Saturday, July 19, 2014

Jom Hantar Kuih Raya Ke Projek Beramal Bersama PLANTA

Hi Korang,


Weekend-weekend ni mesti banyak buat kuih raya kan.

Apa kata, kalau korang ada masa lebih buat kuih raya ni banyak sket, bolehlah di dermakan hasil air tangan korang ni ke GIANT dan MYDIN yang terpilih di seluruh negara bagi projek Beramal Bersama PLANTA.


Planta, jenama marjerin Malaysia yang dipercayai sejak turun temurun telah melancarkan kempen Seceria Air Tangan Ibu sempena Hari Raya sebagai pencetus inspirasi buat golongan ibu untuk berkongsi ‘air tangan’ mereka serta menghasilkan biskut dan kek enak yang berwarna-warni. Sentuhan air tangan ibu membawa suasana Raya yang meriah untuk seisi keluarga, terutamanya kanak-kanak.


Bulan Ramadan ini sebaiknya kita banyakkan bersedekah. Di sini, Planta turut menggalakkan kaum ibu untuk Beramal Bersama Planta dan berkongsi air tangan mereka dengan membuat kuih Raya untuk anak-anak yatim di Malaysia mulai 16 sehingga 20 Julai 2014.


Semoga sasaran sebanyak 50,000 biskut akan tercapai. Bayangkan muka anak-anak yatim yang tersenyum menerima biskut kita tu nanti......perasaan indah yang tak dapat digambarkan....

1 comment :

transformed housewife said...

baru buat biskut sikit, anak2 dah habiskan dulu. Nak buat lg, tak larat pulak.

*terima kasih dgn hadiah Innershine hr tu. Dah selamat diterima.