Sunday, December 8, 2013

Kisah Banjir Di Pahang Dalam Instagram Denaihati.com

Hi Korang,

Still mood bercuti-cuti di pagi minggu ni tapi sempat gak menulis sesuatu di blog comel aku ni.

Terpanggil plak aku akan kisah banjir di Pahang ni. 

Memang sesuatu musibah yang tidak di jangka. Walaupun kita akur yang penghujung setiap tahun adalah musim banjir di seluruh negara khususnya pada negeri di pantai timur tapi kejadian bah besar yang di alami oleh negeri Pahang sekarang ini amat menakutkan.

Dengan hanya hujan yang turut tak terhenti sepanjang ermm tak silap aku lebih kurang 24 jam telah mengakibat banjir besar. Dalam sekelip mata banyak rumah-rumah di tenggelami air hingga ke bumbung, jalanraya terbelah dua akibat tanah mendap dan pelbagai lagi.

Sedih terasa dihati bila melihatkan semua gambar-gambar di paparkan di media cetak, media elektronik.

Tapi kita rakyat Malaysia memang berhati mulia.

Ramai yang turun padang menjadi sukarelawan ketika ini. Tak kira tua muda semuanya berganding bahu membantu kepada yang memerlukan.


Macam salah satu gambar di instagram bro denaihati http://instagram.com/denaihati  salah seorang kerabat Sultan Pahang sendiri, Tengku Puan Pahang iaitu Tunku Azizah Mahmood Iskandar turut berganding bahu membantu rakyatnya. Aku salah seorang pengikut TPP di instagram, memang amat kagum dengan apa yang beliau lakukan. Aku memang mengikut aktiviti beliau sepanjang masa. Tanpa mengira darjat, beliau tanpa jemu membantu memasak makanan untuk mangsa-mangsa banjir ini.

Sekejap beliau di Kuatan, sekejap lagi di Sg. Isap, petang pula di dewan mangsa banjir yang lain. Walaupun hidangan makanan yang di masak ringkas tapi aku rasa dengan air tangan beliau, dapat mengenyangkan rakyat Pahang yang didalam kesusahan.

Sesuatu yang amat mulia dan aku hormat sikap beliau ini.

Semoga Allah melindungi TPP sekeluarga dan juga mangsa-mangsa banjir di mana jua di Malaysia ni. 

Amin..

Entry ini adalah untuk contest di www.denaihati.com

7 comments :

Si Galah Panjang said...

SGP juga respect kepada Tengku Puan Pahang. Sanggup turun padang demi rakyatnya :D

ProfHariz said...

Semoga keadaan banjir akan kembali pulih seperti sediakala.

Allah. Allah. Allah.

Denaihati said...

Billion terima kasih cik lily kerana sudi sertai denaihati instagram foto kontes dan semoga sukses.

Khairul Zamri said...

Good luck yea :)

hazman aka species1980 said...

Memang ramai yang terharu dengan tindakan beliau yang sungguh down to earth nie.... anyway good luck to u beb...

Suria Amanda said...

Tengku Puan Pahang yang berjiwa rakyat...salute to her...terbaca di ruangan istag or twitter Tengku Puan yang kecewa dengan mangsa banjir yang sgt2 manja dan x nak menolong....hurm....acaner tu...

Unknown said...

makan kat chinese muslim kena extra precaution..............diorang ni cam mamak gak..tgk2 hindu.

mastercook tu bukan muslim...ingat...owner marvin (budha)