Friday, July 31, 2015

Nak Tangkap Superhero Effortless Untuk Menang Hadiah

Hi Korang,

Walaupun aku ni duduk sementara nun jauh di sinun JB ni, tapi aku dengar-dengar ada Superhero yang duk merayau-rayau di sekitar Kuala Lumpur tu kan. Eh tak terbang pun sebab dia nakberselfie dengan orang-orang yang lalu lalang depan dia

Hahahahahha kelakar kan…


Wei seriuslah, korang ingat aku memain ke! Itulah orang cakap bebetul dia fikir lain pulak kan. 

Sebenarnya wujudnya Superhero Effortless ni adalah untuk promosi online shopping di LAZADA.


Contest ini bertujuan untuk mempromosikan The Big Effortless Shopping Sale yang sedang berlaku di Lazada. Pelbagai barangan yang dijual dengan harga super sale!! 

Korang boleh check link ini: 


Contest Pertama ­Hadiah RM100 shopping voucher untuk 2 pemenang setiap hari :

1) Selfie bersama EffortlessMan (hint: beliau akan berada di sekitar KL atau ketahui update di Facebook Page/Instagram Lazada tentang lokasi EffortlessMan).
2) Kemudian upload gambar selfie korang di Facebook berserta hashtag #EffortlessManHunt dan #LazadaMalaysia.
3) Simple! Pemenang dipilih berdasarkan kreativiti masing-­masing

Contest Kedua­ Hadiah RM100 shopping voucher untuk 3 pemenang setiap hari :

1) Tinggalkan komen di laman web Lazada.
2) Teka dimana tempat seterusnya EffortlessMan akan pergi.
3) Siapa dapat teka betul atau paling hampir dengan lokasi sebenar berpeluang untuk menang.

Senang je kan?

Itulah…


Tak yah nak susah payah beli setem, beratur kat pejabat pos nak join contest ni kan. Untuk maklumat lanjut, korang boleh check Instagram, Facebook dan Twitter Lazada Malaysia. 


So apa tunggu lagi, jom cepat pi cari Superhero Effortless ni kan. Untung-untung boleh selfie sesame then terus menang shopping voucher ek! Agak-agak korang dekat mana dia ada? Ermm tengok je hint kat facebook page Lazada. hehehe

Thursday, July 30, 2015

REVIEW | EPHYRA SKIN BAR

Hi Korang,


First time in my life pencuci muka dalam bentuk sabun buku.

Wah sabun buku gituh, macam orang kampong panggil kan. Kalau dah orang kampong tuh tetap orang kampong gak kan. Itulah saya ek.


Sebelum ni aku memang pengguna minuman kesihatan Ephyra tu kan, so why not aku cuba Ephyra Skin Bar pulak kan.


Ephyra Skin Bar ni diformulasi dari 100% bahan semula jadi tanpa bahan kimia terlarang yang memudaratkan dan ia selamat dan sesuai untuk semua jenis kulit lelaki dan wanita pada semua peringkat umur. Yang best tuh, bukan sahaja dapat digunakan pada muka tapi pada seluruh terutama sekali bahagian yang bermasalah macam jerawat belakang badan, kudis-kudis di kaki, alergik, gatal-gatal dan memacam lagi lah.


Ok aku sambung citer lagi mengenai kelebihan Ephyra Skin Bar 

Ciri-ciri antioksida
Apabila sabun yang mengandungi ciri-ciri antioksida, ia benar-benar boleh memberikan kesan yang baik pada kulit anda. Ia dapat membuang racun yang dihasilkan oleh badan dan melindungi kulit anda dari kerosakan yang sedia ada dan selanjutnya. 

Ciri-ciri anti-penuaan
Pengggunaan Ephyra Skin Bar secara konsisten dapat merangsang pembentukan kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan serta kehalusan kulit (anti aging & anti wrinkle / kerut) 

Sebagai antioksidan kuat
Melindungi kulit terhadap pengaruh negatif faktor luar seperti pencemaran, matahari, iklim, asap rokok dan sebagainya. 

Pencerahan Kulit
Tidak semua sabun dapat mencerahkan kulit anda. Ada yang tidak boleh benar-benar memberikan hasil yang anda harapkan. Tetapi dengan Ephyra Skin Bar, dapat dilihat kecerahan kulit yang mengagumkan tanpa pengelupasan kulit, dan selamat digunakan. 

Glutathione
bertindak menghalang pengeluaran melanin dalam kulit anda sehingga memberikan efek lutsinar dan kulit anda bercahaya semula jadi dan berseri-seri. Selain daripada itu semua, ia tidak hanya berfungsi sebagai sabun pemutih tetapi produk penjagaan kulit lengkap yang menghilangkan masalah kulit untuk semua lelaki mahupun wanita. 


La boleh pulak korang tanye aku cam ne nak guna?

Ishk sama je guna macam sabun pencuci muka yang biasa tuhlah. Gunakan 2 kali seharian, jangan sebab nak cantik lekas guna banyak kali pulak. Kang rosak pulak kulit yang baru nak cantik gebu putih melepak tu kan.

guna iphone sajor senang kan

aku nak hilangkan tanda yang merah tu lah, mesti kena ambil masa sket kan

nampak bersih kan,ni betul lepas cuci muka tadi

Aku baru guna tak sampai seminggu, so far kulit muka rasa bersih dan dah mula kulit muka nampak cerah. Agaknya kalau sebulan fuhh confirm cantik macam owner Ephyra ni kan huahauhaua

Tengok ni,


Beberapa testimoni para pengguna Ephyra Skin Bar. Eh artis pun guna jugaklah kan


Untuk info lanjut pasal Ephyra Skin Bar ni, korang boleh check it out di

Instagram :

Website :

Facebook :

Wednesday, July 29, 2015

Beraya Di Nandos Sunway Putra Mall Bersama #BloggerKakiMakan

Hi Korang,

Raya-raya pun sibuk nak pi makan ayam lagi kan.

nampak Shakiddo menyelit kat belakang kan..

Eh ayam Nandos tuh, mana boleh jemu wei hehehehehhehe

menunggu diorang ni sampai sempat aku shopping beg laptop kan

kali ni sohoque banjer plak huahauhau

Ktorang dengan bebudak #BloggerKakiMakan ke outlet Nandos di Sunway Putra Mall, alah berhadapan dengan PWTC tuh. Dulu shopping tu nama The Mall, sekarang dah tukar lah maybe management baru kan. Senang nau nak pi, ikut sign PWTC so sampailah kat shopping mall ni.


Outlet yang baru ni terletak di level Ground Floor, turun je daripada ecsalator bahagian tengah tuh, tinjau ke kiri nampaklah restoran Nandos ni.






Not bad juga deco restoran ni, kemain unik lagi. Kira macam esklusif gituh. Tengok ni

Kan! cantik kan!

menu kecik yang ada semua gambar menu makanan kan

soft drinks, free refill ek

Sebab hari tuh ktorang dah cuba makan Ramadan Platter, now tukar selera lah sket. So memasing pun ikut tekak memasing time mengorder makanan. Yang best tuh, nama makanan kan ala-ala latin sket so blur-blur nasib baik adik waitress tuh tunjukkan gambar so barulah senang nak order.

Chicken Soup - roti macam butterfly kan

Grilled Chicken Wrap dengan 2 side dish

Angry Mango Wrap with 1 side dish

Espetada Carnival with 2 side dish

Grilled Chicken Burger with 2 side dish

Butterfly Burger with 1 side dish

Chicken Wings with 2 side dish

Grilled Chicken Cataplana



Tengoklah sekali makanan sampai, rasa cam juling bijik mata tak tau nak makan mane satu. Hehehehhe

semua sos mesti kena ada kan


Bila time makan tuh, kemain senyap memasing makan. Begitu tekun sekali tanpa pandang kiri kanan huahauhau. Dah kenyang tuh, barulah memasing buka mulut balik sambung bercakap.

sebelum makan, mesti kena amik gambo dulu huahauhau

Korang kalau tup-tup terpacul kat area PWTC ni then tak tau nak makan apa, mai la singgah ke sini ek.

Restoran Nando's
Lot LG 24, Sunway Putra Mall, 
Kuala Lumpur

Phone:03-4050 1852
Hours: 10:00 am – 10:00 pm

Just check it out di nandos.com.my untuk keterangan lanjut ek.