Friday, November 18, 2022

ULTRA HEROES Datang Ke Malaysia Di PARADIGM MALL, Petaling Jaya

Hi Korang,

Lama bethol tak menulis ekk…

Mehlah kak lily sambung balik yer

So siapa kat sini minat giler dengan Ultraman??? Meh angkat tangan lekasssss

Hahahahaha jangan kata korang akak pun sama ye, masa kecik-kecik dulu inilah series yang kak lily tengok setiap petang.

Ok wait, ada berita baik untuk si kaki Ultraman semua hah!!

Kalau korang nak tau yang Ultraman kini di Malaysia wei!!!


Malaysia menjadi tuan rumah kepada Jelajah Asia Tenggara Ultra Heroes (ULTRA HEROES TOUR SOUTH EAST ASIA) dari 10 hingga 27 November 2022 di Paradigm Mall, Petaling Jaya.

Acara ini dibawakan kepada anda oleh Bandai Spirits Co. Ltd. dengan kerjasama Bandai Namco Asia Co Ltd di bawah naungan jenamanya, Tamashii Nations. Dengan pelbagai aktiviti menarik disediakan, Jelajah Figura ULTRAMAN (ULTRAMAN Figure Tour) pasti akan menambat imaginasi para peminat ULTRAMAN, kebanyakan yang membesar menonton siri aksi ikonik dari Jepun ini.

Korang akan menjadi antara yang pertama menemui ULTRAMAN DECKER, terbitan terbaharu siri popular Ultraman yang sedang ditayangkan di Jepun. Jangan lepaskan peluang sekali dalam seumur hidup untuk merakam gambar bersama PATUNG ULTRAMAN DECKER bersaiz manusia. Setinggi 2 meter dan telah diukir berdasarkan ‘S.H.Figuarts’, ia merupakan rangkaian figura utama jenama Tamashii Nations.







Jelajah Malaysia ini menjanjikan barisan figura koleksi ULTRAMAN yang baru, akan datang dan eksklusif daripada S.H.Figuarts dan Tamashii Nations Box oleh Tamashii Nations. Para peminat boleh menambah koleksi figura mereka (atau bagi peminat-peminat baru untuk memulakan koleksi mereka) di sudut jualan istimewa ULTRAMAN dan mendapat hadiah terhad TAMASHII Nations bagi setiap pembelian.




Yang lagi menarik jangan lupa menonton PERSEMBAHAN LANGSUNG ULTRAMAN (ULTRAMAN LIVE SHOW) yang memaparkan ULTRAMAN DECKER dan ULTRAMAN TRIGGER serta pertembungan penuh aksi mereka bersama raksasa SATANDELOS. Berlangsung pada pukul 1 tengah hari, 4 petang dan 7 malam setiap Sabtu (12, 19 dan 26 November) serta Ahad (12, 20 dan 27 November*), pengunjung dapat menyaksikan sendiri aksi pertempuran karakter-karakter ini dengan lebih dekat. 
(*Jadual tersebut tertakluk pada perubahan tanpa notis awal.)


Selain itu, jangan lepaskan peluang untuk menonton video istimewa yang memaparkan bintang dari Jepun, Hiroki Matsumoto, yang memainkan watak Kanata Asumi di ULTRAMAN DECKER dan Raiga Terasaka yang berlakon sebagai Kengo Manaka di ULTRAMAN TRIGGER. Yang pasti korang akan terpegun dengan babak-babak realistik daripada siri ULTRAMAN yang disediakan di acara tersebut.


Antara produk utama adalah TAMASHII NATIONS BOX Ultraman ARTlizes - Here He Comes! Our Ultraman. Boleh didapati dengan harga RM40. KOTAK TAMASHII NATIONS yang pertama adalah ULTRAMAN. 



Ia merupakan penampilan sulung ARTlized, satu siri baru yang memperingati generasi pertama karakter-karakter Ultraman SD dari tahun 1980-an dan 1990-an. Kotak ini merangkumi lapan figura dengan satu figura rahsia! Ia amat sesuai bagi pengumpul dan peminat ULTRAMAN atau semata-mata untuk menceriakan ruang kediaman korang.


Jelajah ULTRAMAN (ULTRAMAN Tour), yang dimulakan di Thailand sebelum tiba di Malaysia, dijangka menarik kehadiran 180,000 pengunjung dari segenap usia di Asia Tenggara. Sama ada dewasa, kanak-kanak, peminat mahupun pengumpul, mereka pastinya tertarik dengan karakter-karakter ULTRAMAN.

Masuk ke acara Jelajah Asia Tenggara Ultra Heroes (ULTRA HEROES TOUR SOUTH EAST ASIA) adalah percuma. Waktu operasi adalah 10 pagi – 10 malam setiap hari. Pengunjungi mesti berusia 15 tahun ke atas, sementara kanak-kanak dan remaja di bawah usia 15 tahun harus ditemani penjaga.


So, ibu bapa di luar sana jangan lupa bawa anak-anak kesayangan melihat Ultraman ke ULTRA HEROS TOUR SOUTH EAST ASIA di Paradigm Mall, Petaling Jaya dari 10 November hingga 27 November 2022.

Ayuh lekasss tau..

Untuk maklumat lanjut mengenai Jelajah Asia Tenggara ULTRAMAN & Figuarts boleh layari :-

Website Tamashii Nations : https://tamashii.jp/

Website Bandai Spirits Co Ltd : www.bandaispirits.co.jp/

Facebook Tamashii Nations South Asia : www.facebook.com/Tamashii.Nations.South.Asia

No comments :