokongan penuh dari Pengarah Kandungan Kreatif dan Teknologi (MDEC).

Barisan Pelakon :
  • Sara Ali sebagai Noreen
  • Remy Ishak sebagai BO
  • Awie sebagai Awie Poyo.
  • Puteri Balqish sebagai Aqish
  • Asyiela Putri sebagai Upin & Ipin (suara)

Pada aku, cerita ini memang sesuai untuk semua golongan termasuklah kanak-kanak yelah citer bebudak kan tapi aku dengar ramai ibu bapa yang tidak puas hati sebab Upin Ipin tu keluar sekejap-kejap je. Mostly anak-anak asyik tanyelah mana Upin Ipinnya kan..

Jalan cerita menarik dan straight forward tak susah nak fikir ending bagi kita orang dewasa ni, tapi bagi kanak-kanak ianya amat berat. Biasalah anak-anak tengok Upin Ipin happy je ni ada sedih-sedih pulak tak berapa syiok di situ. 

Itu jelah aku nak citer…

Ok bagi orang dewasa tapi berat untuk kanak-kanak, apa-apa aku enjoy..


Informasi Filem Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng 

Tajuk Filem : Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng
Tarikh Tayangan : 24 November 2016
Durasi Tayangan : 98 minit
Kos Terbitan Filem : RM4 juta 

Terbitan Bersama :


Dana Kesan Khas :FINAS Malaysia