Wednesday, September 28, 2016

Masalah Tumit Kaki Merekah, Solusinya Dengan JOYMIX COLLAGEN TRIPEPTIDE

Hi Korang,


Memang ramai yang mengalami masalah cracked heels atau tumit kaki pecah ni kan, mostly yang kena ni orang pompaan ah sebab selalunya jalan sana sini kan. Dengan pakai heels lagi, mana tak kulit kaki tu jadi cam tuh.

Sebab nak cantik punya pasal katanya..

Apa yang menyebabkan tumit kaki merekah ek
1. Memakai kasut tumit tinggi dalam jangkamasa yang lama
2. Berada di kawasan yang kering seperti di dalam bilik berair-con
3. Mempunyai masalah kulit kering

Nampak?

Sebab tuh aku cakap majoriti orang pompuan je yang mengalami masalah ni.

So aku cerita dengan korang ni, ada satu produk collagen yang mampu mengurangkan masalah pecah-pecah ni

Memperkenalkan


Joymix Collagen Tripeptide

Alah mesti korang cakap, ermm sama je dengan produk collagen kat luar sana kan. Guna bahan-bahan yang sama je ehhh yang ni tidak wokeh.

Kesan Penggunaan Joymix Collagen Tripeptide



Ye aku dapat mencuba selama seminggu produk collagen ni.

Aku suka rasanya, rasa buah markisa yang dicampurkan dengan orange kalau tak silap kan. Langsung tak de rasa pahit pun.

Jom tengok apa jadi kat tumit kaki aku

Sebelum



Ya ampun sungguh sengsara aku menengok tumit kaki aku, lagak gaya cam orang keje sawah bendang kan. Teruk nau

Selepas




Beza betul walaupun seminggu je penggunaannya. Dah mula berkurangkan kesan-kesan rekahan tuh, kena slowly lah mana boleh automatik boleh cantik dalam sekejapan ek.


Ni aku tambah cerita lagi, Apa itu Collagen Tripeptide


Collagen tripeptide (CTP) is a unit of a three amino acids, namely glycine, proline and hydroxyproline, which are found naturally in food.

Aku tunjukkan gambarajah supaya korang boleh paham dengan lebih baik lagi



Kira macam collagen Tripeptide ni lagi kecil dan mendalam ianya masuk kedalam kulit kita. Wah gituh ek, tak caya lah tuh kan

Ni aku tunjukkan perbandingan di antara collagen biasa dan Collagen Tripeptide ni ek


Di antara kebaikan mengamalkan Joymix Collagen Tripeptide nie


1. Mengurangkan garisan halus di muka dan kedutan
2. Mencerahkan kulit
3. Menguatkan tulang dan sendi-sendi
4. Mengurangkan rambut kurus
5. Menguatkan kuku tangan dan kaki
6. Mengurangkan tumit kaki merekah

Adalah lagi kebaikan mengamalkan Joymix, itu yang korang kena discover tuh ek hehehe 



Cara Nak Minum Joymix Collagen Tripeptide


Alah senang je



Cedukkan 1 scoop serbuk Joymix ke dalam cawan


Aku guna shaker je senang sebab ada sukatan


Tuangkan 150ml air sejuk dan kacau hingga sebati.



Once dah sebati tuh, minum jelah. Ok jemput minum korang


Untuk lebih meyakinkan lagi, aku sertakan sekali video testimoni pelanggan yang menggunakan produk Joymix ni ek




Harga sebotol Joymix Collagen Tripeptide adalah RM128 sebotol dan korang boleh dapati secara online di Lazada, 11thstreet.my dan website joymix sendiri iaitu http://www.joypremix.com

Untuk pembaca setia blog www.ciklilyputih.com ni, haruslah ada harga istimewa ni ek.

Korang cuma gunakan code  JOYMIXCTPLILY20 so dapatlah diskaun sebanyak RM20 tau. Eh banyak tuh RM20 ek. Promosi dari 7.9.16  -  31.10.16  Only diskaun for first 10 customers


Untuk info lanjut korang boleh ke:




Dah apa tunggu lagi, meh cuba lekas..

Tuesday, September 27, 2016

Nasi Campur Di Restoran Mai Singgah Selalu

Hi Korang,

Kat tempat aku ni agak payah sket nak makan nasi campur

Bukan dekat area office tuh tak de tapi kalau lambat sket semua lauk habis. Bayangkan kalau aku turun pukul 1 tengahari cam tu, majoriti lauk dah nak abis.

Sebab apa?

Ramai nau student kolej kat sini. Diaorang ni pulak makan tak tentu masa, ada break je makan so mana tak cepat benau lauk habis kan.

Jadi aku kalau ada kerja luar, haruslah mencuci tekak dengan mencuba kedai makan kat luar sana ek. Tukar angin tengok sedap ke tak


So hari tuh aku ke restoran Mai Singgah Selalu

Kedai makan ni seberang jalan besar office aku ni je

Dekat kawasan South City Plaza tapi belakang-belakang sket, itu pun berpusing-pusing nak cari kedai makan kat sini hehehehe

Masa aku sampai tuh dah pukul 1.30 petang so of courselah lauk pauk kebanyakan dah abis so ambil je apa yang ada



Ermm simple je kan

Dah itu je yang hado, lauk kari daging dan aku ambil bendi dari kari ikan sebab semua sayur dah habis 

Harga dalam RM4.00 okla kan, tak delah mahal sangat. 

Nasinya kemain banyak budak tuh letak sampai aku tak perasan, sampai office makan sket je sebab dah kenyang, agaknya penangan #leptops ek hehehhehe

Itu je korang

Esok-esok citer bab makan lagi ek 


Sebab Teringin Nak Makan Mee Bandung Muar

Hi Korang,


Kan masa cuti raya hari tuh kemain panjang ermm panjanglah bagi aku ni sampai tak tau nak pi mana hehehehe


Malam jumaat tuh, sambil borak-borak tengok tv Mr Big tanya kita tak de nak pi mana ke cuti panjang ni, ermm aku cakap kita balik kampung jelah lepak-lepak dengan sedara mara je kan. Ermm oklah tuh.


So pagi sabtu tu ktorang keluar rumah awal sebab malas nak tempuh jem teruk kat Seremban tu nanti kan, dalam kul 7 pagi tuh dah sampai Seremban dah, tetiba je Mr Big cakap jom pi breakfast kat Muar lah teringin plak nak makan mee bandung ek. 

Mak ok je noks lagipun tak de tujuan kan.

Turun tol air keroh, ikut je highway AMJ tuh sampai ke Muor


Dalam sekejapan dah sampai Muar lebih kul pukul 10pagi cam tuh. 

Terus je pi cari kedai yang biasa kitaorang pi makan iaitu kedai Mee Bandung Abu Bakar Hanipah. Alah korang waze je kedai makan ni nanti sampailah senang bebenau tengah bandar. 

Walaupun orang ramai but still tetap ada meja untuk kitaorang.

Of courselah order 

Mee Bandung

Sate

Inikan menu sarapan orang Muo hahahahhaa


Lepas lepak-lepak makan bermangkuk-mangkuk mee bandung dan sate kitorang terus jalan balik kampung.

Nampak pulak orang jual kupang, lokan, siput tepi jalan ni ek

Terus singgahlah

Sempat jugak singgah beli kupang kat area Parit Bunga, Muar ni.



Beli 5 kg


Sebab lama tak makan kan, kupang memang fresh ada saiz besar dan saiz kecil ermm terus je aku amik dua-dua saiz yang besar tuh untuk kitaorang buat BBQ pada malamnya dan yang saiz kecil tuh rebus dan buang kulit untuk di buat sambal tumis.

Ermm terangkat ooooo

Itu jelah citernye

Semuanya gara-gara teringin ek hehehhehehe

Korang dah pernah ke makan mee bandung Muar? ermm suka ke tak ek..