Monday, August 9, 2010

Jom Karaoke Dalam Kereta.

Korang,


Nak citer sket je nie tak nak lebih2. Maklumlah hari isnin kan penuh stress so malas nak bebankan otak korang dengan heavy2 entry.


Masa dalam jem teruk + manusia lembab hari sabtu hari tu yang jadi mangsanya ialah aku sebab turn aku kene drive plak, mr Big sibuk ajak aku karaoke dalam kete sebab nak hilangkan boring. Siaran radio macam jahaman sebab stuck kat area hutan2 kecik. Nak pasang DVD boleh terlupa bawak plak, so jawabnya cucuhlah thumbdrive kat USB port tuh.

So memula bukak lagu Aizat, so terlalak lah ktorg dalam kete tu. dah puas Aizat, sambung plak lagu  Faizal Tahir. Bila time lagu Selamat Malam plak dia ajak nyanyi sorang sebaris. So mulalah memasing..

mr Big : Biarkan berlalu Semua kepedihanmu

Aku : Lelapkan matamu Biarkan mimpi membawamu

mr Big : Ke mana kau mahu

Aku : Selamat malam Tidurlah sayangku...

mr Big : zzzzzzzzzzzzzzzzzzz......zzzzzzzzzzzz (siap dengkur)

Sekejapan dia boleh tidur. Pas tu yang aku dengar dengkuran yang maha hebat, lebih hebat dari lagu Faizal Tahir nie. Terus aku tukar lagu lain.


Apa perasaan korang? geram tak? Yelah lah dia syok2 tido dengkur yang aku plak terkebil2 bawak kete yang semput2 sebab jem... Ishkkkkkk oh.. tidak........

Nota : Maybe dia penat kot lepas bersukaria di Mali Cove Sunway Lagoon untuk Sony My Water Momments TX5. Ermm aku lagi penat tau, dah lah aku jadi team leader okeh!!! Alamak yang tu belum update lagi lah. Gambo pun belum transfer lagi. Esoklah.

p/s: Dear, jangan marah tau! Gurau je.. Korang jangan nak gelak2 tau. Ketawa kuat je boleh okeh!

Pics by :Goggle

Saturday, August 7, 2010

Live Blogging-Highway PLUS Jem!


Live-Highway_Jem!.jpg
Originally uploaded by CikLilyPutih

PLUS highway jem! Sebab naik bukit. Bongok betullah.Nampak macam tak jem tapi hakikatnya dah dekat 1/2 jam aku kat takuk tuh jugak. Tak gerak2.

Friday, August 6, 2010

Live Blogging - Masih Di Office

Mas
Resize_P060810_18.521000003.jpg
Originally uploaded by CikLilyPutih


Masih di office, menyiapkan keje opis yg melambak nie. Hai bila nak abis agakya. Dah nak hujung minggu nei plak melambak2 keje nie. Ishk.. tak boleh jadi nie