Saturday, May 13, 2023

ArRahnuKita Bangi Secara Rasmi Telah Dibuka

Hi Korang,

Berita baik untuk semua! 

Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) telah mengembangkan lagi rangkaian perniagaan perkhidmatan pajak gadai ArRahnuKita yang secara rasmi telah dibuka cawangan terbaharu yang terletak di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor.


ArRahnuKita Bangi mula beroperasi sejak 28 Februari yang lalu dan merupakan cawangan kedua perkhidmatan pajak gadai patuh syariah.

Menurut Pengerusi KOPETRO, Roslan Abdul Rahim berkata, kejayaan membuka cawangan kedua ArRahnukita adalah bukti komitmen KOPETRO terhadap anggota-anggota koperasi dalam meluaskan rangkaian perniagaan sedia ada demi memberikan pulangan dividen yang lebih lumayan.


Setelah tercapainya objektif KOPETRO untuk mengoperasikan sebuah perkhidmatan pajak gadai ArRahnuKita tahun lalu, Alhamdulillah, kita berjaya mengorak selangkah lagi ke hadapan hari ini dengan perasmian cawangan kedua perniagaan ini, ujar beliau dalam ucapannya di majlis perasmian.


Turut hadir ke majlis perasmian ArRahnuKita Bangi antara lain, anggota-anggota Lembaga Koperasi, perwakilan-perwakilan, anggota-anggota Jawatankuasa Audit Dalaman dan barisan pengurusan KOPETRO.

Masyarakat kini lebih peka dan menedari kelebihan membuat simpanan dan pelaburan jangka masa panjang dengan emas. Melihat kepada situasi semasa, di mana dunia sedang menghadapi kenaikan kadar inflasi yang semakin membimbangkan, emas menjadi jalan penelesaian terbaik bagi orang ramai untuk membuat simpanan, pelaburan dan modal perniagaan,
tambah Roslan.

ArRahnuKita bercadang untuk membuka empat lagi cawangan dan sedang mencari lokasi-lokasi yang sesuai bagi mengembangkan lagi rangkaian perniagaan perkhidmatan pajak gadai yang dijalankan.


Menurut Tuan Haji Shamsudin Haron, Ketua Bahagian Keanggotaan dan Servis Kewangan yang bertanggungjawab di dalam menerajui perniagaan ArRahnuKita

Selain cawangan di Sungai Besi dan Bangi, cawangan ArRahnuKita di Ampang juga sudah pun memulakan operasinya bulan ini.Tambahnya, pihaknya berinsipirasi untuk menjadikan ArRahnukita sebuah perkhidmatan pajak gadai emas yang menjadi contoh kepada ArRahnu lain dengan menawarkan perkhidmatan yang mesa pelanggan dan sebuah jenama pilihan yang dipercayai.

Skim Pajak Gadai Emas Berlandaskan Syariah

ArRahnukita merupakan satu skim pajak gadai emas yang berlandaskan syariah Islam di mana cawangan pertama perkhidmatan itu beroperasi sejak tahun 2022 di Medan Niaga Tasik Damai, Sungai Besi.


Pembiayaan Ar-Rahnu adalah produk pembayaran yang membenarkan barang kemas dijadikan sebagai cagaran untuk dijadikan wang tunai. Pembiayaan yang dijalankan ArRahnuKita adalah berlandaskan Konsep Syariah Tawarruq dan terbuka kepada semua bangsa dan agama.


ArRahnukita juga mampu memberi persepsi yang positif terhada masyarakat malah dapat membantu mengatasi masalah kewangan da menawarkan tempat penyimpanan barangan kemas yang selamat dan terjamin. ArRahnukita menerima semua jenis barang kemas dengan mutu emas 750 sehingga 999, iaitu bersamaan 18 karat sehingga 24 karat. Bukan itu sahaja barang kemas yang berbentuk permata, rose gold, jongkong emas dan syiling emas juga diterima.

Peluang Memenangi Hadiah

Menarik buat pelanggan, ArRahnukita menawarkan peluang untuk memenangi bar atau wafer emas selepas tempoh enam bulan apabila pelanggan mencagar emas di ArRahnuKita dengan nilai minimum RM5,000 sebelum 30 Jun 2023. 100 orang bertuah bakal memenangi cabutan bertuah ini di mana pemenang bakal diumumkan secara bulanan bermula Julai ini.

ArRahnukita juga menawarkan margin pembiayaan sehingga 80% dari nilai emas atau sehingga RM300,000 nilai terkumpul.


Untuk promosi terkini dan kadar emas terkini daripada ArRahnukita, layari www.arrahnukita.com.my atau ikuti akaun media sosial @ArRahnukita di Facebook dann Instagram atau hubungi hotline ArRahnukita di talian +603-90559839 (Sungai Besi) dan +603-89204518 (Bangi) untuk sebarang maklumat lanjut mengenai perkhidmatan ArRahnukita.


Friday, May 12, 2023

Memperkenalkan Kehebatan Kamera HUAWEI P60 Pro Dan Pengenalan Peranti HUAWEI Terkini

Hi Korang,

Terkini HUAWEI telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka iaitu HUAWEI P60 Pro dengan spesifikasi terkini yang mempertengahkan keupayaan kamera superior yang serba baharu dan canggih.


Bayangkan kamera utamanya memberi bukaan apertur boleh berubah antara F1.4 hingga F4.0 dalam 10 senggatan. Untuk kamera hadapan pula mempunyai sensor 13 megapiksel sekaligus dapat merakam swafoto menakjubkan walaupun dalam keadaan cahaya suram.

Bidikan dalam suasana yang malap. Namun hasilnya tidak mengewakan!


Dengan tiga kamera belakang seperti kamera utama Pencahayaan Ultra 48 megapiksel, kamera sudut ultra lebar 13 megapiksel dan kanta Telefoto Pencahayaan Ultra 48 megapiksel, semua ciri ini sangat menyokong HUAWEI P60 Pro dalam membidik gambaar mahupun video dalam keadaan yang gelap mahupun malap.



Sistem multi lensa yang diperkenalkan oleh HUAWEI P60 Pro menjadikan ianya telefon pintar pertama yang dilengkapi dengan kamera telefoto untuk situasi malap (low-light telephoto camera),

HUAWEI P60 Pro juga memperkenalkan antara muka kamera yang dinaik taraf dengan cincin zum kamera serba baharu. Ini dapat membolehkan pengguna mempunyai kawalan mudah pada kamera telefon. Selain itu, terdapat juga pembesaran digital, pembesaran optikal dan pembesaran hibrid yang boleh mengikut tetapan pengguna melalui hasil gabungan tri-kamera.


Pertama kali memandangnya boleh membuatkan hati sudah terpaut. Rekaan luaran yang sleek, unik dan sangat kemas.

Pengenalan HUAWEI P60 Pro dengan varian warna Rococo Pearl diinspirasikan oleh gaya Rococo yang wujud di Perancis pada abad ke-18 serta reka bentuk Mutiara Rococo yang pertama dalam industri yang mempunyai tekstur mutiara asli. Memang sangat cantik. Namun bagi mereka yang sukakan warna keunggulan maskulin pasti akan memilih warna hitam matte.

Hitam Matte

Rococo Pearl

Kedua warna mempunyai tarikan tersendiri. Oh ya! Kemasan belakang itu juga dikatakan berbeza secara unik antara satu sama lain.

Tahan Lasak Dengan Paparan Kaca Kunlun Empat Lengkung

Pengenalan kepada paparan kaca kunlun empat lengkung menjadikan HUAWEI P60 Pro telefon pintar yang tahan lasak. Dilengkapi paparan Quad-curved, setiap sudut HUAWEI P60 Pro Quad-curve Display memberikan penglihatan yang tidak terbatas dan lebih luas.

Pengguna juga memberi rasa lebih selesa, selamat ketika memegangnya, begitu juga ketika menaip dengan ciri rekaan lengkungan di kiri dan kanan yang didatangkan bersama Huawei P60 Pro.

Daya Tahan Bateri Lama

Penggunaan telefon pintar hari ini bukan sekadar menelefon dan menjawab pesanan. Bahkan lebih daripada itu kerana penggunaannya sehinggalah kita boleh memngambil dan menyunting video. Disebabkan penggunaaan adakalanya mengambil masa yang lama. Kita memang memerlukan telefon bimbit yang hadir bersama bateri yang tahan lama.

Dengan bateri 4815 mAh, HUAWEI P60 Pro tidak dinafikan mempunyai kreadibiliti untuk bertahan sepanjang hari. Waima bateri HUAWEI P60 Pro juga menyokong teknologi SuperCharge HUAWEI 88W yang membolehkan pengguna mengecas bateri kepada 50 peratus dalam masa 10 minit sahaja.



Pra-tempah Huawei P60 Pro

Ternyata HUAWEI P60 Pro adalah pilihan yang tepat bagi mereka yang mencari telefon pintar yang mempunyai ciri-ciri kamera yang hebat, rekabentuk yang sofistikated, storan yang besar serta mempunyai hayat bateri yang panjang.

Harga HUAWEI P60 Pro adalah RM4,699 didatangkan juga bersama hadiah percuma bernilai sehingga RM1,560* di HUAWEI Experience Store serta RM1,460* menerusi HUAWEI Online mulai 11 Mei sehingga 19 Mei 2023.



Berminat? 

Bolehlah pra-tempah Huawei P60 Pro sekarang dari Kedai HUAWEI terdekat danjuga dari kedai rakan kongsi yang sah seperti Senheng, SenQ dan Harvey Norman serta Laman Web Rasmi HUAWEI, Lazada atau Shopee.


Pengenalam 4 Gadget Menarik Huawei Bersempena dengan Pelancaran HUAWEI P60 Pro dan Mate X3

Bersempena dengan pelancaran HUAWEI P60 Pro dan Mate X3, Huawei turut memperkenalkan empat gadget terbaharu iaitu HUAWEI Watch Buds, HUAWEI Watch Ultimate, HUAWEI FreeBuds 5 dan HUAWEI MatePad 11-inci 2023.

Produk peranti pintar dan bergaya yang diperkenalkan bagi memenuhi keperluan pengguna hari ini yang sentiasa sibuk namun perlu kekal berhubung dan produktif di mana sahaja. HUAWEI menawarkan penyelesaian inovatif yang dapat membantu memudahkan kehidupan dan meningkatkan pengalaman keseluruhan dalam dunia teknologi hebat kepada pengguna-pengguna setianya.

HUAWEI Watch Ultimate

HUAWEI Watch Ultimate merupakan jam tangan pintar premium yang menawarkan versatil ciri kombinasi hebat yang tiada tandingannya. Jam tangan pintar premium yang serba baharu menawarkan teknologi dan inovasi dengan ciri-ciri terkini.



Pembuatan sangat kemas dengan zirkonium yang cukup elegan estetika menjadikan ianya jam tangan pintar yang cukup mewah. Paling penting tahan lasak.

HUAWEI Watch Ultimate Voyage Blue ditawarkan pada harga RM 3,799 dan boleh didapati di semua HUAWEI Experience Stores, Laman Web Rasmi HUAWEI dan Kedai Rasmi di Shopee dan Lazada bermula 11 Mei 2023.

HUAWEI WATCH Buds

HUAWEI Watch Buds dapar memberikan pengalaman yang cukup hebat kepada penggunanya. Penggunaannya boleh digabungkan bersama TWS earbuds. Peranti ini juga dilengkapi dengan ciri-ciri canggih seperti reka bentuk pop timbul yang inovatif, Mutual Magnet Array dan Teknologi Pengenalan Adaptif yang sekaligus memberikan akses mudah bagi membolehkan pengguna memakai, menanggalkannya dan kembalikan dua fon telinga tanpa perlu membezakan antara keduanya.



Dengan AI Huawei peranti ini sangat sesuai untuk aktiviti sukan. Bersama 80 Mod Sukan antaranya adalah 10 mod sukan profesional, termasuklah larian outdoor, larian indoor, berjalan outdoor, berjalan indoor, berbasikal dan banyak lagi.

HUAWEI WATCH Buds kini boleh didapati di Malaysia pada harga RM 2,199 dan boleh didapati di semua Kedai HUAWEI, Laman Web Rasmi HUAWEI dan Kedai Rasmi di Shopee dan Lazada.

HUAWEI FreeBuds 5

HUAWEI FreeBuds 5 ialah tambahan terbaharu kepada barisan fon telinga bebas wayar yang popular dari jenama HUAWEI. Menampilkan reka bentuk yang memaksimumkan keselesaan dan juga bersama daya tarikan rekaan yang cukup estetik.



Rekabentuk seolah titisan adalah hasil daripada puluhan ribu simulasi ergonomik dengan lengkung dua-C yang sememangnya sangat sesuai dengan kontur telinga.

FreeBuds 5 juga didatangkan dengan prestasi akustik yang berkuasa, bersama pembesar suara berasingannya yang inovatif, modul bateri, dan seni bina papan litar kawalan. Oleh kerana setiap komponen berfungsi secara bebas antara satu sama lain, kelajuan pengecasan dan prestasi audio bebas untuk melonjak ke tahap yang lebih tinggi.

Penggunaan sehingga 30 jam jika dicas penuh waima cas 5 minit sahajapun sudah boleh menyokong sehingga 2 jam. Untuk info, kadar pengecasan 200% lebih pantas berbanding daripada generasi perantini ini sebelumnya.

Ditawarkan pada harga RM699, HUAWEI FreeBuds 5 boleh didapati melalui pra-tempah dari Laman Web Rasmi HUAWEI bermula dari 11 Mei 2023.

HUAWEI MatePad 11 inci 2023

Rangkaian produk Siri MatePad HUAWEI yang mula diperkenalkan tahun 2019 sentiasa mendapat respon yang positif daripada penggunanya.. Model HUAWEI MatePad 11-inci 2023 telah diperkenalkan dengan tahap prestasi yang lebih hebat.



Keupayaan HUAWEI MatePad 11-inci 2023 dipertingkatkan lagi apabila digabungkan dengan HUAWEI M-Pencil (generasi ke-2) bersama refresh rate 120 Hz tablet sekaligus memberikan pengalaman menulis seperti pen-on-paper

Peminat HUAWEI Malaysia pasti teruja dengan kehadiran telefon pintar HUAWEI P60 Pro dan peranti HUAWEI hebat terkini yang menawarkan keunggulan teknologi inovatif yang cukup luar biasa.

Jangan lupa untuk pra-tempah dan rebut peluang memiliki gadget terkini dari HUAWEI.


Thursday, May 11, 2023

PROLINDUNG, Platform Perbaharui Cukai Jalan & Takaful Kenderaan DiBawah KOPETRO

Hi Korang,

Segalanya di hujung jari korang sajerr

Memang betul pun, tidak dinafikan era hari ini menyaksikan pelbagai transaksi dan perkhidmatan yang boleh diselesaikan semuanya di hujung jari. 


Terkini, Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) telah melancarkan proLindung, platform dalam talian yang membantu pengguna memperbaharui cukai jalan dan takaful kenderaan mereka dengan lebih mudah, cepat dan selamat.


Menurut Pengerusi KOPETRO, Encik Roslan Abdul Rahim, platform in merupakan satu lagi inisiatif KOPETRO dalam membantu meningkatkan kualiti hidup anggota koperasi dan masyarakat umum yang menggunakan perkhidmatan mereka.


Dalam era digital yang semakin pesat, prolindung akan memainkan peranan penting dalam memberikan kemudahan kepada pengguna untuk memperbaharui cukai jalan dan takaful kenderaan mereka dengan lebih efisien. Platform ini direka khas untuk memudahkan pengguna dalam memperbaharui cukai jalan dan takaful kenderaan mereka dengan hanya beberapa klik sahaja,

Encik Roslan Abdul Rahim,di dalam ucapannya di majlis pelancaran proLindung yang diadakan pada Majlis Aidilfitri "Raya Bersama' KOPETRO.


proLindung beraspirasi untuk memberikan perlindungan yang komprehensif kepada semua pelanggan, dan perkara ini diterapkan di dalam nama platform tersebut - Pro + Lindung.

Tambah Encik Roslan lagi proLindung dihasilkan dengan mengambil kira keperluan dan kehendak pengguna. Beliau juga menyeru kepada semua pengguna untuk mencuba proLindung dan memberi maklum balas kepada mereka supaya platform ini dapat diperbaiki dan diperkembangkan.


Turut hadir di majlis pelancaran proLindung adalah wakil daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa), Anggota-anggota Lembaga Koperasi, perwakilan-perwakilan, anggota-anggota Jawatankuasa Audit Dalaman dan barisan pengurusan KOPETRO.

Tawaran Istimewa Untuk Anggota KOPETRO

Istimewa buat anggota KOPETRO, di samping menawarkan perlindungan menyeluruh, anggota boleh memilih untuk membayar perlindungan takaful secara ansuran melalui potongan gaji setiap bulan.

Bersempena pelancaran proLindung hari ini, KOPETRO menawarkan diskaun sebanyak RM50 bat 50 pelanggan pertama yang mendapatkan perkhidmatan memperbaharui cukai jalan dan takaful kenderaan melalui platform dalam talian proLindung.

Untuk mendapatkan proLindung bolehlah layari laman web www.proLindung.com.my. Jangan lupa untuk ikuti di media sosial Facebook dan Instagram @proLindung bagi mendapatkan promosi terkini.

Majlis Sambutan Aidilftri 'Rumah Terbuka' anjuran KOPETRO

Satu sambutan majlis Aidilftri anjuran KOPETRO turut diadakan sebaik sahaja platform proLindung dilancarkan. Majlis yang cukup meriah ini dihadiri lebih 2,000 orang tetamu yang terdiri daripada anggota-anggota koperasi, warga kerja KOPETRO dan rakan-rakan niaga koperasi tersebut.



Para tetamu yang hadir telah dijamu dengan beraneka juadah Aidilfitri dan menu tempatan seperti Lemang, Nasi Impit, Rendang Ayam, Lontong, Laksa Utara, Nasi Hujan Panas dengan Ayam Masak Merah, Apam Balik dan Cendol.


Memang meriah sangat suasana majlis adilfitri yang diadakan. Hidangan yang disediakan semuanya enak dan paling mengujakan tetamu yang hadir turut melaram dengan pakaian hari raya.


Terima lasih KOPETRO atas jemputan ke Majlis Aidilfitri. 

Untuk korang, bolehlah perbaharui cukai jalan dan takaful melalui proLindung.