Saturday, April 8, 2023

INLAB SENZ Projector | Suatu Nikmat Kegembiraan Di Kongsi Bersama Keluarga

 Hi Korang,

Apa yang menyatukan kita sekeluarga bila berada di rumah??

Of courselah menonton tv selain daripada makan bersama-sama, pastinya menyeronokkan bersama yang tersayang seisi keluarga. Kalaulah setiap rumah mempunyai ruang menonton yang selesa di samping televisyen dan aksesori yang mantap maka waktu menonton terasa indah.

Untuk itu, haruslah kita memerlukan peralatan menonton yang baik.

Bagi mereka yang mampu tidak menjadikan masalah namun bagaimana pula kita yang hanya mampu menyediakan tv biasa sahaja.  Kalau korang nak tau yang korang boleh mencipta keajaiban pengalaman seperti berada di pawagam walaupun korang hanya berada di rumah.

Mari sini kak lily kongsikan mengenai INLAB SENZ Projector


Mungkin korang akan merasa pelik mahupun tentang mengapa korang memerlukan projektor sedangkan korang sudah pun mempunyai TV. Memang betul kita boleh menonton TV biasa tapi kita mahukan lebih pengalaman menonton yang lebih sinematik yang mana korang boleh saksikan filem pada skrin besar atau menikmati merasai duduk di dalam teater gelap dengan sistem bunyi teater yang padu.

Projektor INLAB Senz merupakan projektor LED pintar yang mempunyai rekaan bentuk yang cantik dan minimalis, yang mana ianya mudah untuk di padankan dengan sentuhan moden pada ruang tamu korang.

Kebiasaannya projektor bersaiz besar dan berat untuk dibawa ke mana-mana, tetapi projektor INLAB Senz sangat mudah alih, ianya mudah dipasang dan didatangkan dalam saiz kompak yang berukuran 29CM (L) x 22.1CM (W) x 9.5CM (H). Ini bermakna anda boleh membawanya dengan mudah ke mana-mana yang anda mahukan.

Berfungsi sama seperti TV Pintar yang terdapat di pasaran, INLAB Senz menayangkan video/imej 1080P secara asli (tetapi menyokong sehingga 4K) tanpa masalah sama sekali. Ketajaman, kecerahan dan kejelasan benar-benar terbukti pada projektor comel ini.


Apa yang membuatkan projektor INLAB Senz menonjol daripada yang lain ialah pemfokusan elektronik (auto focus) dan pembetulan keystone yang boleh dilaraskan sama ada dari alat kawalan jauh atau tombol sedia ada.

Mungkin korang memikirkan kesulitan bagi penyambungan wayar projektor, eh jangan bimbang, INLAB Senz menyediakan pelbagai jenis sambungan berwayar dan juga tanpa wayar (wireless) dan korang masih boleh menyambung ke apa juga peranti sendiri seperti komputer riba, konsol Playstation dan Nintendo Switch

Mempunyai fungsi USB dan juga HDMI yang di padankan dengan pendrive, cakera keras mudah alih, cakera keras luaran, headphone jack bersaiz 3.5mm yang berfungsi dengan earphone, headphone dan speaker serta fungsi bluetooth.

Ianya juga mudah untuk disambung terus daripada telefon pintar ke projektor melalui Screen Mirroring dan mempunyai sistem bunyi yang diperakui oleh Dolby Audio yang mana korang boleh rasainya kepaduan bunyi di sekeliling ruang menonton korang.

Oh ya, kak lily tambah sket lagi yang projektor INLAB SENZ ini beroperasi dengan OS Android yang terbina di dalamnya, dan korang boleh mengakses semua aplikasi TV yang terkenal dengan hanya menekan satu butang seperti YouTube, Netflix, Disney Hotstar+, IQIYI dan 100+ lagi aplikasi boleh dipasang daripada Aplikasi Playstore.

INLAB SENZ kini dijual pada harga RM989.90 (selepas diskaun), bagi kak lily ianya sangat berpatutan jika hendak di bandingkan dengan mendapatkan TV pintar 100 inci, kosnya sekitar RM10,000 dan ke atas.


Jadi apa kata dapatkan INLAB SENZ pada harga RM989.90 untuk merasai saiz skrin bernilai RM10,000. Ermm bayar kurang namun dapat kelebihan yang lebih baik.

Dan korang layak mendapat diskaun tambahan RM30 dengan menggunakan kod diskaun INLA0030

Oleh itu, ianya adalah cara terbaik untuk menghabiskan masa berkualiti kak lily bersama keluarga tersayang untuk menonton filem kegemaran kami.

 

Ikuti social media INLAB SENZ untuk dapatkan info lanjut.

Official Website - https://inlab.com.my/pages/the-senz

Official Shopee - https://shope.ee/8zVy4WmnFZ

Official Lazada - https://s.lazada.com.my/s.fjRBK

Weblinks -  https://inlab.com.my/pages/the-senz

#inlabmalaysia #inlabsenz

No comments :