Thursday, May 31, 2012

Lunch @ Thai Up! Restaurant Mines Shopping Fair


Hi Korang,

Aku ni jarang tengahari pekena makanan thai kan. Selalunya nasi campur yang aku sebat dulu coz pelbagai choice dan murah plak tuh. Di sebabkan hari tuh aku nak pi beli micro simcard untk Samsung SIII aku ni kan, so singgahlah makan kat restoran Thai Up! kat new wings dalam Mines Shopping Centre ni.



Ala makan pun simple-simple je coz nak kejar masa kan. So ktorg makan


Glass noodles Tomyam
Mee soo hoon tu dimasak sekali dengan tomyam ni. Kuahnya sedap tak lebih dan tak kurang limaunya. Tak delah banyak sangat bawang dan serai kan


Thai Fried Rice
Alah macam makan nasi goreng tomyam. Tengok gak kecik but nasi goring punya portion banyak oo. Ayam gorengnya ranggup. Sausage tu aku makan sket je.


Fried Squid With Curry Leaves
Ini sedap sebab selain dari sotong korang leh makan, daun karinya pun crunchy jugak, kunyah cam keropok je.


Jasmine Tea
Haruslah rasa bunga jasmine tak kan rasa bunga ros plak. Aku mintak yang sejuk

Okla sesuai dengan tekak aku. Tak pedas sangat pun. Sesedap rasa. Service pun cepat. Kedai pun bersih. Nyaman je mata memandanglah.

Nak pergi ke sini


Thai Up Restaurant
3th Floor, New Wings (sebelah bread story bakery)
Mines Shopping Fair, Seri Kembangan

HarGa tak de lah maHal mana pun. Ok ok je. Sesuai denGan apa yanG di tawarkan

Jom koranG sinGGaH ke sini ek




REVIEW : Samsung Galaxy SIII Boleh Rekod Lagu Dan Borak Dengan Aplikasi S


Hi Korang,

Samsung lagi pasal Samsung Galaxy SIII ni. Ada satu function baru lagi yang aku baru discover. Ye betul, semalam aku baru tau ek setelah hampir godek2  2-3 hari lepas kan.


Aku saje nak dengar radio thru FM Radio function dia. Memang best sound system dia sesuailah dengan saiz smartphone ni jugak kan. Searchlah station radio yang aku minat. Semua aku letak.


Tup-tup tertekan satu button merah kat sebelah kira atas ni. Sekali keluar macam recording punya button. So selamba je lah aku tekan record.  Hah ko memang boleh record pun.


Jadi segala jenis lagu yang korang rasa suka nak dengar kat radio tuh, ce cepat tekan button record ye. Bila dengar balik apa yang di record ermm sama sebijik lah.


Ini yang tambahkan lagi mood aku nak beli Samsung Galaxy SIII ni kan. Apa yang aku nak guna semua ada dalam ni.

REVIEW : Samsung Galaxy SIII, Applikasi Unik Bermula Dengan S

Ada satu lagi yang aku rasa unik mengenai gadget terbaru dari Samsung ni iaitu aplikasinya yang bermula dengan huruf S. Ye S, of courselah S for Samsung or Smart kan.

Ada 4 aplikasi iaitu S Memo, S Planner, S Suggest dan S Voice


S Memo
Membolehkan kita membuat menulis memo dengan menggunakan tangan (handwriting). Selain dari pada menulis boleh jugak melukis, mewarna dan memacam lagi lah


S Planner
Yang ni semua orang tau kot, ianya seakan diary harian. Boleh masukkan segala info macam meeting kul berapa kat mana, dating dengan sapa, ada event apa, gathering date ikut suka korang lah nak tulis apa kan.


S Suggest
Kat sini  S suggest ni menyarankan kita aplikasi mana yang best, seronok, berinformasi untuk kita download. Ikut kategori yang korang suka then download. Macam aku, aku dah download game Fruit Ninja dan Talking Tom. Alah sesuka je.


S Voice
Aps ni membolehkan kita bercakap dengan Galaxy SIII ni. Boleh tanya dia apa je pasal smartphone ni or ikut suka korang yang relevan lah kan. Mesti dalam precise English ye not manglish or singlish or english rojak kan. Haruslah dia tak boleh nak jawab.

Ini yang tambahkan lagi mood aku nak beli Samsung Galaxy SIII ni kan. Apa yang aku nak guna semua ada dalam ni.

Ok ada last part laGi so stay tune




Sinopsis Filem Man Sewel Datang KL

Hi KoranG,

Sinopsis Filem Man Sewel Datang KL | Osman/Man, pemuda yang berperwatakan gila-gila datang ke Kuala Lumpur dan tinggal bersama rakan sekampungnya, Salim. Salim banyak mempengaruhi Man tentang kehidupan di ibu kota. Menerusi Salim juga, Man berkenalan dengan Nadia, seorang bekas model.




Man tenggelam dalam jerat cinta Nadia, segala kemahuan Nadia diturutkan dan dia sanggup berhabis wang ringgit memenuhi kehidupan Nadia yang serba mewah itu. Bagaimanapun Man akhirnya menyedari sesuatu yang tidak kena apabila Nadia meminta wang sebanyak RM250,000 untuk dijadikan modal perniagaan.




Dalam masa yang sama, Man tidak lagi mendapat bantuan kewangan dari ibunya di kampung menyebabkan beliau terpaksa berdikari untuk meneruskan kehidupan di Kuala Lumpur. Man kemudiannya pulang ke kampung untuk menemui ibunya dan kekasih hatinya Siti Khadijah yang telah lama ditinggalkan. Malangnya Siti Khadijah telah menjadi milik orang kerana Man memungkiri janji cinta mereka dahulu.



Sekembalinya Man ke Kuala Lumpur, Man mengenali pula seorang gadis, Salbiah yang menjadi mangsa ragut. Mereka berdua menjadi sahabat yang saling membantu.




Suatu hari Man terserempak dengan Leman, orang kampungnya yang mengusahakan kedai makan di Kuala Lumpur. Leman menasihati Man agar berwaspada dengan Salim kerana dikhuatiri Salim terbabit dalam kegiatan jenayah. Bagaimana Man mahu berhadapan dengan Salim? Adakah benar tuduhan yang dilemparkan kepada Salim? Saksikan hero sewel ini yang cuba menyelongkar kebenaran yang tersembunyi dengan cara gila-gilanya.
TRAILER FILEM MAN SEWEL DATANG KL

Barisan Pelakon Man Sewel Datang KL | Shuib Sepah, Siti Sarah Raisudin, Julia Ziegler, Razali Hussain, Rafidah Ibrahim, Rosnah Mat Aris, Zaibo, Rosli Rahman Adam & Chef Yang Jamil.