Sunday, May 18, 2014

Makan AisKrim KING'S, Boleh Jumpa Dato' Chef Fazley

Hi Korang,

Ok kaki kaki ais krim, mesti suka baca citer aku ni punye lah..


Minggu lepas, aku dapat invite pi makan-makan aiskrim tau. Alah kat Giant USJ tu je. So redahlah jem yang kaw kaw lepas Sunway toll tuh. Sempat sampai jua..

Sudah meh citer pasal aiskrim ni..


King’s melancarkan kempen ‘Ice Cream Inspirations” mereka hari ini memberi inspirasi kepada penggemar aiskrim untuk menikmati aiskrim mereka sedikit berbeza dan lebih menarik lagi.

Beberapa aktiviti bermula sempena kempen ini. Antaranya termasuk Peraduan King’s 1.2L Ice Cream Inspirations, bengkel masakan pencuci mulut King’s eksklusif dan resipi pencuci mulut edisi terhad King’s penuh inspirasi yang akan membangkitkan selera korang!



Bagi peraduan King’s 1.2L Ice Cream Inspirations, korang berpeluang untuk memenangi bekalan ais krim selama satu tahun apabila resipi mereka dipilih sebagai salah satu resipi inspirasi. Para peserta dikehendaki melayari laman web King’s melalui www.fnncreameries.com (Malaysia) dan muat naik foto resipi ciptaan mereka, kemudian hantarkan resipi kreatif mereka menggunakan ais krim King’s bermula 1hb Mac. Peserta boleh menghantar seberapa banyak resipi yang mereka mahu sebelum 30hb September 2014. Semua penyertaan akan diadili oleh panel hakim yang terdiri daripada Dato' Chef Fazley dan eksekutif daripada F&N Creameries Sdn. Bhd. Pemenang akan dimaklumkan melalui telefon dan e-mel.


Satu lagi aktiviti yang harus korang nantikan adalah bengkel masakan pencuci mulut King’s, yang akan diadakan bermula Mei 2014 di lokasi terpilih seluruh negara. Dato' Chef Fazley, yang baru-baru ini telah dilantik sebagai duta jenama King’s akan menerajui bengkel masakan dan juga menunjukkan cara-cara menarik dan mudah untuk menyediakan pencuci mulut.Maklumat lanjut mengenai bengkel ini boleh didapati di laman web King’s. 




Korang boleh menikmati aiskrim King’s 1.2L. King’s 1.2L yang boleh didapati di semua pasar raya besar seluruh negara pada harga RM7.20 sebekas.

Sempena kempen ini, dua variasi baru diperkenalkan; iaitu King’s 1.2L Carnival, variasi Neapolitan yang berjalur nipis perisa vanila, coklat dan strawberi dan juga King’s 1.2L Tic-Tac-Toe, corak papan dan dengan selang-seli perisa coklat dan vanila.


Dengan sembilan perisa untuk dipilih, anda bagaikan di dalam penerokaan aiskrim, mencari cara terbaru untuk menikmati aiskrim King’s. Perisa lain yang sedia ada di dalam bekas 1.2L adalah Chocolate, Vanilla, Choc o’ Chips, Chocolate Chip, Sweetcorn, Raspberry Ripple dan Cookies n’ Cream.

Ok suka lah tu ek, ic cream lover.

Apa lagi jom kite pi beli ais krim King’s, masuk peraduan kan. Untung-untung boleh menang hadiah best-best.

5 comments :

MrJocko said...

sedapnya aiskrim,,, dpt yg Vanilla jadi laaaa

kemey said...

Hi singgah sini=)
Jemput join segmen

http://pencontengruang.blogspot.com/2014/04/segmen-preloved-by-kokoclothes.html

Suria Amanda said...

Sedapnya. ..amik yg vanilla hiris2 strawberry pas tu tuang cho hershey...mmmmmm...dapnya...

ietams said...

sedapnya aiskrimm..

maszull said...

assalamualaikum CLP...sedapnya tengok aiskrim tu...:)