Tuesday, May 16, 2023

Kempen 1 Million Happy Members Spin & Win

Hi Korang,

Mana dia si kaki sushi hah mana manaaaaa

Ada berita baik untuk peminat sushi nieh


Sushi King meraikan One Million Happy Members dengan mengadakan Kempen 1 Million Happy Members Spin & Win melalui di Apps Sushi King. Pelbagai ganjaran hebat bernilai lebih RM 1,000,000 ditawarkan.

Syaratnya sangat mudah.


1. Peserta mestilah ahli Sushi King MY App dengan kod QR ahli yang sah perlu ditunjukkan semasa pembayaran.

2. Untuk setiap RM50* yang dibelanjakan di dalam satu resit, satu (1) putaran akan diperuntukkan kepada akaun Sushi King MY ahli = 1 penyertaan.

Sebagai contoh, jika nilai perbelanjaan bernilai RM210* di bawah satu resit, empat (4) putaran akan diperuntukkan = 4 penyertaan.

*Nilai perbelanjaan adalah selepas diskaun, tidak termasuk caj perkhidmatan dan cukai semasa

*Promosi lain (iaitu Happy Hour) tidak layak.

3. Bilangan putaran akan dikreditkan ke dalam akaun ahli setelah selesai transaksi dan sah laku sepanjang tarikh kempen.




Antara hadiah yang boleh dimenangi seperti:-

Grand Prize: Japan trip untuk 2 bernilai RM 14,000 x 1 pemenang
1st Prize: Oppo N2 Flip phone bernilai RM 3,999 x 4 pemenang
2nd Prize: Apple Watch SE bernilai RM 1,199 x 4 pemenang
3rd Prize: Uniqlo Gift Card bernilai RM 300 x 32 pemenang

Smile Points:1,000 Smile Points bernilai RM50 x 120 pemenang
500 Smile Points bernilai RM25 x 600 pemenang
200 Smile Points bernilai RM10 x 900 pemenang

Meal Deals:Free Pink Plate Sushi x 30,000 pemenang
50% off Spicy Yakiniku x 170,000 pemenang
Free Shizuoka Cha x 150,000 pemenang

Tahniah Pemenang Minggu Pertama Kempen 1 Million Happy Members Spin & Win

Pemenang minggu 1 telah ditemui. 





Korang juga berpeluang untuk memenangi hadiah menarik pada minggu akan datang. Ini kerana Kempen 1 Million Happy Members Spin & Win ini masih berlangsung. (Sumber dari FB Sushi King*)

Jom Sertai Kempen 1 Million Happy Members Spin & Win

Jangan lupa untuk sertai Kempen 1 Million Happy Members Spin & Win yang akan berlangsung sehingga 31 Mei 2023. Lagi banyak korang makan di Sushi King, lagi besar peluang korang memenangi pelbagai ganjaran yang ditawarkan.



Untuk info lebih lanjut layari laman www.sushi-king.com atau boleh juga melalui media sosial :-



Monday, May 15, 2023

Lot Parcel Resindensi Terakhir di Tiara Sendayan

Hi Korang,

Seperti sedia maklum perumahan Tiara Sendayan adalah sebuah perbandaran premium terletak bersebelahan 6,272 ekar tanah pegangan bebas kelas pertama Bandar Sri Sendayan yang ianya terletak di Lingkaran Lembah Klang Besar di Seremban Barat.


Setelah pelbagai jenis perumahan yang telah di perkenalkan di Tiara Sendayan ini dan ianya mendapatkan sambutan yang hebat dan habis terjual kini tibalah ke perumahan yang terakhir yang mana ianya terletak berhampiran dengan berhampiran dengan segala-galanya yang memenuhi gaya hidup penduduk dan lokasi ini merangkumi kemudahan runcit yang luas, hub pendidikan, rekreasi luar, taman gaya hidup, Bazar Makanan, Stesen Minyak dan banyak lagi.

Pihak Matrix Concepts membina perbandaran dengan kemudahan terbaik seperti Tiara Biz, Central Park seluas 12 ekar, Stesen Minyak, Medan Tiara, Matrix Global Schools dan Rumah kelab d'Tempat

Semua perkara di atas telah siap dan sedia berkhidmat untuk para penduduknya.

Selain daripada kemudahan yang pelbagai, Matrix Concepts mempunyai rekod prestasi yang kukuh dalam Tiara Sendayan dan fasa sebelumnya telah dijual sepenuhnya sejak 2018, adalah bukti bahawa produknya diterima dengan baik.


Kini Matrix Concepts memperkenalkan lot kediaman terakhir di Tiara Sendayan. Lokasi kediaman ini dikelilingi oleh persekitaran yang menghijau dan kalau korang yang tahu yang kisah kejayaan fasa terdahulu adalah bukti di mana mereka telah meletakkan pemikiran yang sewajarnya untuk memastikan yang terbaik disediakan di kawasan perumahan sebelum ini serta memahami keperluan pasaran untuk menjadikannya projek yang berjaya dan diterima dengan baik oleh orang ramai. Berdasarkan pengalaman ini, mereka telah melakukan yang terbaik untuk pelancaran baharu ini.

Ini merupakan peluang terakhir bagi korang mahupun mereka di luar sana untuk menjadi sebahagian daripada komuniti Tiara Sendayan.


Sedikit info kak lily kongsikan kepada korang mengenai perumahan terakhir ini yer

a) Presint 14C3-A&B ialah petak kediaman teres terakhir di Tiara Sendayan

b) Tiada lagi 1 atau 2 tingkat pada masa hadapan.

c) Ini adalah peluang terakhir untuk memiliki siri rumah tiara.

d) Presint akhir ini dilengkapi dengan ruang hijau yang luas di dalam presint & rumah.

e) Cukup Hidup dengan keperluan harian

Lot kediaman yang terakhir bakal terdiri daripada 336 unit di atas tanah pegangan bebas. Kediaman indah ini di datangkan dengan saiz lot 20' x 65' hingga 20' x 75' dan binaan untuk satu tingkat bermula dari 1,056 kaki persegi. reka bentuk yang dilanjutkan sepenuhnya dan dua tingkat bermula dari 1,576 kaki persegi.


Ianya disasarkan kepada pembeli rumah pertama dan juga mereka ingin menjalani hari-hari tua mereka di sini


Sedikit informasi mengenai projek-projek di Tiara Sendayan ini

a) Pelancaran Akan Datang

- Anara, Calia, Elara @ Tiara Sendayan

- Lot saiz 20’ x 65’ (Single Storey), 20’ x 70 – 75’ (Double Storey)

- Built-up from 1,056 sq.ft. (Single Storey), 1,576 (Double Storey)

- 336 units, 20.54-acre

- 3 bilik + 2 Bilik air (Single Storey), 4 bilik + 3 bilik air (Double Storey)

- Harga bermula dari 225k (Single Storey), 360k (Double Storey)

b) Kemudahan Di Tiara Sendayan

12 ekar kawasan Central Park dengan kemudahan seperti Futsal Court, Basketball Court, Gym, Parcourse Station, Seating Terrace, Shelter, Children Play Area dan banyak lagi

c) d’Tempat Country Club

Kesemua para pembeli Calia & Elara akan mendapat keahlian kelab percuma dari 2 penggal hingga 5 penggal

Kemudahan tersedia seperti Olympic size swimming pool, gymnasium, bowling alley, snooker, movie room, reading room, tennis court, badminton court, table tennis, squash, banquet hall, meeting rooms, Spa, bar dan cafes

d) Matrix Global Schools

Dibina di atas tanah seluas 20 ekar dengan seni bina unik dan reka bentuk dalaman mengikut sekolah klasik Kolonial British, dilengkapi dengan kemudahan dan kurikulum untuk menampung 2,500 pelajar tempatan dan asing.

Ianya terdiri daripada Sekolah Swasta Matrix, Sekolah Antarabangsa Matrix dan Pra Sekolah Antarabangsa Matrix.

e) X-Park

Lokasi pusat sukan yang penuh dengan aktiviti seperti ATV, Go-Kart, flying fox, paintball, archery, futsal court, badminton court dan driving range

f) Merchant Square

163 unit pejabat kedai yang melengkapi Carnelian Park, taman awam yang dibina oleh pemaju dalam kawasan komersial untuk ikatan komuniti - Dilengkapi dengan tanah seluas 6.4 ekar yang dikhaskan untuk pembangunan pusat membeli-belah kejiranan pada masa hadapan

Menarik bukan!


Lot kediaman terakhir di Tiara Sendayan ini akan dilancarkan tidak lama lagi, oleh itu mari sama-sama kita mendaftar dengan kadar segera

Ingin dapatkan info lanjut mengenai jenis-jenis pembangunan perumahan di Tiara Sendayan ini boleh layari ke www.tiarasendayan.com atau hubungi 1-800-88-2688


Saturday, May 13, 2023

ArRahnuKita Bangi Secara Rasmi Telah Dibuka

Hi Korang,

Berita baik untuk semua! 

Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) telah mengembangkan lagi rangkaian perniagaan perkhidmatan pajak gadai ArRahnuKita yang secara rasmi telah dibuka cawangan terbaharu yang terletak di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor.


ArRahnuKita Bangi mula beroperasi sejak 28 Februari yang lalu dan merupakan cawangan kedua perkhidmatan pajak gadai patuh syariah.

Menurut Pengerusi KOPETRO, Roslan Abdul Rahim berkata, kejayaan membuka cawangan kedua ArRahnukita adalah bukti komitmen KOPETRO terhadap anggota-anggota koperasi dalam meluaskan rangkaian perniagaan sedia ada demi memberikan pulangan dividen yang lebih lumayan.


Setelah tercapainya objektif KOPETRO untuk mengoperasikan sebuah perkhidmatan pajak gadai ArRahnuKita tahun lalu, Alhamdulillah, kita berjaya mengorak selangkah lagi ke hadapan hari ini dengan perasmian cawangan kedua perniagaan ini, ujar beliau dalam ucapannya di majlis perasmian.


Turut hadir ke majlis perasmian ArRahnuKita Bangi antara lain, anggota-anggota Lembaga Koperasi, perwakilan-perwakilan, anggota-anggota Jawatankuasa Audit Dalaman dan barisan pengurusan KOPETRO.

Masyarakat kini lebih peka dan menedari kelebihan membuat simpanan dan pelaburan jangka masa panjang dengan emas. Melihat kepada situasi semasa, di mana dunia sedang menghadapi kenaikan kadar inflasi yang semakin membimbangkan, emas menjadi jalan penelesaian terbaik bagi orang ramai untuk membuat simpanan, pelaburan dan modal perniagaan,
tambah Roslan.

ArRahnuKita bercadang untuk membuka empat lagi cawangan dan sedang mencari lokasi-lokasi yang sesuai bagi mengembangkan lagi rangkaian perniagaan perkhidmatan pajak gadai yang dijalankan.


Menurut Tuan Haji Shamsudin Haron, Ketua Bahagian Keanggotaan dan Servis Kewangan yang bertanggungjawab di dalam menerajui perniagaan ArRahnuKita

Selain cawangan di Sungai Besi dan Bangi, cawangan ArRahnuKita di Ampang juga sudah pun memulakan operasinya bulan ini.Tambahnya, pihaknya berinsipirasi untuk menjadikan ArRahnukita sebuah perkhidmatan pajak gadai emas yang menjadi contoh kepada ArRahnu lain dengan menawarkan perkhidmatan yang mesa pelanggan dan sebuah jenama pilihan yang dipercayai.

Skim Pajak Gadai Emas Berlandaskan Syariah

ArRahnukita merupakan satu skim pajak gadai emas yang berlandaskan syariah Islam di mana cawangan pertama perkhidmatan itu beroperasi sejak tahun 2022 di Medan Niaga Tasik Damai, Sungai Besi.


Pembiayaan Ar-Rahnu adalah produk pembayaran yang membenarkan barang kemas dijadikan sebagai cagaran untuk dijadikan wang tunai. Pembiayaan yang dijalankan ArRahnuKita adalah berlandaskan Konsep Syariah Tawarruq dan terbuka kepada semua bangsa dan agama.


ArRahnukita juga mampu memberi persepsi yang positif terhada masyarakat malah dapat membantu mengatasi masalah kewangan da menawarkan tempat penyimpanan barangan kemas yang selamat dan terjamin. ArRahnukita menerima semua jenis barang kemas dengan mutu emas 750 sehingga 999, iaitu bersamaan 18 karat sehingga 24 karat. Bukan itu sahaja barang kemas yang berbentuk permata, rose gold, jongkong emas dan syiling emas juga diterima.

Peluang Memenangi Hadiah

Menarik buat pelanggan, ArRahnukita menawarkan peluang untuk memenangi bar atau wafer emas selepas tempoh enam bulan apabila pelanggan mencagar emas di ArRahnuKita dengan nilai minimum RM5,000 sebelum 30 Jun 2023. 100 orang bertuah bakal memenangi cabutan bertuah ini di mana pemenang bakal diumumkan secara bulanan bermula Julai ini.

ArRahnukita juga menawarkan margin pembiayaan sehingga 80% dari nilai emas atau sehingga RM300,000 nilai terkumpul.


Untuk promosi terkini dan kadar emas terkini daripada ArRahnukita, layari www.arrahnukita.com.my atau ikuti akaun media sosial @ArRahnukita di Facebook dann Instagram atau hubungi hotline ArRahnukita di talian +603-90559839 (Sungai Besi) dan +603-89204518 (Bangi) untuk sebarang maklumat lanjut mengenai perkhidmatan ArRahnukita.