Wednesday, May 21, 2014

30 Hari Lagi Untuk Ke EH EH BAZAAR 2014!

Hi Korang,

Ingat lagi tak entry aku pasal projek EHEH Bazaar 2014 ni hari tuh? alah masa PC kat KL Live tuh.

Hah yang tu lah..

Rupanya cuma tinggal 30 hari lagi? kejap je kan.


Pejam celik, pejam celik dah tinggal sebulan saja lagi untuk kita sama-sama memeriahkan bazaar terbesar di Malaysia, Mega Bazaar 2014 anjuran syarikat Eh Eh Bazaar Sdn Bhd.

Lagi plak tinggal 100 booth saja?

Itulah siapa sangka, sudah lebih 900 orang mendaftar sebagai vendor pada 21 dan 22 Jun ini bertempat di MAEPS Serdang. Awalnya macam tidak percaya, tapi itulah hakikatnya apabila kesemua peniaga online berebut-rebut mendapatkan ruang niaga di Mega Bazaar 2014 ini.

Menurut Pengarah Urusan Eh Eh Bazaar Sdn Bhd, Puan Iffah Zaimi, pihak penganjur sendiri tidak percaya dengan sambutan yang diterima."Tinggal lagi 100 saja gerai yang masih kosong dan belum ditempah lagi. Dalam masa seminggu selepas Sidang Media Mega Bazaar 2014, lebih 500 booth kami sudah ditempah. Ini kerana harga yang kami tawarkan begitu berbaloi untuk dua hari berniaga," katanya.


Menariknya, Mega Bazaar 2014 berbeza daripada kebanyakan bazaar lain kerana ia adalah paling besar dan bakal direkodkan dalam sejarah penganjurannya sendiri.

Malah lebih 50 selebriti terkenal seperti Neelofa, Hanez Suraya, Yana Samsudin, Adira, Afdlin Shauki, Amer Forteen dan ramai lagi akan turut memeriahkan Mega Bazaar 2014 ini dengan membuka gerai masing-masing.

The Mega EH EH Bazaar 
(Bazaar Usahawan Melayu Online) 
Terbesar Di Malaysia

Tarikh : 21hb dan 22hb Jun 2014 (Sabtu – Ahad)

Masa : 11 pagi – 7 malam

Tempat : Malaysia Agro Exposition Park Serdang, MAEPS

Korang boleh contact untuk pertanyaan lanjut kat bawah ni.

Nama : En Murshid Eunos 012-2772636

atau pun

telefon je office


EH EH BAZAAR Sdn Bhd
No.27-1-1B, Jalan Medan PB 2B,
Section 9, Pusat Bandar Baru Bangi, Selangor
Tel no. 03-8926 1440

La kenapa tunggu lagi? 

Kepada korang yang begitu aktif berniaga secara online di laman sosial Instagram dan Facebook umapamanya, ini adalah peluang keemasan untuk korang semua berniaga secara offline.




5 comments :

Nadia Johari said...

Banyak booth dibuka ni

Unknown said...

eh bazar ? hehehe..eh bazar ? bazar ramadhan ke ? hehe

hazman fadzil said...

sudah pasti booth artis dan selebriti akan jadi tumpuan tue.....

maszull said...

assalamualaikum CLP...jom2 pd kawan2 yg berdekatan boleh la pi...:)

Suria Amanda said...

kalau SA join and jual daging salai ok x ?hehehe...