Saturday, August 31, 2013

ASTRO – Your Malaysian Is Showing + Go Beyond, Mari Tunjukkan Kecintaan Kepada Tanahair Kita

Hi Korang,


Lama tak join event Nuffnang ni, so aku pun menjoinkan diri sabtu lepas ke Mid Valley untuk event Astro ni.

Sekali sampai je majoriti semua blogger baru but aku kenal dengan diorang ni. Apa lagi meh amik gambo dulu, bebanyak ye.



Acara dimulakan dengan sket speech dari Mr Henry Tan, Ketua Pengarah Operasi Astro mengenai kempen Your Malaysian Is Showing ni. “Kempen Hari Kemerdekaan tahun ini meraihkan pelbagai keunikan sebagai rakyat Malaysia dan kami menggalakan mereka untuk melakukan sesuatu yang positif dan pada masa yang sama berkongsi kegembiraan bersama rakyat Malaysia yang lain dengan menyertai kempen #gobeyond dan menggalakkan perkongsian hashtag #gobeyond di media sosial "

Positive Engine menampilkan pelbagai rekaan yang menampilkan mercu tanda unik Malaysia. Positive Engine kini dipamerkan di pusat membeli belah Midvalley Megamall di aras 3 untuk tatapan semua.





Astro meraikan ‘Best of 1Malaysia’ dan kepelbagaian budaya di Malaysia dengan mengiktiraf lingo kami yang unik seperti Syok!, Gostan, Brudder, Fuyoh, Macha, hanya difahami oleh rakyat Malaysia. Ye ko, memacam slanga ada. Alah yang selalu kita duk sebut tiap-tiap hari. Typical Malaysian memang cam ni kan. Semuanya diorang ni print kat T-shirt. Korang kalau nak beli pun boleh, ni klik je kat sini # UrMalaysianIsShowing Facebook app. Alah murah je lah RM25 sehelai dan hasilnya nanti akan di sumbangkan ke badan kebajikan. Good kan!

Selain daripada tu, ada gak pelancaran muzik video untuk kempen nie yang berjudul  “Excuse me Sir, your Malaysia is showing”.



Featuring artis-artis dari Astro. Ada  Zahid, Jane dan ramai lagi. Bestkan

Abis je launching, of courselah ada event untuk bloggers plak.

Yeah, I like!


Ktorang di bahagikan into groups which consists of 4 people. Kena siapkan 27 task mengenai Hari Merdeka Astro. Aku satu group dengan Janice, Liyana Lunia dan Hafiz. Ktorang Team 6.





27 task, ktorang bahagi 2. So aku dengan Yiying, Hafiz dengan Janice. Hah ko berhempas pulas nak menyiapkan semua task tuh. Kena nyanyi, kena kemas kat food court, kena sapa orang ramai kat situ, bergambar dan memacam lah. Hilang keayuan aku bila kena shout Merdeka 7 kali wokeh.




Abis je semua task, ktorg cari port untuk upload semua gambar dan video ni. Nasib baik ada broadband YES aku ni, terus bukak line kasi diorang ni upload gak kan. Malangnya semua tak sempat coz internet agak lembap. Ada team lain pun mengadu nasib yang sama gak, internet lembap.

Abis task ktorang terus ke Blu Med Restaurant untuk makan-makan. Yeah makan kat situ memang sedap, sebab tu cepat abis kan.


Terus di adakan penyampaian hadiah.  Berkat hasil usaha + Yes broadband aku, Team 6 dapat tempat kedua. Yesza, dapat RM400 Jusco voucher. Bahagikan kepada 4 orang, so dapatlah sorang RM100. Lepas beli baju dan seluar ni ek.


So terima kasih bebanyak kepada Astro dan Nuffnang for this special event. Selain dari dapat hadiah dan goodies pink, aku rasa bangga coz aku still boleh ingat Rukunegara, buat aksi spontan depan orang ramai. Ermm memang syiok lah!

Korang,

Sebagai tanda sokongan korang untuk projek Astro Go Beyond ni, korang boleh beli T-Shirt yang pilih Astro telah sediakan. Memacam wei, meh klik kat link ni


Inilah dia website nya


Pergi kat ruangan Chari –Tee


Pilih ayat-ayat yang korang rasakan sesuai dengan jiwa korang, then terus proceed untuk urusan pembelian. Alah murah je RM25 je dan boleh pilih nak hitam ke putih.

Kalau tak pun korang boleh create ayat korang sendiri, apa-apa yang penting tunjukkan kreativiti korang mengenai projek ni.

Senang je kan.

Ok ok lagi satu, hantarkan juga Positivity meter ke https://www.facebook.com/AstroGoBeyond/app_179047725597311


Tengok aku pun dah buat gak



Best kan

Seronok gak kita dapat tau menda-menda cam ni kan, rasa bangga plak dalam diri ni.


Korang yang mana nak tau lebih lanjut tentang kempen Astro Negaraku ni boleh layari di www.astro.com.my/negaraku Untuk buat  T - Shirt #UrMalaysianIsShowing sila layari aplikasi Facebook di laman berikut https://apps.facebook.com/yourmsianisshowing. Untuk maklumat tentang Go Beyond boleh didapati di www.gobeyond.com.my dan dapatkan aplikasi Facebook Go Beyond dan tetapkan nilai positif diri anda di laman web https://www.facebook.com/AstroGoBeyond/app_179047725597311

Ermm banyak gak korang kena surf kan tapi tak per demimu Malaysia kan!


2 comments :

penaberkala said...

owh, ni la team yang menang no 2 tu eh?
tahniah

kena beli iphone jugak la nih kan
baru pantas sikit upload,hehe

hazman aka species1980 said...

Tahniah la beb... team uols menang gak la kan....