Thursday, August 13, 2015

Melepak Dengan #BloggerKakiMakan di Nando’s AVENUE K

Hi Korang,

Aku kalau ada free time memang pi lepak dengan bebudak #BloggerKakiMakan ni ek.

Alah sesaje catch-up dengan perkembangan diorang kan, yelah memasing sibuk dengan aktiviti berblogging, #projek2015 kan, so inilah masanya


Kitorang saje pilih lepak-lepak kat Avenue K, of courselah restoran Nandos sebab teringin nak makan ayam katanya. So lepas keja, terus je berdesut ke mari ek.

Lately ni aku perasan restoran Nando’s ni makin lama makin cantik lagi unik

bahagian dapur yang cantik dan kemas tersusun

luaskan kawasan restoran di Avenue K ni

dengan budak waitress ni pun diorang duk kacau

tempat sos-sos yang cantik

yang ni sebelah depan plak, ramai kan orang

meja ni cun kalau duk dating berdua, romantik gituh

meja beso untuk yang datang reramai kan

pantang nampak cermin, terus nak selfie

MENU MAKAN MALAM NANDOS AVENUE K

Macam biasa, order ayam lah.

1/2 Chicken with 2 side dish. Ini hidangan diet katanya

Hot Chicken Wings with 2 side dish

1/2 Chicken with single side dish

Chicken Pita with 2 side dish

Tapi memacam ada gak menu lain yang ktorang order gak.

Chicken soup with garlic bread

Fries hidang panas-panas memang sedap ooo

Chicken Livers and Portuguese Roll

First time nampak gambar menu ni then Mr Big suruh order sebab nampak tempting sajor kan. Amik ko bila makan, ermm pedas-pedas sedap. Di makan sekali pulak dengan roti ala-ala Bengali ni memang terangkat.





Tengoklah diorang ni bile lepas makan terus je sambung mengupdate social media memasing, sangat-sangat social influencer tau.

wajib bergambo dengan diorang ni kan, maklumlah food blogger Malaysia yang tengah TOP sekarang ni. 

Korang kalau nak cuba makan di restoran Nando's kat Avenue K ni bolehlah kemari ek


Lot G-10, Ground Floor,
156 Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur
(03) 2181 1910

Dah, jom pi makan ek...


Wednesday, August 12, 2015

REVIEW | SKINSOUL Ultra Soft Facial Towelettes / Clinical Wipes

Hi Korang,

Panjang pulak nama makeup remover wipes ni kan.

Keluaran daripada jenama SKINSOUL, keluaran antarabangsa yang mula berkembang di Malaysia.


Kita ni orang pompuan kalau bab makeup memang no. 1 kan, champion! Nak warna gelap, nak mancungkan hidung, nak pipi cam telur bebagai lagi kan tapi bersihkan makeup? Terrer ke korang ek.

Setakat basuh muka dengan air dan pencuci muka tu ok lagi, tapi tahap kebersihan tuh korang sure ke, yelah kotoran celah-celah hidung ke, kat pori-pori jerawat tu ke, kita tak nampak kan. Kang kuar pulak jerawat banyak kan muka yang comey lote tuh.


Aku dapat cuba product daripada Skin Soul iaitu Ultra Soft Facial Towelettes / Clinical Wipes yang merupakan makeup remover dalam bentuk wipes or tisu lembap. Ianya 100% Paraben-Free dan tidak ada campuran chemical langsung kerana mereka menggunakan daun Ashitaba sebagai bahan utama yang merupakan pengawet semulajadi yang selamat dan sesuai untuk semua jenis kulit muka.

SkinSoul Ultra Soft Facial Towelettes atau Clinical Wipes yang diformulasikan dari Swiss Glacier Water dengan 4.3.3 iaitu :
[4] Essential Oils

[3] Antioxidants

[3] Hdrating & Soothing Ingredients

bukak dulu covernya

hah tarik satu per satu, jangan tamak

hah nampak suci murni je, ko tunggu jap lagi ek

Antara kebaikan SkinSoul Ultra Soft Facial Towelettes:

1.Tidak mengandungi bahan sintetik seperti pewangi, pewarna dan bahan kimia merbahaya, Paraben dan lanolin!

2.Boleh menghilangkan makeup termasuklah yang kalis air dengan mudah disamping menyegarkan kulit anda

3.Mengandungi antioxidant

4.Melembap dan melembutkan kulit anda

5.Tidak meninggalkan “makeup residues” yang boleh menutup liang pori anda

6.Sesuai untuk semua jenis kulit

Ok ok jom cuba ek!

ikut suka korang nak start dari mana, aku start daripada T-Zone sebab situ banyak minyak bertakung kan

Tapi janganlah sental kuat sangat, kang makin besar pulak pori-pori liang roma muka tu kan.

nampak muka ada senyum gituh...

nampak tak kedakian yang terserlah

Memang muka nampak bersih dan bila rasa kat pipi wah kemain lembut je. Terpancar nur kebersihannya huahaua, eh betul la tak tipu pun.

Pada korang yang berminat untuk mendapatkan SkinSoul Ultra Soft Facial Towelettes atau Clinical Wipes, boleh kunjungi cawangan SkinSoul berhampiran dengan harga RM53.00 / 60 helaian sepeket...

Bagi aku itu penjimatan hebat tuh!


Jangan lupa tebus code #SSLILY dengan pembelian RM100 dalam single receipt dan berpeluang untuk mendapat travel set worth RM100 for free!

Jom singgah ke:-

SkinSoul Boutique 
Level LG077 
Mid Valley Shopping Mall

Website

Facebook



Tuesday, August 11, 2015

Trafik Blog Merudum, Bahaya Ni

Hi Korang,

Lately ni aku perhatikan je Google Analytics aku ni kan. 

Naik turun naik turun ishkk sebab apalah jadi cam ni ek. Ko rasa!! aku tak risau ke, of courselah risau wei. Walaupun blog simple-simple ni tapi aku sayang tau hueahuhauahuahauhau..

ini trafik light la bukan trafik blog

Ermm meh kita kaji sket punca trafik blog merudum ek!

1. Jarang update
Lately ni memang aku super duper busy manjang. Hidup sebagai seorang traveller, weekend wife sangat memenatkan oooo. Most of the time, masa kat atas jalan raya, dalam kapal terbang, dalam airport kan huahauhauhua. Nak buat cam ne keje dah namanya.

2. Banyak kesalahan atau eror di google webmaster tools
Mungkin aku rasa banyak eror, macam Structured data (missing author,missing update), HTML Improvements (Duplicate meta descriptions, Duplicate title tags), Crawl errors (Page not found/error 404), Security Issues (Malware di browser). Aku manelah belajar menda ni semua, so kena start google semua ni.

3. Meletakkan Kata Kunci 'KEYWORD' Yang Tidak Bersesuaian
Menuliskan kata kunci yang berulang ulang dan meletakkan dalam posting tanpa di imbangi kosa kata yang relevan,Hal ini akan di anggap oleh spam oleh google,risiko terburuk adalah artikel anda akan de-index (tidak terindex oleh google). Maybe kot masa buat advertorial kan, kita kena letak keyword menarik untuk SEO ni. Itu yang aku rasa salah kot.

4. Banyak Komen SPAM
Jangan bangga dengan banyaknya komentar pada blog korang, yang menautkan link sembarangan, Ini salah satu faktor penyebab menurunnya jumlah pengunjung,sekali lagi google sangat tidak menyukai spam,so buatlah moderation kat dalam komen blog korang. Ok ok double check on this.

5. Blog Kurang Promosi
Faktor lain adalah promosi blog korang,baik secara online dan offline. Ini memang betul, aku langsung tak pernah nak promosi atau post link kat memana FB page groups dan itu aku rasa punca trafik blog merudum tuh. Kekadang reply komen pun tidak. Bukan apa, masa tak de wei... huahuahauhau

trafik blog merudum tak tentu hala

Hah amik ko 5 kajian yang dapat aku simpulkan daripada kes trafik blog merudum ni. So lepas ni kena kuatkan semangat untuk rajin, rajin dan lebih rajin mengupdate dan datang komen kat blog orang lain. 

Korang pun ada kena macam aku ni gak tak? lebih-lebih lagi lepas raya ni kan. argghh semuanya berattt..

Info & Photos: credit to google.com