Thursday, March 24, 2016

Shopping Kain Pasang Di Pasar Mayestik, Jakarta Selatan

Hi Korang,


Sebab baru ada masa nak tulis pasal trip budget Jakarta 2016 tuh so aku sambung balik ek.

Hehehhehe perangai kan, kalau citer personal malas aku nak citer ni nak share dengan korang tempat shopping best di Jakarta ni so aku sambunggg..



Kawan aku ni si Elly dia bijak sket, sebab dia tau masa ktorang sampai Jakarta time peak hour so straight amik teksi bluebird ke Pasar Mayestik ni. Kan Jakarta ni terkenal dengan ‘macet’nye terlampau kan. Jadi kalau jem teruk sampai 3-4 jam tak delah duit tambang teksi ktorang melambung sebab dah bayar siap-siap di airport tadi. Ermm badan kecik otak kemain pandai ek..


Memang 1 jam lebih pun ktorang sampai Pasar Mayestik ni, as per expected. 

Di sebabkan tujuan trip ni untuk beli kain buat berniaga so tak delah aku merayap satu kawasan Pasar Mayestik ni, beso wei tempatnya. Yang dalam mall bertingkat-tingkat, kat luar-luar yang jual barang jahitan, yang tempat tukang jahit siap sehari lagi sangat sangat beso.





Ktorang ke tempat kain pasang yang beli berkodi-kodi tuh, budak Elly ni memang dah ada contact dengan kedai ni so kite terjah saje. Nama kedai jangan tanye aku sebab aku sendiri pun tak ingin apo nama ek. 

Sesampai je terus naik tingkat atas.







Tengok kain – kain yang baru sampai. Aku bukan pandai pun bab-bab kain so aku duduk tepi jadi tukang kira conversion budak berdua ni. Pilih-pilih kain then kira harga, itu jelah kejenya.


Itulah dia sampai pening-pening tengok kain tapi tak muntah ek sebab hajat nak beli tu kemain tinggi lagi tau.

Batangor - macam rojak jugak lah kalau kat Malaysia

sambal pedas Batangor tu kemain sedap betul


dah kul 3ptg cam tu makan nasi goreng seafood plak, banyak giler seafoodnya

Tapi yang seronoknya layanan mesra diorang kat sini, cakap je perut lapar terus je makanan sampai, tak kisahlah apa pun diorang bagi je makan. Ktorang kan duduk kat kedai ni dari kul 11pagi sampai pukul 5 petang so dapat 2 kali makan tau hehehhehe. Yelah dah beli berpuluh juta takkan belajar makan sepinggan dua tak boleh kan hahahahha ermm shopping kat Jakel pun diorang kasi air mineral je kan..



Jangan tak tau aku pun tershopping jugak, alah beli baju raya sedondon je dengan family aku coz ktorang raya Melaka tahun ni. So settle beli 5 pasang baju raya, kain latest trend total kena bayo IDR720,000 sajor. Kira murah gak la tu aku rasa, swipe sajor debit card. Luckily aku updatekan oversea service kan, jimat sket duit cash so boleh shopping tempat lain plak ek. Memang convenience guna Maybank debit card ni tapi make sure korang ada duit dalam tu la ek. 

Berakhirlah ½ hari pertama di Jakarta ni, shopping kain sajor. Kira banyaklah ktorang abis kat situ kalau di kira semua sekali kan hehhehehe tapi seronoknya kemain lagi

Korang kalau ada plan nak ke Jakarta untuk shopping meh masukkan itinerary ke Pasar Mayestik ni, duduk 1 hari kat sini pun tak per. Next time aku nak pi yang shopping mall di Pasar Mayestik ni pulak, dengan citer lagi banyak menda-menda menarik yang ada di jual di situ.

Ok nanti sambung citer lagi ek…

Kalau korang nak tau lebih details lagi, email aku ek..






Wednesday, March 23, 2016

PUPA MILANO DOT SHOCK Make UP Collection 2016, Belajar Simple MakeUp

Hi Korang,

Last week sempat kau hadiri media event anjuran SASA di Ioi City Mall Putrajaya.



Alah dekat dengan rumah so haruslah kena pi kan, tak pi kang rugi plak rasanya yelah sekangkang kera je dari rumah. Time kerja so tak delah ramai sangat orang pun kan.


Meh aku share sket mengenai PUPA MILANO ni ek





PUPA is fashion make-up, treatment products for face and body, bath and after bath products, fragrances, creative beauty kits.

PUPA, a woman, a thousand passions, her beauty…

The PUPA woman is perfectly aware, she can choose, she’s passionate and free, but loyal at the same time. She knows what she wants, and she knows how she wants to feel.. beautiful, first of all for herself.

PUPA has always been her world… today she is a grown-up woman and her brand is now ready to satisfy all her beauty needs: the most glamorous colour trends, research, innovation and guaranteed material quality, innovative formulas and exclusive patents, its excellent and unique price/quality relationship, the design and the state-of-the-art materials and lines, essences contained in exclusive, collectable objects. 

- Make-up
- Intensive Cosmetic Treatments for Face and Body
- Fragrances
- Bath and after bath lines of products
- Make-up kits

Pupa brand is owned by Micys Company, an Italian firm born in 1976. It exports its products in 70 countries all over the world.

Event yang sangat simple je tau.

Ms Grace, marketing manager for SASA Malaysia

Mr Giorgio Forgani, make up artist untuk Pupa Milano

A speech from Mr Giorgio Forgani selaku international make up artist untuk Pupa Milano. Nampak cam simple je orangnya tapi very impressive background.


So untuk musim Spring-Summer 2016 ni, Pupa Milano memperkenalkan warna-warna bagi make-up keluaran mereka berkonsepkanexpression of femininity: energetic and dynamic yang berbentuk geometrical dan di reka untuk super trendy graphic looks.


Kemudian Mr Giorgio menunjukkan make-up demo untuk Spring-Summer Collection ni, memang warnanya nampak macam vibrant, shocking dan segar je bila di pandang.


Di antara menjadi koleksi PUPA MILANO Spring-Summer 2016 adalah:-


DOT SHOCK EYESHADOW PALETTE 
is dedicated to the eyes and comes with 5, pure color eyeshadows, which have a satin and luminous finish.

VAMP! STYLO LINER 
to draw and define your gaze with a graphic touch and shocking colors.

DOT SHOCK BALMY GLOSS 
gives you an unexpected “tailor made shade”. 


DOT SHOCK BLUSH
The face is delicately tonalized thanks to the multicolor pearls 


MISS PUPA
Ultra bright lipstick


LASTING COLOR GEL 
Glass Effect Nail Polish

Of courselah ktorang berkesempatan untuk hand on sendiri produk-produk Pupa Milano ni kan. Aku pun tak lepaskan peluang, meh conteng mata hehehe jadilah dapat rasa guna VAMP Stylo Liner ni sedap gak wei, smooth je bila kena kat kawasan kelopak mata tuh.

Ermm nanti bila dah pakai, aku citer kat korang kehebatan make up Pupa Milano ni ek...


Tuesday, March 22, 2016

SimplySiti - Rahsia Kejelitaan Dato' Siti

Hi Korang,

Ada rahsia yang aku nak share dengan korang mengenai Dato’ Siti Nurhaliza yang aku rasa ramai tak tau kan

Umum mengetahui bahawa Dato’ Siti Nurhaliza sememangnya terkenal dengan kecantikan yang asli dan penampilan yang muda walaupun umur beliau telah mencecah 37 tahun. Selain sering tersenyum dan mengamalkan gaya hidup yang positif, Dato’ Siti juga turut berkongsi rahsia kejelitaan beliau bersama para peminat dengan mengeluarkan produk kecantikan beliau sendiri iaitu – SimplySiti.


Diformulasikan dengan menggunakan teknologi Korea, Dato’ Siti Nurhaliza begitu komited dengan penghasilan produk-produk agar ia dapat memenuhi kehendak para pengguna. Selain menggunakan sendiri kesemua produk keluaran beliau, Dato’ Siti juga amat menitikberatkan setiap maklum balas pengguna demi meningkatkan mutu kualiti produk yang dihasilkan. 


Sehingga kini, SimplySiti mempunyai jumlah pengguna yang semakin ramai dan ia berdiri setanding jenama-jenama antarabangsa yang lain. Apa yang menarik mengenai produk penjagaan ini adalah penggunaan bahan-bahan yang dijamin halal dan selamat digunakan oleh semua jenis kulit. Ia tidak berbahaya malah boleh digunakan pada kulit yang bermasalah. 


Bukan itu sahaja, SimplySiti juga turut membawakan produk kosmetik yang boleh anda temui dalam aneka pilihan koleksi. Dato’ Siti menawarkan rangkaian produk kosmetik SimplySiti bagi mereka yang gemarkan warna-warna rich (gold), ada juga set kosmetik untuk golongan remaja (My First Make Up) dan banyak lagi. Ini menunjukkan bahawa Dato’ Siti amat memahami kehendak para wanita dalam ingin tampil jelita dan kekal cantik!