Saturday, May 13, 2023

ArRahnuKita Bangi Secara Rasmi Telah Dibuka

Hi Korang,

Berita baik untuk semua! 

Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) telah mengembangkan lagi rangkaian perniagaan perkhidmatan pajak gadai ArRahnuKita yang secara rasmi telah dibuka cawangan terbaharu yang terletak di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor.


ArRahnuKita Bangi mula beroperasi sejak 28 Februari yang lalu dan merupakan cawangan kedua perkhidmatan pajak gadai patuh syariah.

Menurut Pengerusi KOPETRO, Roslan Abdul Rahim berkata, kejayaan membuka cawangan kedua ArRahnukita adalah bukti komitmen KOPETRO terhadap anggota-anggota koperasi dalam meluaskan rangkaian perniagaan sedia ada demi memberikan pulangan dividen yang lebih lumayan.


Setelah tercapainya objektif KOPETRO untuk mengoperasikan sebuah perkhidmatan pajak gadai ArRahnuKita tahun lalu, Alhamdulillah, kita berjaya mengorak selangkah lagi ke hadapan hari ini dengan perasmian cawangan kedua perniagaan ini, ujar beliau dalam ucapannya di majlis perasmian.


Turut hadir ke majlis perasmian ArRahnuKita Bangi antara lain, anggota-anggota Lembaga Koperasi, perwakilan-perwakilan, anggota-anggota Jawatankuasa Audit Dalaman dan barisan pengurusan KOPETRO.

Masyarakat kini lebih peka dan menedari kelebihan membuat simpanan dan pelaburan jangka masa panjang dengan emas. Melihat kepada situasi semasa, di mana dunia sedang menghadapi kenaikan kadar inflasi yang semakin membimbangkan, emas menjadi jalan penelesaian terbaik bagi orang ramai untuk membuat simpanan, pelaburan dan modal perniagaan,
tambah Roslan.

ArRahnuKita bercadang untuk membuka empat lagi cawangan dan sedang mencari lokasi-lokasi yang sesuai bagi mengembangkan lagi rangkaian perniagaan perkhidmatan pajak gadai yang dijalankan.


Menurut Tuan Haji Shamsudin Haron, Ketua Bahagian Keanggotaan dan Servis Kewangan yang bertanggungjawab di dalam menerajui perniagaan ArRahnuKita

Selain cawangan di Sungai Besi dan Bangi, cawangan ArRahnuKita di Ampang juga sudah pun memulakan operasinya bulan ini.Tambahnya, pihaknya berinsipirasi untuk menjadikan ArRahnukita sebuah perkhidmatan pajak gadai emas yang menjadi contoh kepada ArRahnu lain dengan menawarkan perkhidmatan yang mesa pelanggan dan sebuah jenama pilihan yang dipercayai.

Skim Pajak Gadai Emas Berlandaskan Syariah

ArRahnukita merupakan satu skim pajak gadai emas yang berlandaskan syariah Islam di mana cawangan pertama perkhidmatan itu beroperasi sejak tahun 2022 di Medan Niaga Tasik Damai, Sungai Besi.


Pembiayaan Ar-Rahnu adalah produk pembayaran yang membenarkan barang kemas dijadikan sebagai cagaran untuk dijadikan wang tunai. Pembiayaan yang dijalankan ArRahnuKita adalah berlandaskan Konsep Syariah Tawarruq dan terbuka kepada semua bangsa dan agama.


ArRahnukita juga mampu memberi persepsi yang positif terhada masyarakat malah dapat membantu mengatasi masalah kewangan da menawarkan tempat penyimpanan barangan kemas yang selamat dan terjamin. ArRahnukita menerima semua jenis barang kemas dengan mutu emas 750 sehingga 999, iaitu bersamaan 18 karat sehingga 24 karat. Bukan itu sahaja barang kemas yang berbentuk permata, rose gold, jongkong emas dan syiling emas juga diterima.

Peluang Memenangi Hadiah

Menarik buat pelanggan, ArRahnukita menawarkan peluang untuk memenangi bar atau wafer emas selepas tempoh enam bulan apabila pelanggan mencagar emas di ArRahnuKita dengan nilai minimum RM5,000 sebelum 30 Jun 2023. 100 orang bertuah bakal memenangi cabutan bertuah ini di mana pemenang bakal diumumkan secara bulanan bermula Julai ini.

ArRahnukita juga menawarkan margin pembiayaan sehingga 80% dari nilai emas atau sehingga RM300,000 nilai terkumpul.


Untuk promosi terkini dan kadar emas terkini daripada ArRahnukita, layari www.arrahnukita.com.my atau ikuti akaun media sosial @ArRahnukita di Facebook dann Instagram atau hubungi hotline ArRahnukita di talian +603-90559839 (Sungai Besi) dan +603-89204518 (Bangi) untuk sebarang maklumat lanjut mengenai perkhidmatan ArRahnukita.


No comments :