Tuesday, August 16, 2011

Best jugak Dapat Join Milk A Deal Affiliate Ni


Hi Korang,

Korang perasan tak, aku ada post entry pasal aku dapat jadi MilkWoman weekend lepas? Ermm tak perasan , Nampak nau tak baca blog aku kan. Meh click kat sini.


Aku dapat invitation untuk join seminar mengenai Milk A Deal ni. Memang anjuran diorg yang pertama kat KL ni. Sebelum diorg pernah buat kat Penang dan sambutan agak menggalakkan.


Milk A Deal (MAD) Affiliate ini merupakan program untuk sesiapa yang mahukan pendapatan lebih. Tak kiralah cikgu ke, student ke, surirumah ke sesapa je lah, asal kan mempunyai minat dalam bidang jualan ni. Actually MAD ini bukan menjual barang or services but mereka ini menjual idea untuk para peniaga kecil-kecilan yang ingin besarkan business mereka.


Dalam seminar, ktorg di beri tunjuk ajar mengenai MAD ni secara terperinci. Macamana MAD ditubuhkan, siapa di belakang MAD, macamana MAD ini di jalankan dan memacam lagi kan. Majoriti yang datang semuanya golongan professional yang betul-betul minat mengenai MAD ini. Cuma aku, KancilBiru dan Eyriqazz je datang suka-suka coz nak tau apa sebenarnya MAD ni.


Bukan setakat tau pasal MAD nie je, ktorg diajar cara berdepan dengan customer, public speaking, presentation dan banyak lagi lah. Lepas tu plak ada group discussion on how to approach customer. Tergagap aku dengan KancilBiru nak jawab kan. Nampak sangat aku ni tak pandai cakap, kelentong pandai lah kan. Hakhakhakahaka


Anyway terima kasih Milk A Deal for this opportunity yang best ni. Aku rasa banyak benda aku belajar dari seminar nie. Rugi Afrayuri sebab tak datang tau. Hehehehehe

Nanti kalau aku dah jadi MAD Affiliate ni, korang bagilah sokongan kat aku ek.

P/S : Alamak jap lagi ada exam MAD thru online. Kena buat betul2 nie sebab nak lulus dengan flying colours tau.




Monday, August 15, 2011

Aku Tertipu Dengan Rupa Yang Cantik, Menyesal!

Hi Korang,

Semalam agaknya dah terlampau penat mengemas segala mak neka kat umah tu tenaga pun rasanya abis lah kan akibat kekurangan gula dalam badan. Itu yang buatkan aku teragak nak makan yang manis. Sampai je bazaar ramadhan kat PKNS Bangi ni terus jadi rambang mata, melilau cari makanan yang manis2 belaka.

So ini di antara yang sempat di sambar.

Kuih Tako

Onde-onde atau Buah Melaka

Lompat Tikam

Pudding Caramel

Ermm nampak cam manis kan. Mr big cakap boleh potong kaki dibuatnya bila makan benda2 cam nie. So bila time buka je, letak semua ni atas meja dan rasa satu per satu. 

Nak tau rasanya :

1. Kuih Tako
Bentuk dah cun. Colour dah ok. Cuma lapisan bawah tuh kurang hijau macam tak nak letak colour je,may be jiamt kot. Sengkung cinanya ermm tak rasa sengkuang pun. Lembik. Macam letak jelly.

2. Buah Melaka
Colour bukan main cantik. Itu yang tergoda tuh. Rasa plak. Setengah ada gula, setengah tak gula. Tepung semata. Kelapa bukan main banyak

3. Lompat Tikam
Aku tak berapa gemar, mr Big yang makan. Rupa ada tapi Rasa? hampeh!!

4. Puding Caramel
Cantik sangat. Rasa ok lah. Gula kurang but still boleh makan lagi. So tak la kick sangat.  Sedap lagi MIL aku buat. 


Dah macam MasterChef plak lah. Rasa sket then bagi komen. Kira cam membazir jugak RM8 hegget kan sebab makan tak abis.

So kalau ada sesiapa yang baca blog aku ni yang sedara mara ke, mak ke, kengkawan ke yang berniaga kat bazaar ramadhan tuh, berniaga dengan ikhlas lah. Jangan nak kejar untung je. Tak kisah kalau jual mahal tapi sedap, terasa. Kualiti makanan langsung tak de. Terpekik2 panggil orang suka beli kan but tasteless.

Aku bab-bab kualiti ni memang pandai, sebab aku keje bidang ni kan.

Rasanya, hari ni back to menu asal lah. Karipap dan popiah je untuk buka.

P/S : Korang penah kena cam aku tak? Mesti rasa sakit hati kan bila duit buang gitu je kan.. Ishkkk

Sunday, August 14, 2011

Dah Malam Nie

Hi Korang,

Hari ni satu hari duk umah. 

Mengemas sana sini. Basuh baju, lipat baju setinggi gunung Santubong, kemas dapur, sapu umah, mop lantai, masak dan memacam lagi lah. 

Settle dah semua benda. Alhamdulillah sangat. Kiranya worth it gak lah seharian duk umah. Sampai Mr Big kagum lah jugak kan tengok bini dia yang malas ni bekerja sungguh2 kan. hehehehhehe


So now dah duduk tercengok depan laptop ni. Rasanya dah dekat 2 jam dah. Tup tup rasanya otak blank seketika lah. Padahal dari pagi tadi meluap2 aku nak menulis. Sekarang ni plak.. aduiyai... payah cam ni. Bukan tak de product nak review tapi cam malas plak rasanya nak tulis. 

Ermm layan tengok Pintu Sakaratulmaut dulu lah. Mungkin pas pas ni idea boleh datang kan.