Sunday, November 23, 2014

Serum Kecantikan CLARISSA Skincare

Hi Korang,

Hujung-hujung minggu ni meh Cik Lily Putih nak citer mengenai produk kecantikan CLARISSA ni

Memang betul payah nak menjaga muka yang berminyak, kering dan sensitif ni, sebab aku sendiri merasai menda-menda cam ni. Bila dah geram sangat nak jerawat tu keluar, rasa macam nak picit-picit je nanah tu keluar kan. Ermm sudahlah berparut muka yang sedia ada tak cantik tu kan. Dah plak nak cari solution mengenai cara hilangkan parut jerawat.

Jadi CLARISSA BEAUTY ada penyelesaian untuk kulit muka bermasalah macam korang dan aku jugak lah kan.


Inilah dia set skincare CLARISSA

Skincare Set CLARISSA ni merupakan produk berkombinasi sempurna untuk penjagaan kulit. Ada 2 produk je di dalam set ini iaitu


Pencuci Muka Magic Clarissa-30ml 
Serum Muka Magic Clarissa-15ml 

Bahan-bahan terkandung di dalam produk ini adalah, Dua stemcell iaitu Apple stemcell dan anggur stemcell, Vitamin C,Butylene Glycol,Cocos Nucifera,Glycerin Stearate,Seed dan Root Extract, Chammomile,Caffeine,Sodium Laureth-sulfate.

Ianya di syorkan kepada mereka yang mempunyai kulit kering, berminyak macam aku dan sensitif. 

Ini plak di antara kesan-kesan penggunaan serum kecantikan muka CLARISSA ni ek

-Merawat jeragat dan jerawat

-Merawat bintik2 hitam

-Mengecilkan liang pori

-Mencerahkan kulit tanpa kesan sampingan

-Mengurangkan lingkaran gelap bawah mata

-Mengurangkan kedutan

-Melambatkan pembentukan garis-garis halus di muka

-Merawat luka jerawat

-Memudarkan parut

-Mencegah kesan buruk Sinar UV 

-Menglowingkan kulit muka

-Anti penuaan dan anti kedutan

-Wajah lebih segar berseri

-Memulihkan kulit rosak berparut dan kusam


Meh tengok cara nak gunakan set CLARISSA skincare ni.

1.Cuci Muka guna Face Wash Clarissa
2.Lap muka dengan kain bersih
3.Sapu sedikit sahaja serum pada muka.
4.Selepas sapu serum,boleh pakai krim siang/malam atau makeup base seperti biasa


Ni ada beberapa testimoni daripada mereka yang sudah menggunakan serum untuk jerawat CLARISSA ni ek. 









Apa macam? suker lah tu kan..

So produk hilangkan jerawat dan parut ni berharga RM 139.00 (SEM) / RM 149.00 (SS) 

Kalau nak order, boleh hubungi mengenai telefon/ sms / WhatsApp ke 019-772 7572 / 013-715 7572


Kalau tak pun boleh hubungi STOKIST SAH di blog www.nadiasecreto.com dan Instagram @naddyshaira

Agen dan dropship seluruh negara diperlukan dengan modal terendah!

Apa lagi, meh jangan lepaskan peluang. Mau tau untung-untung kulit muka akan kembali bersih dan cantik kan.

Friday, November 21, 2014

Jom Ke Bazaar Le Marché de Noël, CARCOSA Seri Negara & Hadiah Menarik Menanti Korang

Hi Korang,

baca sampai abis untuk sertai giveaway tau!


Sekarang ni, kan dah dekat dengan bulan Disember kan


So Christmas is coming, yeah.. walaupun kita ni tak menyambut, tapi kemeriahan di Malaysia ni tetap terasa. Sana sini shopping complex sibuk dah gantung sana-sini deko untuk Krismas kan. Office aku ni lagi lah, keje dengan orang German ni ikutlah adat diorang. Tak lama lagi, adalah pokok yang siap berlampu-lampu dengan pintu office ni.


Bagi mereka yang menyambutnya ermm dah sibuk dah cari barang-barang untuk di hadiahkan pada yang tersayang, dah cara diorang cam tuh. Bertukar-tukar hadiah…

By the way, kalau tak tau apa lagi nak dihadiahkan pada yang tersayang, korang boleh ke Le Marché de Noël iaitu Bazaar Amal Perancis yang di adakan setiap tahun.


Lebih 50 gerai yang mengambil bahagian di dalam Bazaar ini yang menjual produk-produk buatan tangan seperti, baju kanak-kanak, wanita, aksesori unik, makanan tradisional Perancis, boleh minum-minum kopi sambil di dendangkan dengan alunan lagu-lagu tradisional Krismas Perancis. 

Ermm bestnya


Ini merupakan tahun keempat Bazaar Le Marché de Noël dan Parti Amal Krismas anjuran sekumpulan like-minded wanita Perancis yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur ini. Segala hasil amal kutipan akan disalurkan kepada badan kebajikan yang terpilih.

Pada tahun ini, acara amal yang bertujuan untuk mengumpul dana sebanyak RM130,000 untuk Make-A-Wish Malaysia dan A- Heart for A-Heart Programme (oleh Gleneagles Kuala Lumpur). Tahun lalu, anak-anak menderita kanser tulang, kanser ovari, dan leukemia limfoblastik akut dan osteosarkoma dibantu dengan memenuhi kehendak mereka dan pembedahan jantung disokong untuk mereka yang bertuah ini.

Le Marché de Noël berharap dapat membawa kegembiraan kepada anak-anak dan keluarga mereka dengan menyumbang ke arah penjagaan perubatan mereka atau dengan menunaikan hasrat- hasrat Krismas mereka. Ahli-ahli jawatankuasa, Barbara Bersano-Bosc, Elodie Michel, Flavie Causse-Ozair, Nadege Lubrano, Sandra Cociella dan Zou Little, akan sedaya upaya membantu mereka-mereka insan yang teristimewa ini.

Korang yang excited nak pi, ermm ini aku kasi details ek


Le Marché de Noël 

Venue: 
Carcosa Seri Negara 

Date: 
4 December 2014 

Time: 
Christmas Bazaar: 10:00 am - 5:00 pm 
French Christmas Party: 7:30pm - late 

Ticket Price: 
Christmas Bazaar: RM20 per person pre-sale and at the door 
French Christmas Party: RM150 per person with advance purchase 

Where to buy tickets: 

1. Gadis Manis, Publika 
2. Lycee Francais de Kuala Lumpur 
3. French Association of Malaysia 
4. Selected international schools 


Ok ada berita baik untuk korang,

Team Bazaar Le Marché de Noël bermurah hati untuk hadiah kat pembaca setia blog www.ciklilyputih.com ni. 

Eleh sukar lah tuh.

Korang kena jawab 2 soalan dan 1 slogan kreatif mengenai bazaar ni tau.

Soalan 1 : 
Bila tarikh Bazaar Le Marché de Noël akan di adakan ?

Soalan 2 : 
Dimanakah lokasi Bazaar Le Marché de Noël ni ?

Slogan kreatif, lengkapkan ayat ini.

Saya teringin ke Bazaar Le Marché de Noël kerana_______________ (ikut kreativiti koranglah dan yang penting meletopss)

Just jawab di ruangan komen ni ek dengan details seperti:

Nama :
Email : 

So senang sket aku nak contact korang nanti.

Hadiahnya adalah :

Pemenang Pertama : 
1 Melvita hamper worth RM250
Pemenang Kedua : 
 1 Sothys Voucher worth RM50
Pemenang Ketiga : 
 1 Melvita Voucher worth RM20

Itu sahaja


Untuk details lebih lanjut mengenai Bazaar Le Marché de Noël, korang boleh log in ke 


ataupun 

Facebook page https://www.facebook.com/leMarchedeNoel.


Telefon : Barbara Bersano-Bosc 017-351-4871 or Flavie Causse 012-6823-411 

So cepatlah jawab ek..


Jangan Berkira Ek

Hi Korang,

Quick update di pagi jumaat yang indah ni.


Di petik dari blog http://namio-oo.blogspot.com/2012/06/11-berkira-dengan-ibu-bapa.html. Terima kasih daun keladi kat tuan punye entry ek.

Hah, betul kan kata-kata ni kan

Itulah, bila ada rezeki tuh kongsi-kongsilah dengan yang tersayang. Tak kira ibu, bapa, abang, adik, kakak, atuk, nenek, makcik, pakcik, sedara-mara, kengkawan, jiran sebelah kan. 

Bukan apa,

Tangan yang memberi tuh, lebih baik daripada tangan yang menerima. Lagi banyak memberi, lagi banyak rezeki yang masuk kan.

Ok da....