Monday, February 16, 2015

ChuLip Carnival - Dapat Collect Banyak LipBalm Comellll...

Hi Korang,


Agak lembap betul aku buat keja 2-3 minggu ni. 

Banyak event lambat update kan, itulah masalah demam ni yang banyak menggangu fikiran ewah poyo ayat ek..


Aku sempat ke Chulip Carnival 2 minggu lepas di The Oak Room Nexus Bangsar. Event pompuan-pompuan memang sangat best sebab kita boleh buat perangai apa salah kan hahahahha

Chulip ni merupakan jenama lipbalm daripada Jepun. Packaging bentuknya sangat unik dan cantik. Comel wei, geram plak aku tengoklah.


Sebelum event start, ktorang blogger ni di sediakan satu tapak carnival yang ala-ala funfair dalam area ni. So ktorang boleh main pelbagai jenis permainan yang hadiahnya merupakan chulip itu sendiri. Terdapat 5 booth permainan yang disediakan ~Ping Pong Ball Toss, Ring Toss, Bushel Basket Toss, can Knockdown dan Penny Pitch. 





Haruslah seronok kan, daripada tangan pengko baling sampai boleh baling cantiklah katanya, ini semata-mata nak collect Chulip punye pasal hahahha..



Tengok ada persembahan daripada dance troupe..


Aku cuma dapat collect 3 je coz nak balik cepat ada emergency plak kan. Alah jadilah buat kenang-kenangan katanya



Didatangkan dengan 4 warna yang ceria..."Pink", "Merah", "Ungu" dan "Hijau". Yang menariknya dengan rekaan bentuknya yang agak comel, Chu Lip juga diformula bahan pelembap seperti minyak zaitun, "Macademia Nut Oil" dan "Rose Hip Oil" yang mampu memelihara agar bibir kita sihat, cantik dan lembap senantiasa.

Murah je korang dalam RM25.90 satu dan boleh di dapati di farmasi, Watson dan Guardian ek

4 comments :

lieyalatif said...

ehh cik lily dah ade kat watson ke? try tgk ari tu takde lagi...mungkin baru nak ade kot kan....nak try sebenarnye...

Nuriesya Nadia said...

Alaaa kak lily balik awal pula , kalau tak boleh kutip banyak2 bagi kita satu. Hahahaha.

Maria Hasun said...

packing comel gilos

Iza said...

comeynya lipbalm tue...geram sungguh tengok...hihi..:)