Friday, November 18, 2022

ULTRA HEROES Datang Ke Malaysia Di PARADIGM MALL, Petaling Jaya

Hi Korang,

Lama bethol tak menulis ekk…

Mehlah kak lily sambung balik yer

So siapa kat sini minat giler dengan Ultraman??? Meh angkat tangan lekasssss

Hahahahaha jangan kata korang akak pun sama ye, masa kecik-kecik dulu inilah series yang kak lily tengok setiap petang.

Ok wait, ada berita baik untuk si kaki Ultraman semua hah!!

Kalau korang nak tau yang Ultraman kini di Malaysia wei!!!


Malaysia menjadi tuan rumah kepada Jelajah Asia Tenggara Ultra Heroes (ULTRA HEROES TOUR SOUTH EAST ASIA) dari 10 hingga 27 November 2022 di Paradigm Mall, Petaling Jaya.

Acara ini dibawakan kepada anda oleh Bandai Spirits Co. Ltd. dengan kerjasama Bandai Namco Asia Co Ltd di bawah naungan jenamanya, Tamashii Nations. Dengan pelbagai aktiviti menarik disediakan, Jelajah Figura ULTRAMAN (ULTRAMAN Figure Tour) pasti akan menambat imaginasi para peminat ULTRAMAN, kebanyakan yang membesar menonton siri aksi ikonik dari Jepun ini.

Korang akan menjadi antara yang pertama menemui ULTRAMAN DECKER, terbitan terbaharu siri popular Ultraman yang sedang ditayangkan di Jepun. Jangan lepaskan peluang sekali dalam seumur hidup untuk merakam gambar bersama PATUNG ULTRAMAN DECKER bersaiz manusia. Setinggi 2 meter dan telah diukir berdasarkan ‘S.H.Figuarts’, ia merupakan rangkaian figura utama jenama Tamashii Nations.







Jelajah Malaysia ini menjanjikan barisan figura koleksi ULTRAMAN yang baru, akan datang dan eksklusif daripada S.H.Figuarts dan Tamashii Nations Box oleh Tamashii Nations. Para peminat boleh menambah koleksi figura mereka (atau bagi peminat-peminat baru untuk memulakan koleksi mereka) di sudut jualan istimewa ULTRAMAN dan mendapat hadiah terhad TAMASHII Nations bagi setiap pembelian.




Yang lagi menarik jangan lupa menonton PERSEMBAHAN LANGSUNG ULTRAMAN (ULTRAMAN LIVE SHOW) yang memaparkan ULTRAMAN DECKER dan ULTRAMAN TRIGGER serta pertembungan penuh aksi mereka bersama raksasa SATANDELOS. Berlangsung pada pukul 1 tengah hari, 4 petang dan 7 malam setiap Sabtu (12, 19 dan 26 November) serta Ahad (12, 20 dan 27 November*), pengunjung dapat menyaksikan sendiri aksi pertempuran karakter-karakter ini dengan lebih dekat. 
(*Jadual tersebut tertakluk pada perubahan tanpa notis awal.)


Selain itu, jangan lepaskan peluang untuk menonton video istimewa yang memaparkan bintang dari Jepun, Hiroki Matsumoto, yang memainkan watak Kanata Asumi di ULTRAMAN DECKER dan Raiga Terasaka yang berlakon sebagai Kengo Manaka di ULTRAMAN TRIGGER. Yang pasti korang akan terpegun dengan babak-babak realistik daripada siri ULTRAMAN yang disediakan di acara tersebut.


Antara produk utama adalah TAMASHII NATIONS BOX Ultraman ARTlizes - Here He Comes! Our Ultraman. Boleh didapati dengan harga RM40. KOTAK TAMASHII NATIONS yang pertama adalah ULTRAMAN. 



Ia merupakan penampilan sulung ARTlized, satu siri baru yang memperingati generasi pertama karakter-karakter Ultraman SD dari tahun 1980-an dan 1990-an. Kotak ini merangkumi lapan figura dengan satu figura rahsia! Ia amat sesuai bagi pengumpul dan peminat ULTRAMAN atau semata-mata untuk menceriakan ruang kediaman korang.


Jelajah ULTRAMAN (ULTRAMAN Tour), yang dimulakan di Thailand sebelum tiba di Malaysia, dijangka menarik kehadiran 180,000 pengunjung dari segenap usia di Asia Tenggara. Sama ada dewasa, kanak-kanak, peminat mahupun pengumpul, mereka pastinya tertarik dengan karakter-karakter ULTRAMAN.

Masuk ke acara Jelajah Asia Tenggara Ultra Heroes (ULTRA HEROES TOUR SOUTH EAST ASIA) adalah percuma. Waktu operasi adalah 10 pagi – 10 malam setiap hari. Pengunjungi mesti berusia 15 tahun ke atas, sementara kanak-kanak dan remaja di bawah usia 15 tahun harus ditemani penjaga.


So, ibu bapa di luar sana jangan lupa bawa anak-anak kesayangan melihat Ultraman ke ULTRA HEROS TOUR SOUTH EAST ASIA di Paradigm Mall, Petaling Jaya dari 10 November hingga 27 November 2022.

Ayuh lekasss tau..

Untuk maklumat lanjut mengenai Jelajah Asia Tenggara ULTRAMAN & Figuarts boleh layari :-

Website Tamashii Nations : https://tamashii.jp/

Website Bandai Spirits Co Ltd : www.bandaispirits.co.jp/

Facebook Tamashii Nations South Asia : www.facebook.com/Tamashii.Nations.South.Asia

Thursday, November 10, 2022

JOM MAKAN DI 6 RESTORAN MENARIK DI SEPANG!

Hi Korang,


Sepang terdapat banyak tempat menarik dan sentiasa dikunjungi oleh pelancong tempatan. Sekiranya anda mencari tempat makan setelah puas berjalan sepanjang hari, ini adalah ENAM restoran yang menarik di Sepang yang wajib anda kunjungi.

SENANDUNG MALAM SEAFOOD, BAGAN LALANG

Kunjungi ke Senandung Malam Seafood untuk makanan laut dengan harga yang berpatutan. 


Terletak di Bagan Lalang dan hanya satu jam perjalanan dari Kuala Lumpur, restoran ini menyajikan pelbagai jenis makanan laut yang segar. Pelanggan boleh memilih pelbagai jenis makanan laut dan cara masakan, antaranya termasuk ikan, sotong, udang, dan kerang-kerangan. Senandung Malam Seafood ialah restoran ‘outdoor’ yang menghadap pantai dan dibuka bermula jam 5 petang. Jadi pelanggan boleh menikmati hidangan sambil menikmati angin bayu dan menyaksikan matahari terbenam.

THE TEPEN, CYBERJAYA

Anda ada masalah memilih antara masakan Itali dan Malaysia? Kenapa tidak pilih sahaja kedua-duanya? 


The Tepen di Tamarind Square, Cyberjaya menyajikan hidangan gabungan Asia yang terbaik. Dengan hidangan pasta Aglio Olio bersama Bunga Kantan ataupun salmon panggang dalam Laksa anda, restoran ini sesuai untuk mereka yang ingin mencuba menu yang berlainan. Bercakap tentang kelainan, mereka turut menghidangkan nasi putih dalam buluh bersama pilihan lauk pauk dan pelbagai pencuci mulut yang unik. Jadi, jangan lupa untuk kunjungi restoran berinspirasi retro ini a

PAK NGAH CYBER KOPITIAM

Teringin menu yang lebih ringkas seperti telur separuh masak dan roti bakar? Kunjungi ke Pak Ngah Cyber Kopitiam. 


Terletak di Cyberjaya, kopitiam bergaya moden ini menghidangkan hidangan klasik kegemaran rakyat Malaysia, daripada Nasi Lemak, Asam Laksa, dan juga telur separuh masak diatas roti bakar bersama kaya dan mentega. Padankan hidangan tersebut bersama kopi dan kuih tempatan untuk mulakan hari anda. Menu restoran ini juga termasuk hidangan barat seperti ‘chicken chop’, tortilla dan pasta untuk memuaskan selera dan citarasa anda. Tetapi, menu istimewa mereka adalah Nasi Minyak, sejenis hidangan nasi yang kebiasaannya dihidang di majlis perkahwinan kaum Melayu. Kopitiam ini semestinya salah satu restoran yang wajib anda cuba!

THE BOTANIST, CYBERJAYA

Ini adalah satu lagi tempat menarik yang boleh anda kunjungi jika anda ke Cyberjaya. 


The Botanist merupakan sebuah kafé yang cantik dengan suasana tropika sesuai untuk pengguna ‘insta’. Café ini menyajikan ‘bao burger’ yang unik iaitu salah satu hidangan istimewa mereka bersama hidangan-hidangan lain termasuk kopi dan teh. Dan jika anda seorang vegan, terdapat pilihan bukan tenusu juga. Terletak di Tamarind Square, kafé ini juga menjual produk mesra alam seperti berus gigi bukan plastik dan sabun bebas kimia sebagai salah satu inisiatif mereka untuk mempromosikan kesedaran bebas sisa di kafe ini.

LUCK BROS KOPI

Luck Bros Kopi di KLIA2 menyajikan kopi, hidangan panas dan manisan yang beraneka. Selain hidangan sarapan, makan tengahari dan makan malam, kafe ini juga mempunyai pilihan ‘on-the-go’ kepada mereka yang inginkan hidangan yang mudah dan cepat, terutama sekali kepada para penumpang penerbangan. 


Jika anda ingin berkongsi kenikmatan minuman di sini bersama rakan-rakan atau keluarga anda, kami cadangkan 5 Street Coffee iaitu menu istimewa mereka yang mempunyai lima jenis kopi dari negeri-negeri di Malaysia; Johor, Pulau Pinang, Perak, Melaka dan Kuala Lumpur. Konsep kafe yang moden ini dapat menarik pelanggan yang Insta-Aesthetic. Kalau anda berada di KLIA2 dan ingin mencari makanan-makanan yang sedap, Luck Bros Kopi adalah satu pilihan terbaik untuk anda.

RESTORAN UMMI AISYAH

Terletak di Pasar Perdagangan Warisan Central di Kota Warisan, Restoran 


Ummi Aisyah menyajikan hidangan makanan laut yang lazat, daripada ikan bakar, sotong ke sambal udang dan siput sedut masak lemak. Menu daging ayam, kambing dan lembu juga terdapat di restoran ini. Terdapat juga pelbagai aneka ulam ulaman dan sayur sayuran. Makanan panas juga terus dihidang untuk menaikkan selera pelanggan. Jika anda merancang untuk makan di sini, kami cadangkan hidangan istimewa mereka iaitu Siakap Terbang yang digoreng dan dihidangkan bersama sambal tempoyak dan sambal belacan.

Sepang adalah antara tempat yang amat digalakkan untuk meluangkan hujung minggu anda. Terdapat banyak tempat untuk anda lawati, bermalam dan juga restoran yang terbaik di sini. 

Untuk lebih banyak inspirasi pelancongan dan lawatan ke negeri Selangor, layari laman web rasmi Tourism Selangor, www.selangor.travel, atau ikuti akaun media sosial rasmi Tourism Selangor; Instagram, Facebook, Twitter, TikTok, dan saluran YouTube Tourism Selangor. 

#PusingSelangorDulu!

Saturday, November 5, 2022

Infinix HOT 20 Series Menawarkan Gaya Hidup #FastAndFun dengan Kamera Super Nightscape 5OMP

Hi Korang,

Jenama telefon pintar antarabangsa Infinix, telah melancarkan HOT 20 serba baharu dengan ciri yang dipertingkatkan dan prestasi yang cukup hebat. Ini bagi memenuhi gaya hidup pengguna hari ini.



Didatangkan dengan Super Nightscape 50MP, pemproses MediaTek Helio G85 yang dinaik taraf untuk prestasi hebat, Paparan Immersive Fluid Punch Hole 6.82-inci, sehingga 11GB Extended RAM + 128GB ROM dan dikuasakan oleh XOS 12.0. Bayangkan harga yang ditawarkan hanyalah RM599 sahaja.

Infinix sentiasa mengutamakan keperluan dan keinginan peminat mereka apabila membangunkan produk baharu kerana kami ingin mengikuti trend gaya hidup mereka yang sentiasa berubah. Oleh itu, siri HOT 20 menyasarkan untuk melebihi jangkaan bukan sahaja dari segi permainan tetapi dalam prestasi keseluruhan, dan kami percaya telefon ini akan memenuhi keperluan semua pengguna muda pada titik harga yang berpatutan,kata Richard Tang, Pengurus Negara untuk Infinix Malaysia.


Infinix HOT 20

1. Didatangkan dengan ciri #FastAndFun

HOT 20 didatangkan bersama MediaTek Helio G85 denganmenampilkan dua CPU Arm Cortex-A75 yang mempunyai kuasa sehingga. 2GHz. Ianua juga mempunyai enam pemproses Cortex-A55 yang beroperasi sehingga 1.8GH2, serta GPU dengan kelajuan puncak 1GHz. G85. Dengan peningkatan yang ditawarkan oleh HOT 20 memberikan masa tindak balas yang pantas, antaramuka yang lebih luas. Ternyata HOT 20 secara keseluruhan menjadikan penggunaan telefon pintar lebih mudah dan hebat.

Teknologi Extended RAM yang berkuasa HOT 20 membolehkan peranti membuka kunci RAM tambahan apabila diperlukan, memberikan keupayaan untuk menggunakan pelbagai aplikasi sekaligus dengan mudah sekaligus memberikan pengalaman yang lancar walaupun penggunaan yang agak berat,

Selain itu, HOT 20 (6GB RAM*128GB ROM) menawarkan RAM lanjutan (extended) sebanyak 6GB*5GB (bersamaan dengan 11GB) tanpa sebarang kos tambahan, menyokong sehingga 11 apl latar belakang yang beroperasi tanpa lag pada masa yang sama. Kapasiti storan sehingga 11GB RAM*128GB ROM. Ini membolehkan pengguna menikmati lebih banyak storan untuk fail besar, permainan dan apl.

Untuk pengalaman permainan #FastAndFun, HOT 20 disediakan dengan Turbo Permainan Peningkatan Ketersambungan Kelajuan Penuh, yang merangkumi XArena, Dar-Link 2.0 dan LinkPlus 1.0. XArena meningkatkan keupayaan grafik dan pergerakan dalam pelbagai tetapan permainan menggunakan ciri sistem permainan yang dipertingkatkan yang meningkatkan kestabilan dalam permainan. Dar-link 2.0 menyediakan pengurusan dinamik pintar CPU dan GPU yang memastikan prestasi lancar & boleh dipercayai dalam permainan yang memerlukan grafik serta kawalan suhu dan penggunaan kuasa yang berkesan.

Tambahan pula, Dar-link 2.0 meningkatkan kualiti gambar dengan kecerahan, kontras dan ketepuan melalui teknologi AVSYNC untuk pengalaman permainan yang mengasyikkan. Teknologi LinkPlus 1.0 meminimumkan ketinggalan dan mengurangkan penggunaan kuasa dengan Pintar mengedarkan rangkaian wayarles dan trafik data.

2. Smooth To The Touch & Pengalaman Diperhalusi

HOT 20 menampilkan dirinya sebagai telefon pintar yang menyelaraskan dirinya dengan gaya hidup pantas dan menyeronokkan yang diguna pakai oleh pengguna muda di Malaysia pada zaman ini. Dengan Paparan Immersive Bendalir Punch Hole 6.82-inci, kadar penyegaran 90Hz dan kadar sentuhan 180H2, pengguna akan dapat menikmati responsif yang lebih baik, penyemakan imbas yang lebih lancar dan kawalan permainan yang pantas. Bezel super kecil dan paparan HOT 20 memberika tontonan imersif 90% ratio skrin-ke-badan. Selain itu, HOT 20 mempunyai mod Sentuhan Ultra, yang mempercepatkan tindak balas, memberikan maklum balas visual hampir serta-merta kepada input sentuhan.

Dark Region Enhanvcement Technology terbaru yang disepadukan dengan algoritma resolusi Al memperhalusi kontras skrin, dan meningkatkan kejelasan semasa ketika penggunaan dan di kawasan dengan cahaya matahari yang tinggi. Selain itu, jangkakan Peningkatan kestabilan rangkaian dengan Teknologi Erdal Engine 3.0 Infinix The HOT 20 terutama apabila menggunakan media sosial serperti TikTok.

HOT 20 juga didatangkan dengan DTS Stereo Surround Sound memberikan bunyi bas dalam, tinggi yang kuat dan julat pertengahan yang jelas untuk pengalaman audio yang mengasyikkan pada setiap penggunaan. Ddatangkan bersama dengan algoritma suara Al pintar, bagi pemain video atas talian kana dapat lihat pergerak lebih tepat dan jelas sekaligus memberikan pemain lebih kelebihan.

3. Influencer of the Nightlife



Peningkatan utama yang didatangkan didalam HOT 20 adalah kamera 50MPnya. Ini memberikan kelebihan yang ketara berbanding dengan generasi telefon siri ini sebelumnya. Menampilkan Kamera Super Nightscape SOMP dengan apertur F1.6 yang besar, memberikan syot kilat yang jelas dengan tahap perincian yang luar biasa sama ada siang atau malam.

Mengambil kedudukan fotografi lebih tinggi, HOT 20 dilengkapi dengan Mod Malam Super, yang menambah baik perincian foto pada waktu malam tanpa mendedahkan tangkapan secara berlebihan, menghasilkan imej yang benar-benar menakjubkan apabila matahari terbenam. Apabila menggunakan mod potret, subjek lebih menonjol dan foto lebih jelas, memberikan pengguna peluang untuk merakam subjek mereka dengan terperinci yang luar biasa. Dalam mod video pendek, pengguna boleh memanfaatkan pelbagai video dengan menggunakant emplate yang memberi pengguna pilihan untuk mengedit dan menggabungkan video dengan mudah dan pantas untuk dikongsi di laman media sosial.

4.Rapid Charging 4 Bateri Besar



HOT 20 menampilkan bateri 5000mAh yang boleh mengecas dengan pantas iaitu dengan Pengecasan Pantas 18W. Teknologi Power Marathon memberikan kuasa tahan lebih lama walaupun selepas sesi permainan yang panjang, memberikan pengguna masa tambahan yang mereka perlukan untuk memasang atau menyelesaikan sesi mereka. Pengecas 18W disertakan dalam kotak dengan kabel pengecasan pantas Jenis-C.



Infinix HOT 20

Infinix turut memperkenalkan Infinix HOT 20i yang didatangkan bersama peranti tambahan yang turut dilancarkan dalam siri HOT. Peranti ini mempunyai 6.6-inch High-Bright Sunlight Readable Displaydengan reka bentuk yang cukup slim (tipi+s untuk tontonan yang lebih padu

Seperti HOT 20, ia juga mempunyai bateri Power Monster 5000mAh dengan Teknologi Kuasa Marathon untuk membolehkan penggunaan tahan lebih lama. Ia juga dilengkapi dengan 13MP dengan f/1.8 Wide Aperture Triple Rear unit kamera dan 8MP Al Portrait kamera hadapan bagi memenuhi keperluan fotografi serta dapat merakam momen bermakan.

Oh ya! Dengan 4GB RAM*128GB ROM memberikan storan yang mencukupi untuk apl, video dan gambar. Harga yang ditawarkan hanyalah RM499 dan boleh didapati di semua kedai luar talian dan dalam talian di seluruh negara.

Secara ringkas maklumat mengenai siri Infinix HOT 20:

Infinix HOT 20

Tarikh Jualan Luar Talian Seluruh Negara - 4 November 2022

Tarikh Jualan Dalam Talian Shopee - 11 November 2022

Platform Jualan Dalam Talian - Kedai Rasmi Infinix di Shopee

Pilihan Warna - Sonic Black / Legend White / Tempo Blue /Fatntacy Purple

RRP - RM599 (6GB + 128GB)


Infinix HOT 20i

Tarikh Jualan Luar Talian Seluruh Negara - 4 November 2022

Tarikh Jualan Dalam Talian Shopee - 11 November 2022

Platform Jualan Dalam Talian - Kedai Rasmi Infinix di Shopee

Pilihan Warna - Wilderness Black / Luna Blue / Energy Green / Sunset Gold

RRP - RM499 (4GB 4 128GB)


Peraduan Fotografi SUPER NIGHTSCAPE Infinix Hot 20 50MP

Infinix Malaysia turut mengadakan peraduan fotografi untuk meraikan pelancaran Infinix HOT 20 dan ingin memberui peluang sendiri kepada pengguna untuk mencuba ciri terkenalnya iaitu Kamera Super Nightscape 50MP. Peraduan ini akan berlangsung dari 7 November 2022 hingga 6 Disember 2022.


Selain daripada menjadi jenama yang memberi penumpuan kepada permaianan atas talian, Infinix juga mempunyai misi kepada pengguna untuk sama-sama menyertai i #FastandFun dengan menawarkan hadiah yang cukup menarik iaitu produk Infinix yang bernilai sehingga RM20,000 secara keseluruhan. Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia. Untuk info lanjut boleh layari laman Facebook rasmi Infinix.

Pengguna juga boleh mengikuti perkembangan terkini dengan promosi terkini dan spesifikasi mudah alih di halaman Facebook Rasmi Infinix Malaysia, halaman Instagram, saluran YouTube, halaman twitter, dan laman web.


#FastandFun 
#InfinixMalaysia 
#Infinix