Monday, September 19, 2016

Menikmati Masakan Udang Galah di The Nai Cafe, Shah Alam

Hi Korang,

Diam tak diam, sempat jugak aku menyinggah di salah sebuah cafe yang menghidangkan menu udang galah di Shah Alam ni. 

Ni semua gara-gara mengikut bebudak blogger ni lah pi event makan-makan hehehehe



Kitaorang ke The Nai Cafe yang terletak di kawasan perumahan Denai Alam. Ermm first time aku kemari wah tempat baru rupanya cantik gak kawasan perumahan kat sini lah. 





Suasana di dalam kedai bagi aku simple je. Disebabkan perabutnya berwarna putih so aku rasa sangat luas cafe ni. Minimalis katanya.


Ada macam-macam hidangan menu makanan yang sedap-sedap tapi aku nak citer pasal menu udang galah je tau sebab menu ni merupakan signature dish bagi The Nai Cafe ni.

Meh aku tunjukkan pada korang ek.


Udang Masak Lemak Cili Api + set nasi | RM14.90

Hidangan udang masak lemak cili api ni, rasa lemak-lemak pedas, cukup seimbang dengan rasa masam dan pedas berlemak sememangnya enak dinikmati dengan nasi panas. Favourite orang Negeri Sembilan ni. Manis udang tuh ada dalam kuah tuh.


Sambal Udang + set nasi | RM14.90

Nampak macam pedas tapi tidak langsung ye. Rasanya masam-masam manis, agak pekat juga kuahnya 


 Tomyam Udang + set nasi | RM14.90

Rasa tomyan menjadi lebih sempurna dengan tambahan rasa kemanisan udang sebagai bahan utama dalam masakan. Bahan-bahan lagi seperti daun limau purut, serai, cili padi juga membantu menaikkan rasa tomyam itu sendiri


Udang Goreng + set nasi | RM14.90

Udang digoreng bersama 'butter', bawang, serbuk rempah (meyebabkan rasa pedas sedikit) dan juga daun kari ini memang memberi kelainan dari segi rasa. Yang tak makan pedas, boleh cuba menu ringkas ni.

Di The Nai Cafe ini juga, mereka menghidangkan masakan panas dan ada live station lagi iaitu Char Kuay Teow yang ditambah udang galah sebagai penyedap rasa menu tersebut. 

Adalah 2 saiz pilihan udang galah iaitu saiz M dan L di sini. Terdapat 3 jenis masakan panas-panas Char Kuay Teow boleh dicuba di antaranya seperti Char Kuey Teow goreng basah, Char Kuey Teow goreng lembap dan Char Kuey Teow goreng kering


Char Kuey Teow goreng basah | RM12.90

Menu diatas adalah menggunakan udang galah gred A. Kita juga boleh membuat permintaan untuk jenis udang yang lain iaitu samada jenis L atau M. Portion sederhana tapi cukup mengenyangkan. 

Char Kuey Teow goreng lembap | RM12.90

Untuk yang sukakan masakan tidak terlalu kering dan berkuah bolehlah mencuba char kuey teow lembap. Cukup bahan dan rasa dan kehadiran udang galah menambahkan lagi kemanisan semulajdi dalam masakan. Ianya tentu lebih umphhh bila dinikmatinya bersama cili jeruk.

Nasi Goreng Udang | RM12.90

Nasi goreng udang! Masih menampilkan udang sebagai bahan utama. Cuma hidangan ini dilengkapi dengan sup, hirisan timun dan keropok. Hidangan tidak penas sesuai untuk kanak-kanak.



So aku Cik Lily Putih bagi 3.5/5 star untuk menu di The Nai Cafe ni ek sebab ada banyak lagi hidangan lain aku belum cuba. 

So gimane?

Berselera ngakk menu udangnya..

Korang boleh datang ke

The Nai Cafe
23-1 Jalan Elektron U16/F
Denai Alam
Seksyen U16
50150 Shah Alam

Tel : 03-7832 4481 

ataupun layari sahaja laman sosial media The Nai Cafe seperti dibawah:-

Facebook : 

Instagram : 

Jawabnye weekend memang kena datang sini untuk mencuba menu lelain ek




5 comments :

Unknown said...

Harga pun ok..selalunya sis tunjuk air..kali ni tak de pulak..heheh

mama tisya said...

dapnye tgk udang galah tu...laparrr

Jueliza Jamani said...

alahai kak mabeles betul udang tu.. suka sungguh jue dgn udang2 besor tu.. harga pun not bad.. boleh masuk list JJCM ni..

Atiey MN said...

cair tengok char kuew teow goreng lembap tu...cam nak terus pegi..hik hik

Nadia Johari said...

udang feveret kita