Sunday, June 9, 2019

Program Muslim Volunteer Malaysia Relief “SYRIA, KAMI DATANG 3.0”


Hi Korang,

Di bulan Ramadan yang indah ni, kak lily nak kongsikan serba sedikit mengenai MVM Relief ni, ermm seriously kak lily pun tak tau mengenai ni until ada kengkawan yang citer then barulah kak lily tau

Apa Itu MVM RELIEF ?

Muslim Volunteer Malaysia atau lebih di kenali sebagai MVM Relief merupakan program bantuan kecemasan yang diberikan kepada mereka yang memerlukan di dalam Malaysia dan antarabangsa. Ianya merangkumi negara Asia seperti Kemboja, Vietnam, dan Bangladesh serta negara Timur Tengah seperti Syria, Jordan dan Lubnan.

Bantuan kecemasan ni tak kiralah bantuan makanan, pakaian, ubat-ubatan dan pelbagai lagi. Ketidakstabilan emosi pun perlukan bantuan jugak tau.



Untuk korang yang tak tau macam kak lily ni, di antara program bantuan yang telah pun dilaksanakan adalah:

MVM Relief Malaysia :

1.  Misi Bantuan Mangsa Banjir Kuantan, Pahang (2013)
2.  Misi Bantuan Mangsa Banjir Kelantang (2014 dan 2017)
3.  Misi Bantuan Mangsa Banjir Sarawak (2016)
4.  Misi Bantuan Mangsa Banjir Kedah (2017)

MVM Relief Antarabangsa :

1.  Misi Bantuan Gabungan Anak Muda Jordan - Lubnan (2017)
2.  Unity Convoy Ambulance For Syria - UK, France, Switzerland, Italy, Bulgaria, Greece (2017)
3.  Misi Bantuan Syria, Kami Datang di Turki-Syria (2017)
4.  Misi Bantuan Anak Muda Peduli Rohingya di Bangladesh (2017)
5.  Misi Bantuan Musim Sejuk : Syria, Kami Datang (2018 dan 2019)
6.  Misi Bantuan Ramadan : Rohingya, Kami Peduli (2018)
7.  Misi Bantuan Ramadan : Syria, Kami Datang (2017-2018)
8.  Misi Bantuan Hidupkan Rohinyga : Pembinaan Sistem Rawatan Air SafeWher(208)

Kak lily ada dengar-dengar mengenai misi bantuan ni tapi tak alert pun, apa teruknya ahkak ko sorang ni kan.


Kalau korang nak tau,

Pada tahun 2016, MVM telah menandatangi MOU bersama Malaysia Lifeline for Syria untuk kerjasama menghantar bantuan kecemasan dan keperluan asas kepada penerima bantuan di luar negara khususnya, pelarian Syria yang berada di kem-kem pelarian sempadan Turki-Syria dan juga pelarian Rohingya di Bangladesh.

Pada tahun 2019 ini telah masuk tahun ke-3 MVM melaksanakan amanah rakyat Malaysia bagi menghantar bantuan musim sejuk, dan keperluan asas dengan anggaran lebih RM3 juta.

MVM berasa bertanggungjawab dan prihatin terhadap isu-isu kemanusiaan yang berlaku di luar negara terutamanya negara Islam. Oleh sebab itu, MVM memikul amanah rakyat Malaysia bagi menyalurkan sumbangan dan kasih sayang rakyat Malaysia kepada saudara Islam yang jauh lebih susah dan menderita di luar negara


MISI BANTUAN RAMADAN : SYRIA, KAMI DATANG 3.0




Bagi Ramadan 2019 ini, ianya merupakan tahun ke-3 MVM akan menghantar bantuan Ramadan di kem-kem pelarian Syria di sempadan Turki - Syria.

Di antara jenis bantuan yang akan dihantar adalah seperti berikut :

1.  Pek Iftar dan Sahur
2.  Pek Makanan (barangan asas dapur)
3.  Beg Keceriaan terdiri daripada alat permainan kanak-kanak, gula-gula dan baju raya.




Untuk misi bantuan Ramadan 2019 ini, dana sasaran bantuan keseluruhan pada kali ini adalah sebanyak RM500,000. Di anggarkan seramai 20,000 pelarian Syria akan menerima manfaat daripada bantuan Ramadan kali ini.

Antara lokasi bantuan adalah seperti berikut :

1.  Kem Pelarian di Idlib & Luar Bandar Aleppo
2.  Kem pelarian di Sempadan Turki - Syria
3.  Masjid-masjid di Idlib & Luar Bandar Aleppo

Pada tahun ini, MVM bekerjasama dengan sahabat NGO, Global Peace Mission (GPM) bagi Misi Bantuan Ramadan : Syria, Kami Datang 3.0. Petugas dan sukarelawan MVM serta GPM dijangka berangkat ke Turki pada 26 Mei 2019 sehingga 6 Jun 2019.


Soalan yang bermain di fikiran kak lily kenapa kita nak kena hantar bantuan-bantuan ini Ke Syria?

Habis rakyat-rakyat kita di negara ni tak de orang nak tolong nanti

Ishk korang ni, jangan selfish boleh tak !

Pergolakan dan peperangan yang berlaku di Syria masih berterusan dan tiada tanda-tanda ia akan berakhir sejak 8 tahun yang lalu. Setiap minit pasti ada kematian yang berlaku. Bekalan makanan, perubatan dan keperluan asas hidup tidak pernah mencukupi dan diperlukan dari semasa terutamanya di kem-kem pelarian.

Kini, hampir 4 juta rakyat Syria yang menjadi pelarian di kem-kem pelarian di sempadan Turki dan Syria. Bantuan yang dihantar oleh MVM hanya mampu meliputi
20,000 orang pelarian sahaja pada satu-satu masa.

Apa yang lebih menyedihkan lagi adalah rakyat Syria ini kehilangan pengenalan diri akibat peperangan ini menyebabkan mereka sukar untuk bekerja atau bersekolah dan juga mendapatkan rawatan di hospital kerajaan di Turki dan juga negara lain.
Kita di Malaysia ni walaupun susah cam ne pun, pasti akan ada yang datang membantu tak kira banyak atau sedikit bantuannya so kita kena bersyukur tuh

Atas keprihatinan ini, MVM turut mengambil tanggungjawab kemanusiaan untuk turut menghantar bantuan-bantuan kecemasan dan keperluan kepada mereka bersama NGO-NGO dari seluruh dunia.


Cara Untuk Menghulurkan Sumbangan ke  MISI BANTUAN RAMADAN : SYRIA, KAMI DATANG 3.0 ?

MVM membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk menghulurkan sumbangan ikhlas seberapa sahaja yang termampu atau menaja sekurang-kurangnya 1 keluarga pelarian Syria yang bernilai RM100 bagi 3 jenis bantuan iaitu Pek Iftar dan Sahur, Pek Makanan dan Beg Keceriaan untuk kanak-kanak dan anak-anak yatim Syria.

Maklumat bantuan :

1 tajaan umum : RM100 / keluarga atau seberapa sahaja yang termampu. Jenis Bantuan :
1.  Pek Iftar dan Sahur
2.  Pek Makanan (barangan asas dapur)
3.  Beg Keceriaan terdiri daripada alat permainan kanak-kanak, gula-gula dan baju raya.

  


Atau hulurkan sumbangan ke akaun Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia

    Maybank (56480 164 7699)
    CIMB Islamik (8602 5378 07)
    Bank Islam (1230 0010 0030 65)
    Affin Bank (1060 2003 8503)
    Email: account@mvm.org.my

Sekiranya, korang sudi menghulurkan sumbangan dalam jumlah yang besar
iaitu RM1,000 ke atas, MVM akan menyediakan resit pelepasan cukai untuk korang.

Boleh hubungi wakil MVM di 012 235 6854 untuk pertanyaan serta urusan lanjut.

Ikuti MVM di sosial media :

Facebook page : Muslim Volunteer Malaysia
Instagram : muslimvolunteermalaysia
Twitter : @VolunteerMVM

Website rasmi : www.mvm.org.my
Website donation : www.donationa.mvm.org.my

Thursday, May 30, 2019

Koleksi THRILL by Sarimah Ibrahim Kini Di SHOPEE

Hi Korang,

Selepas menanti selama beberapa bulan, akhirnya jantina bayi diraja Che Puan Sarimah Ibrahim diumumkan kepada rakyat Malaysia. Pengumuman itu dibuat setelah ramai yang meneka jantina bayi selepas pengacara dan personaliti televisyen kacukan Malaysia-Ireland itu mengumumkan kehamilannya di laman Instagram pada Februari lalu. 

Dengan wajah yang berseri-seri, beliau meletupkan belon gergasi di hadapan tetamu, teman-teman rapat, peminat dan media dalam satu majlis yang dianjurkan di Damansara Perdana. Che Puan Sarimah Ibrahim bersama suaminya Yang Mulia Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar bakal menjadi ibu bapa baru kepada seorang anak perempuan. 

Majlis pada petang itu ternyata mencerminkan kegembiraan berganda kerana sebelum pengumuman jantina bayi diraja, Che Puan Sarimah Ibrahim melancarkan kedai rasminya di Shopee, platform e-dagang terulung di Asia Tenggara dan Taiwan. Kedai ini akan memasarkan koleksi mekapnya “Thrill by Sarimah Ibrahim” yang hanya boleh didapati secara dalam talian eksklusif di Shopee. 


Koleksi mekap yang diperkenalkan pada 2018 ini termasuk bedak asas Thrill Superstar Treatment Cushion Foundation dan bedak kompak Thrill Perfecting Finish Compact Powder yang dikagumi kerana ciri-ciri yang memberi manfaat kepada kulit. Peminat atau dikenali sebagai Thrillists, akan juga dapat membeli bedak asas kegemaran mereka pada harga RM75 dan bedak kompak pada harga hanya RM70, daripada harga biasa RM95 dan RM90. Tetamu-tetamu di majlis pelancaran yang meneka jantina bayi dengan betul sebelum pengumuman dibuat juga menerima produk Thrill. 

Dengan pelancaran kedai rasmi Thrill by Sarimah Ibrahim, Che Puan Sarimah Ibrahim menyertai ramai selebriti lain dalam Skuad Selebriti Shopee. Platform ini dilancarkan pada Mei 2018 sebagai saluran untuk selebriti mengetengahkan dan menjual produk keluaran mereka kepada peminat dan pengguna Shopee. Setakat ini, ia telah menarik lebih 30 selebriti termasuk Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin, Datin Hajah Fouziah Gous, Dato’ Seri Vida, Dynas Mokhtar, Fynn Jamal, Nana Mahazan, Shalma Ainaa, Tyra Kamaruzzaman, Zoey Rahman, Hanis Zalikha dan Sophia Liana. 


Pengumuman jantina bayi diraja dan pelancaran kedai rasmi Che Puan Sarimah Ibrahim di Shopee boleh disifatkan sebagai satu detik peribadi tetapi ia tidak dirahsiakan daripada rakyat Malaysia di seluruh negara yang dapat menyaksikan detik istimewa itu walau di mana mereka berada. Peminat-peminat mengikuti seluruh acara itu secara langsung menerusi aplikasi siaran secara langsung Shopee. Mereka seronok mendapat peluang meneka jantina bayi, berinteraksi dengan selebriti itu sendiri apabila beliau menjawab komen peminat secara langsung, membeli produknya semasa siaran langsung dan memenangi hadiah menarik dan baucar apabila mereka menyaksikan Shopee Live di laman Instagram mereka. 

Che Puan Sarimah Ibrahim, Pengasas, Thrill by Sarimah Ibrahim berkata, “Membeli-belah dalam talian makin menjadi popular pada masa kini disebabkan kemudahan yang ditawarkan kepada para pengguna. Dengan kira-kira 20 juta pengguna Shopee, jenama kosmetik saya kini boleh ditawarkan kepada lebih ramai wanita yang memiliki gaya hidup yang sibuk seperti saya. Saya amat teruja dengan kerjasama ini bersama platform e-dagang yang terulung di Malaysia.” 


Marianne Chuo, Ketua Pemasaran, Shopee Malaysia berkata, “Kami gembira mendapat penghormatan dan peluang untuk bekerjasama dengan selebriti terkenal seperti Che Puan Sarimah Ibrahim untuk memasarkan produknya di platform kami. Koleksinya akan membawa tambahan yang lebih menarik kepada kategori Kesihatan dan Kecantikan, salah satu kategori utama kami. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepadanya kerana mencuba Shopee Live kami. Ciri baru ini dalam Shopee adalah siaran langsung yang memberi pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan antara Che Puan Sarimah Ibrahim dan para peminatnya. Siaran langsung “live stream” adalah trend membeli-belah pada masa hadapan di Asia Tenggara yang akan menghidupkan semula trend beli-belah-hiburan untuk generasi muda. Ini merupakan satu anjakan daripada generasi lebih tua yang membeli vakum atau mop menerusi panggilan semasa menonton promosi di kaca TV. Trend ini makin meluas dengan pantas. Ianya merupakan satu cara untuk jenama menarik pelanggan mereka dengan berkesan.” 

Sempena pelancaran “Thrill by Sarimah Ibrahim” di Shopee, Thrillist mendapat potongan harga 30% bagi semua produknya dari 30 Mei hingga 5 Jun 2019. Bedak asas berharga RM52.50 manakala bedak kompak berharga RM45. Untuk menjadi Thrillist, sila ke laman https://shopee.com.my/sarimahibrahim.os atau laman Instagram dan Facebook Thrill by Sarimah Ibrahim. 

Mereka yang ingin menonton acara ini sekali lagi boleh ke Shopee Live untuk menyaksikan siaran ulangan di https://shopee.com.my/shopeelv

Shopee Live ialah aplikasi siaran langsung “live stream” untuk pemilik kedai dan jenama menerbitkan siaran mereka sendiri dan berkongsi kandungan seperti pelancaran produk baharu atau petua dan idea tentang cara menggunakan produk mereka, atau sekadar berinteraksi dengan penonton mereka. Interaksi secara langsung ini memberikan testimonial dan ulasan tentang produk yang boleh disifatkan sebagai iklan yang berpengaruh dan membawa pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan untuk semua pengguna Shopee.




Wednesday, May 29, 2019

Konsert terakhir Boyzone “Thank you and Goodnight Farewell” bersama artis jemputan Brian McFadden Anjuran Wowstar Creative Entertainment

Hi Korang,

Kak lily nak citer dengan korang ni...

Bekas ahli boy band Westlife dan penulis lagu iaitu Brian McFadden telah diumumkan sebagai tetamu istimewa untuk konsert terakhir Boyzone “Thank You and Goodnight Farewell Tour” pada bulan Jun 14, di Malawati Stadium, Shah Alam. 


McFadden memulakan karier nyanyinya sebagai ahli Westlife yang telah dibentuk pada tahun 1998 dan merilis album studio sulung “Westlife” pada tahun 1999. 

Dia meninggalkan kumpulan Westlife tahun 2004 untuk memulakan kerjaya solonya dan telah mengeluarkan single “Real to Me,” sebuah lagu dalam album solo debutnya “Irish Son.” 

Pada tahun 2016, McFadden dan Keith Duffy, ahli dari Boyzone telah membentuk kumpulan “Boyzlife” dan tur dunia, mempersembahkan lagu hits band mereka. 


Ahli kumpulan Boyzone termasuk Duffy, Michael Graham, Ronan Keating dan Shane Lynch akan mempersembahkan beberapa hits terbesar termasuk “When You Say Nothing At All,” “No Matter What” dan “Love Me For A Reason.” 

Menurut laman web tur, mereka berkata: “Apabila kami bermula sebagai lima pemuda dari utara Dublin yang tak sabar-sabar untuk menghadapi dunia, kami tidak pernah terbayang yang kami masih akan mempunyai peminat yang sama lebih 25 tahan kemudian…” Jika anda pernah melihat penampilan TV pertama kami di “The Late Late Show”, anda mungkin akan memeranjat juga.” 

Boyzone menikmati kejayaan melalui kejaya mereka. 

Tambahan mereka: “Kami telah mempersembah di stadium dan arena di seluruh dunia, mengeluarkan enam album, dan mempunyai hampir dua dozen hits. Kami benar-benar tidak dapat menyatakan seberapa anda, peminat, telah menyokong kami di sepanjang jalan. Tanpa sokongan anda, kami tidak akan mencapai apa yang kami ada, dan untuk itu kami sentiasa bersyukur.” 


Untuk dapatkan tiket korang just klik di link ni ek: https://airasiaredtix.com/boyzone2019 


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

About Wowstar Creative Entertainment Co., Ltd. 

ditubuhkan pada tahun 2018, Wowstar Creative Entertainment adalah sebuah syarikat hiburan yang berkembang pesat yang mengkhusus dalam pelbagai perniagaan hiburan seperti konsert, muzik langsung dan acara hiburan, pengurusan artis, filem, televisyen, pengeluaran komersial dan pengedaran. 

Untuk maklumat lanjut, sila merujukkan kepada laman FACEBOOK kami: 












Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com