Thursday, April 29, 2021

Buka Puasa Di TOKYO TEPPAN, Pavilion. Makan Jepun Kita Hah

Hi Korang,

Muak sangat nak makan nasi hari-hari untuk berbuka puasa so ktorang bertukar selera plak.

So jumaat lepas, malas nak buka ktorang jalan-jalan kat Pavilion ni amik air-cond sejuk dulu hehehhe, sambil jalan-jalan surveylah kedai kat area Tokyo Street untuk berbuka puasa so nampaklah Tokyo Teppan ni.


Tanya budak yang jaga kat kaunter tu kene booking ke just walk-in, dia cakap hari ni tak ramai orang boleh boleh walk in jer hah ape lagi terus masuk dalam kedai ni kan.



Restoran ini sebenarnya terletak bersebelahan dengan Tokyo Don yang specialitynya adalah donburi sementara Tokyo Teppan memberi tumpuan kepada teppanyaki. Yelah kenyang sket kan

Sempena Ramadan ni, Tokyo Teppan menawarkan set berbuka puasa iaitu ‘Teppanyaki Delight’ dari 21 April hingga 12 Mei 2021, memang sedap pekena menu panas-panas kan.


Set Wagyu Saikoro
Australian Wagyu MB8 cube cut on hotplate RM130

Set Teppan
Angus beef, prawn and salmon teppanyaki (RM49)

Set Azuma
Chicken and salmon teppanyaki (RM36)

Set Edo
Salmon, scallop, squid and tiger prawn teppanyaki (RM43)

Kesemua set ini di hidang sekali minuman ice lemon tea (bottomless) dan Kurma Ice Cream



So mr Big order Set Wagyu Saikoro sebab teringin nau nak makan daging Wagyu kan, seronok betul dia kan. Memang terasa lembut jer dagingnya sempat kak lily paw sket hahahha


kak lily plak order menu ala-carte yang lain tau. Alah saje nak ubah tekak kan, bulan puasa nieh kerenah makan-makannya lain macam betul lah.


Set Japanese Curry

Avocado Salmon Grilled Maki

Salmon Skin Salad

Gyoza

Chawamushi

Okonomiyaki

Hah melantaklah tak ingat kan hehehhe… tapi tak delah bedal sekaligus makan sket demi sket. Sambil makan sambil borak-borak chill hah cam tulah ktorang.

Pada pandangan kak lily

Kalau korang berada di Pavilion dan teringin nak makan teppanyaki, Tokyo Teppan adalah pilihan yang yang terbaik kerana variety pilihan menu teppanyaki tuh. Restorannya luas dan selesa dan layanan pelayannya sangat mesra, cepat jer diorang sampai kalau kita panggil



Harga agak berpatutan dan makanan di sini akan dikenakan bayaran di bawah RM50 seorang jika korang makan set teppanyaki kombo.

Jom kite ke:-

Tokyo Teppan
Lot 6.24.02 Level 6 Tokyo Street
Pavilion Kuala Lumpur
168 Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur
Tel: 2141 4519



Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :

Facebook :

Instagram :
https://www.instagram.com/tokyo_teppan


Wednesday, April 28, 2021

VITS KAN ADA, MERIAHNYA RAYA

Hi Korang,

Bulan Ramadan sudah tiba dan umat Islam di seluruh dunia pasti rasa teruja untuk menyambut ketibaan bulan suci ini walaupun dalam suasana yang sama macam tahun lepaskan? 

Mana taknya, tahun ni umat Islam di Malaysia masih perlu menjalani ibadah puasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Berkawal ni (PKPB).


Yang istimewanya tahun ini, umat Islam dah boleh solat terawih macam biasa di masjid dan surau tapi arahan SOP yang ketat tetap perlu diambil kira. Bazaar Ramadan pun boleh beroperasi macam biasa dengan SOP yang sewajarnya demi menjaga keselamatan semua. 


Walaupun masih tak boleh merentas negeri untuk balik ke kampung masing-masing untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga tercinta, tapi kita tetap bersyukur sebab pihak kerajaan dah bagi sedikit kelonggaran dan wajib mematuhi segala perintah yang kerajaan Malaysia dah tetapkan. So harap-harap kita tak langgarlah peraturan yang telah ditetapkan ye.

Disebabkan itu, Vit’s jenama mi segera dan mi kering Halal yang telah bertapak di Malaysia sejak 46 tahun yang lalu ingin menjemput anda semua sempena menyambut Ramadan kali ini dengan peraduan Masak, Kongsi dan Menang dan melancarkan produk terbaru tau, Mi Segera Pek Istimewa Ramadhan.



Produk ini sangat mudah dan cepat untuk disediakan ketika sahur atau berbuka puasa. Cara cara untuk menyertai peraduan ini adalah :

1) Beli satu pek produk VITS Mi Kering Pek Istimewa Ramadan dalam satu resit.

2) Imbas QR kod , isi maklumat diri dan resit pembelian.

3) Masak menu ada menggunakan produk VITS Mi Kering Pek Istimewa Ramadan dan kongsi di akaun sosial media korang ( Facebook, Instagram, Twitter atau Tiktok).

4) Tag akaun rasmi VITS dan hashtag #vitskanadameriahnyaraya.

Macam-macam hadiah yang Vit’s sediakan. Peraduan ini dilancarkan adalah untuk mengajak rakyat Malaysia berkongsi masakan kreatif dengan hanya gunakan produk terbaru iaitu Mi Segera Pek Istimewa Ramadan yang dah dibeli. Korang boleh menang hadiah menarik dengan masakan menu yang paling kreatif tertakluk pada terma dan syarat.

Peraduan Masak, Kongsi dan Menang ni akan bermula daripada 1 April 2021 sampai 14 Jun 2021. Orang ramai boleh menyertai peraduan ini dengan pembelian sekurang kurangnya 1 pek Mi Segera Istimewa Ramadan di seluruh pasaraya dan juga boleh membuat pembelian atas talian di Shopee dan Lazada.

Ikuti link tertera di bawah untuk ketahui maklumat lanjut peraduan ini


Jom kite sertai ek..



Rindu Nak Staycation Tapi Apakan Daya

Hi Korang,

Seriously dalam masa setahun lebih ni berapa kali korang dapat bercuti??

Ermm boleh kira dengan jari kan.

Mana taknya dengan datangnya wabak Pandemik Covid19 ini, kehidupan kita agak hectic sampai nak pi bercuti kat hotel pun payah, even nak balik kampung menziarah ibu bapa, adik –beradik, sanak saudara pun tak dapat sebab tak boleh merentas negeri sehingga ke hari ini.

Yelah sekejapan jadi PKP, sekejapan jadi PKPB, sekejapan jadi PKP 2.0 dan kemudiannya jadi PKPB so macam mana lah nak holiday even nak berstaycation pun agak payah jugak. Nasib baiklah Selangor dan Kuala Lumpur di satukan dengan arahan PKPB kalau tak memanglah lagi tak seronok hidup di buatnya

Huhuhuhhuhuhu apa-apa pun kita kenalah patut dengan arahan yang di wartakan oleh Kerajaan untuk membendung Covid19 ni, daripada kes meningkat naik ek.

Sebenarnya tahun lepas sebelum PKP di laksanakan kak lily dan kengkawan dah merancang untuk bercuti ke Pangkor so banyaklah jugak resort dan hotel yang ktorang survey, eh mestilah kena survey untuk dapatkan budget berapa yang kena bayar untuk seorang. Kriteria yang ktorang nak resort atau hotel tepi pantai mengadap laut, bilik yang selesa dan tempat makan yang senang, yang lelain tuh ktorang ok jer hehehehe

Dalam banyak-banyak pilihan tuh, rasanya Pangkor Laut Resort memang menarik hati.


First impression bila tengok gambar resort ini dalam hati dah cakap wow!! Cantikya. Resort di atas laut, kalau air surut nampak putih bersih pasair pantainya tapi kalau air pasang memang terapung-apung nampaknya lah.

Itu baru persekitaran di Pangkor Laut Resort, belum lagi kak lily tunjukkan korang gambar biliknya.

Nampak tak?


Begitu cantiknya bilik-bilik yang di tawarkan di sini. Tersangatlah cantik bebenau, besar, luas dan selesa. Yang penting bila buka tingkap nampak laut, even biarkan tingkap tuh tak ditutup ermm hembusan angin laut yang masuk ke bilik memang memenangkan lah, kak lily memangkan laut ni pendek kata tak jemu mata memandang. Bilik airnya merupakan bathtub yer, sambil merendam sambil menikmati keindahan alam.

Walaupun terapung-apung di laut janganlah korang bimbang mengenai makanan, resort ini ada segala kemudahan yang korang perlukan. Restoran, tempat beriadah, spa dan laundry pun turut di sediakan. Memanglah tampak mewah sedikit tapi sekali sekala apa salahnya, lagipun kan dah lama kita tak pi bercuti.

Namun apakan daya, simpan jelah hasrat untuk bercuti ke pulau ni sehingga tamatnya PKPB ini nanti.


Tapi walaupun kita tak boleh merentasi negeri tapi kita boleh merentas daerah. 

Di Kuala Lumpur dan Selangor ini, banyak juga pilihan hotel yang kita boleh staycation di hujung minggu bersama keluarga. Seperti di Hulu Bernam, Hulu Langat, Ulu Yam, Serendah di Selangor memang terdapat pelbagai pilihan hotel dan chalet untuk kita mandi-manda di sungai, kira terubat jugaklah rindu nak mandi laut tapi di gantikan dengan mandi sungai atau air terjun.

Kalau teringin jugak nak ke pantai bolehlah ke Pantai Morib, Bagan Lalang, banyak jugak resort menarik.

Apa-apa pun kena cepat buat tempahan untuk resort-resort ini, biasalah ramai warga KL dan Selangor tak nak lepaskan peluang untuk bercuti walaupun dekat jer dengan rumah, yang penting dapat luangkan masa dengan keluarga.

Kak lily syorkan book secara online jer senang dapat confirmation pun cepat. Banyak website-website yang boleh korang buat perbandingan sebelum buat tempahan, kak lily guna Traveloka jer senang, semua info lengkap siap gambar sekali itu yang penting hehehe

Selamat berstaycation semuanyer....