Monday, August 6, 2012

Terglamour Sekejap Dalam Majalah Jelita


Hi Korang,

Ingat tak aku pi event masak-masak kentang hari tuh? Ye masak kentang memacam tuh. Terlupa? Nah klik kat sini ek untuk flashback balik.

Tetiba plak minggu lepas, Kak Ina KL bagitau yang ktorg terglamer dalam majalah Jelita bulan Ogos ni. Apa lagi cepat-cepat pergi ke newsstand cari majalah Jelita tu kan. Banyak tempat pergi rata-rata dah abis. Aduiyai melepaslah nak tengok gambar tu kan.

Then semalam masa kuar nak pi bazaar ramadhan mahal yang area Bangi ni, ternampak satu book store yang kecil je kat tepi jalan ni. Apalagi suruh Mr Big berhenti kejap kan.

Cari-cari pun cari ada. Terus flip over every page, yelah takut salah beli plak kan.  Hah ko ade, terus bayar.


Tak sempat-sempat dalam kereta juga aku cari. Memang pun ado muka aku dengan Mr Big terpampang kan. Tak de lah besar tapi memang orang boleh cam lah. Ktorg duk panggil depan sekali. Memang tengah seronok time tuh mendengar celoteh Dr Shahrin time tuh.

Anyway terima kasih kat majalah Jelita yang sudi menjemput ktorg berdua ke event masak-masak ni. Eh tak lupa juga kat Ayu Rafikah dan Kak Ina KL yang jadi geng masa event ni kan.



Sunday, August 5, 2012

Jemputan Menyaksikan Pertandingan 'LIVE' Badminton Olimpik Akhir

Hi Korang,

Ramai yang tahu hari ini adalah penentuan akhir samada negara kita berjaya mendapatkan pingkat emas yang pertama bagi sukan olimpik di London dalam acara badminton perseorangan.


Perlawanan di antara musuh tradisi dunia Datuk Lee Chong Wei dan Lin Dan dari negara China. Mesti sengit lah nanti agaknya.


Yang best tu aku dapat 2 jemputan untuk menyaksikan pertandingan akhir ni secara LIVE di 2 tempat. Satunya di Laundry Bar, The Curve dan satu lagi di Tapas, Micasa Hotel KL. 

Kedua-dua jemputan tu dari company yang selalu aku deal dalam projek blog aku ni.

Ishkk pening aku dibuatnya, dua-dua offer menarik dan lagi plak aku baik dengan mereka ni. 

Ermm payah cam ni ek, ditelan mati bapak di luah mati mak..

Korang rasa cam ne ek? ermmm

p/s : Hopefully Datuk Lee Chong Wei menangla ye. Dapat jugak tengok nama Malaysia ada dalam carta pingat Olimpik 2012 tu  ek


Saturday, August 4, 2012

Premiere Screening Of Step UP Revolution

Hi Korang,

Last week aku dapat jemputan ke premiere screening filem Step Up Revolution di Cathay Cineplex kat The Curve Mutiara Damansara. Lama tak pi tengok wayang free ni. Best

Tak ramai yang aku kenal masa beratur amik tiket, majoriti cam blogger baru je.

Ok dah, jom layan sinopsis filem Step Up Revolution ni


The Mob sets the dancing against the vibrant backdrop of Miami. Emily arrives in Miami with aspirations of becoming a professional dancer and soon falls in love with Sean, a young man who leads a dance crew in elaborate, cutting-edge flash mobs, called "The Mob". When a wealthy business man threatens to develop The Mob's historic neighborhood and displace thousands-of people, Emily must work together with Sean and The Mob to turn their performance art into protest art, and risk losing their dreams to fight for a greater cause.

Bagi Aku :


Macam tengok filem muzikal je, mostly pasal flash mob dan tarian je. Jalan cerita mudah nak paham. Percintaan anak muda masa kini yang berlainan darjat. Satu kaya satu miskin yang akhirnya... jeng jeng jeng...

Pi tengok nanti kat wayang ek, kang kalau aku citer dah tak best plak kan.






Heronya sangat hensem dan heroin pun boleh tahan cantik jugak. Dari segi tarian memang terbaik lah, sangat cantik dan sangat smooth. Sampai step yang di kareograph tu tak terfikir dek akal. Best lah

Cam biasa Mr Big kat 4/5 star. Okla tu kan.



By the way, thanks to Nuffnang yang sudi menjemput ktorg ke premiere screening ni. Eh, bukan setakat tengok wayang FREE malah dapat juga merchandise filem ni kan.