Friday, February 27, 2015

Moist Diane Hair Care Kini Di Malaysia

Hi Korang,


Ni citer pasal shampoo bagus yang sesuai untuk semua kulit kepala, yelah ingat orang tipu ke..

Ishk


Aku dapat jemputan untuk majlis pelancaran Moist Diane Hair Care baru-baru ni di The Edge Hair Studio @ Grand Millennium Hotel. Alah sebelah Pavilion je kan. Thanks to Don dan Mandom for this invite.

Moist Diane shampoo merupakan produk penjagaan rambut yang ke-enam terlaris di Jepun yang mengandungi bahan-bahan berasaskan minyak-minyak yang tersendiri dan bermutu tinggi. Wah, ke-enam terlaris, ermm hebat tu dah masuk pasaran Malaysia.




Lepas je register, ada booth mengenai produk yang terkandung di dalam Shampoo Moist Diane ni kan, so apalagi haruslah dicuba untuk menambahkan lagi kepastian mengenai shampoo ni.


Terdapat beberapa jenis minyak yang dicampur kedalam syampu Moist Diane yang mana minyak-minyak tersebut adalah: 
Argan Oil dari Morocco 
Baobab Oil ( juga dikenali sebagai “Tree Of Life”) 
Cupuacu Butter 
Marula Oil 
Andiroba Oil 
Mango Seed Oil 
Virgin Prune Oil 
Lupine Oil 


Argan Oil yang merupakan bahan utama yang mempunyai Vitamin E, bertindak menjadikan ia antioksidan penting dalam membantu melindungi dan menghidratkan kulit kepala. Minyak Argan ini membantu penyerapan dan membersihkan kulit dengan cepat.

Produk haircare ini dihasilkan melalui 3 jenis teknologi, iaitu:-

1. Next generation (Botanical Rare Oil) : this rare oil is added to the main ingredient, Argan Oil for synergistic effect.

2. Assuring the longevity of skin cells : Next generation (PhytoCellTech) new plant cell culture technology invented to protect skin stem cells.

3. Next generation (Phyto Peptides) : Ion Complex Technology.



Pelancaran Moist Diane Di Malaysia dimeriahkan lagi dengan simple speech daripada Encik Morishita San dan Mr Tiger, kemudian disusuli dengan acara pelancaran Moist Diane dari Mandom team iaitu Mr Daniel, Miss Crayn dan Mr Tiger.




Selesai acara majlis pelancaran, ktorang para bloggers di berikan perawatan rambut secara percuma dengan menggunakan produk Moist Diane shampoo ni. Moh beratur ek, nasib baik nombor sudah pun diberikan awal-awal tadi, so tunggu turn untuk cuba jelah.



Bukan tu je, of courselah dalam goodies bad ada shampoo Moist Diane ni jugak kan, balik nanti boleh cuba dan review kat korang ek.


Kalau tak sabar sangat nak tunggu review daripada aku yang agak-agak sendu ni, korang boleh dapatkan di Watson yang berdekatan dengan korang. Harga pun memang berbaloi dengan kualiti syampu ini. 

Cuba lah, then baru tau..




8 comments :

Wak Lat said...

Salam. Hee untunglah dapat try beauty product.

Nurulhidayah said...

nak terai laaa.. macam best je :)

OKje said...

Wow.....cantik gambar bawah tu....mmg terbukti berkesan CL hihi....
Ni product barulah ni kan sebab tu mereka nak blogger buat promotion...
Terbaeklah CL

budakbandunglaici said...

Cantik rambut baru tu hehe

hazman fadzil said...

perghhh....rambut dah macam gadis remaja la beb....nampak muda 10 tahun siot....

Unknown said...

ada makan2 yang best tu..hehhe

Unknown said...

rasa mcm tergoda je nk try shampoo ni. hehehe

Suria Amanda said...

Dah ada dipasaran eh...bestnya