Wednesday, February 3, 2021

TDC HOLDINGS SDN BHD Menerima Pengiktirafan Patuh Syariah

Hi Korang,

TDC Holdings Sdn Bhd (TDC), salah sebuah syarikat Multi-Level Marketing (MLM) terulung di Malaysia telah di beri pengiktirafan patuh Syariah oleh Lariba Consulting (LC) yang merupakan penasihat syariah bagi TDC Holdings kerana kepakaran dalam bidang Syariah, Usul Fiqh dan kewangan islam. 

Sijil Kepatuhan Syariah yang dianugerahkan ini menjadi titik bersejarah buat TDC kerana pengiktirafan ini menandakan bahawa kredibiliti TDC Holdings sebagai sebuah syarikat MLM dan juga produk dan jenama di bawah TDC menepati piawaian tertinggi yang ditetapkan oleh Syariah. Secara langsung, ianya menambahkan lagi keyakinan para pelanggan ahli dan juga bakal ahli untuk membina kerjaya dan peluang perniagaan bersama TDC.

Majlis Pengiktirafan Sijil Patuh Syariah


Pengiktirafan sijil patuh Syariah itu telah disempurnakan oleh Ustaz Abdul Aziz bin Mohd Nor kepada Ketua Pegawai Eksekutif TDC Holdings Sdn Bhd, Encik Mohd Hafizuddin Hiew bin Abdullah dan berlangsung di pejabat TDC Holdings. Turut sama menyaksikan detik bersejarah tersebut adalah Nur Farisha Bt Ahmad Musli, Eksekutif Syariah TDC. 


Penilaian yang dilakukan oleh LC merangkumi keseluruhan aspek perniagaan TDC Holdings iaitu - penilaian untuk produk, operasi syarikat dan juga pelan pemasaran.

Ketua Pegawai Eksekutif TDC Holdings Sdn Bhd, Encik Mohd Hafizuddin Hiew bin Abdullah


TDC yang memartabatkan slogan ‘Legasi di Dunia, Istana di Syurga’ sebagai konsep perniagaan mendapat nama di dalam industri asbab kualiti dan keberkesanan produk disamping mempunyai lesen Akta Jualan langsung (AJL) dan ini membuktikan bahawa TDC menitikberatkan kesejahteraan dan kebajikan ahli dan juga masyarakat yang mana TDC secara khususnya memperuntukkan hampir 90% keuntungan mereka kepada sumbangan masyarakat dan tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Sebahagian Daripada Kriteria MLM Patuh Syariah

Antara beberapa garis panduan yang dapat di kongsikan oleh dari Ustaz Abdul Aziz bin Mohd Nor atau lebih di kenali dengan nama Ustaz Lariba di Facebook iaitu :


1. Janji untung tak? Atau janji pendapatan pasif? 
Kalau janji untung sahih tak patuh undang2 dan syarak sebab terlibat riba. Tak payah pening2 nak fikirlah syarikat ini patuh syariah atau tidak. Memang confirm scam.

2. Sahih ada produk tak? 
Kadang2 kata ada produk tapi tak pernah dibuktikan ada. Tapi dok janji bulan dan bintang. Jika tak ada produk, memang tak patuh undang2 dan syariah sebab ia skim money game/piramid dan terlibat riba.

3. Kalau ada produk, SEMUA produk disahkan halal tak? 
Ada yang menjawab, kami tak pasti, tapi syarikatlah bertanggung-jawab. Kami jual saja…. Masalahnya kita tanggung dosa kita sendiri jika kita tak pastikan produk mereka disahkan halal oleh badan berautoriti seperti JAKIM.

4. Jika tidak semua produk halal, pendapatan daripada jualan produk tidak halal adalah juga tidak halal. Samada pendapatan daripada jualan sendiri atau jualan downline/group.

5. Adakah pendapatannya sebahagiannya atau majoritinya daripada yuran ahli? 
Jika ya, kemungkinan ia tidak patuh shariah sebab pendapatan semestinya daripada jualan sendiri atau jualan downline/group.

6. Ada penasihat syariah tak?
Kalau ada Alhamdulillah tapi pastikan latar belakang mereka adalah dari usul fiqh, muamalat atau kewangan Islam untuk memastikan kesinambungan pendapat2 mereka. Dan mereka telah pun audit dan sahkan syarikat patuh syariah. Kalau tak ada penasihat syariah macam mana? Kalau tak ada kita tanggung sendiri jika kita mahu teruskan berniaga dengan mereka.

Produk Keluaran TDC Holdings Sdn Bhd

Produk keluaran TDC Holdings Sdn Bhd iaitu susu kesihatan C2Joy dan Safe & Joy telah berada dipasaran sejak tahun 2016 dan merupakan dua jenama yang laris serta diperakui keberkesanannya. Kedua-dua produk ini diformulasi dengan dua ramuan utama iaitu Trucal iaitu sumber Kalsium & mineral yang dimampatkan dari susu lembu yang merupakan satu formulasi yang dipatenkan oleh TDC Holdings daripada Glanbia PLC dan juga Kolostrum Lembu Asli daripada New Zealand.



Kedua-dua jenama C2Joy dan Safe & Joy keluaran TDC Holdings ini juga telah mendapat pengiktirafan pensijilan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (HACCP) dan juga menerima pensijilan Good Manufacturing Practice (GMP) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pensijilan dan pengiktirafan yang diterima, membuktikan bahawa produk keluaran TDC Holdings dihasilkan mengikut garis panduan, kualiti serta menggunakan kaedah yang ditetapkan.

Produk susu kesihatan C2Joy dan Safe & Joy berkesan dalam meningkatkan antibodi dan sistem imunisasi tubuh untuk melawan virus dan sesuai dengan situasi semasa pandemik COVID-19 disamping sebagai minuman susu yang sesuai bagi mereka juga yang ingin mengekalkan gaya hidup yang sihat. Kandungan kolostrum yang terdapat dalam C2JOY dan Safe & Joy terbukti secara klinikal dapat membantu memperbaiki sistem imunisasi badan, meningkatkan antibodi juga membantu membasmi virus dan bakteria serta mempercepatkan proses penyembuhan sel-sel badan. Sesuai dinikmati oleh pelbagai peringkat usia termasuk ibu mengandung, kandungan kolostrum yang terdapat dalam C2Joy dan Safe & Joy juga merupakan nutrisi tambahan yang diperlukan dalam kehidupan seharian.

Sejarah Penubuhan TDC Holdings Sdn Bhd

Sejak penubuhannya pada tahun 2016, kami adalah salah satu syarikat MLM unik yang berjaya menggabungkan keindahan konsep MLM dan wholesales ke dalam pemasaran syarikat. Kualiti produk kesihatan kami terbukti dengan perakuan GMP, HACCP, ISO dan HALAL JAKIM, dengan sistem pengiraan bonus harian unik kami untuk 150,000 peniaga membuktikan bahawa TDC adalah salah satu syarikat eksklusif di Malaysia. Ini secara tidak langsung telah membawa kepada penjualan lebih daripada 2,000,000 unit produk kami dengan 45% pendapatan syarikat adalah pembelian ulangan daripada pengguna berdasarkan lebih dari 1,000 peniaga kami menikmati lebih daripada 4 angka bonus bersih sebulan, dan lebih daripada 10 dari mereka menikmati 6 angka.


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di sosial media berikut : 

Official Website : 

Email : 

Facebook : 

Instagram : 

No comments :