Wednesday, April 7, 2010

Tuesday, April 6, 2010

Slot Akasia Na O Mei - Apa Kesudahannya?

Salam korang,

Time lunch jap ni tadi, aku pegilah berblogwalking untuk hilangkan boring. Tetiba ternampak kat blog si Melz pasal cerita AdaMaya bermula 6 April 2010 iaitu ari nie. Ermm peliknya. Bila aku view, confirm2 citer Na O Mei dah abis semalam. Ishk cam ne aku boleh miss last episod nie ek?

So aku pun trus cari info pasal kesudahan citer ni, ada beberape blog yang review pasal last episod nie, spt :




La majoriti cakap ending cerita nie tak best langsung, setakat Na O Mei dengan Arman, Reza dengan Arina dan Camelia akan further study. Itulah. Diaorang tak tunjuk pun siapa bapak Na O Mei. Ermm mungkinkah ada Na O Mei Siri 2 plak. Aduh memang tak abis2 lah jawabnya.

Kalau korang nak tau, aku memang tengok Na O Mei semalam tapi aku tak tau pun itu episod akhir. Yang aku perasan Arman sibuk tengah buat kad tak tau bagi kat sape, Camelia dah sampai umah Arman & Arina dengan parents dia dan Na O Mei & Reza on the way nak ke umah Arina gak lah. Tetiba je aku perasan lagu menuju puncak kuar kat tv nie. Rupa2nya aku boleh tertido plak time maghrib tu (ishk choi), sampai MrBig tukar siaran tv pun aku tak leh perasan akibat terlalu penat sangat agaknya.

Hah korang begitulah kisahnya.Pas nie aku rasa malas nak tengok citer bersambung2 nie. Penatlah nak menunggu sampai abis, bila episod akhir tak best plak. Lagilah....

p/s: Pas nie nak tengok AdaMaya plak ke korang?

My Favorite Sport

Salam Korang,

Nie nak citer pasal sukan plak sebab Project Alpha Instant Cash Blogging untuk Week 6 nie tajuknya 'My Favourite Sport'

La korang ingat, gemuk2 aku nie dulu masa lom kawin aku kuat bersukan okeh. Jangan pandang aku sebelah mata tau. Main untk club lagi.  Sukan yang aku suker sangat main dulu nie lah, Skuasy atau lebih dikenali dengan Squash.

Best court dia dinding je semua

Hah cam hebat tak? Aku dengan geng2 bujang aku dulu gilakan sangat main squash nie. Mana tak nya, dalam seminggu dalam 3 kali lah kitaorang pi main. Lom lagi kira Ahad plak. Yelah masa tu mrBig asyik sibuk dengan rugby je kan. Aku pun berjimba lah dengan bebudak nie.

Raket & Bola (Aku punya brand Wilson)

Sape boleh lawan Dato' Nicol David kan, World No. 1 tau!

Sukan ini, tak susah sebenarnya. Memula start main, kitaorg main ikut suke coz x pandai lagi kira mata. Kata 'Wan' kawan aku, game ni untuk release tension, yelah pukul dinding kan. Hah apa lagi, few times memula tu, asyik pukul dinding jelah. Siap tergolek2 lagi jatuh. Nasib baik court tu x ramai orang nak guna so bolehlah ktorg lepak lelama kat situ. Lelama trus jadi pandai dah boleh kira mata sendiri dah. Semuanya belajar thru google.com

Selalunya kitaorang jumpe pas keje kat Bangsar Sport Club, masa tu keje area Subang so balik amik member aku 'Ita' sorang lagi kat Damansara Intan, then ktorang trus ke Bangsar. Ala sorang RM3 je per hour. Main selalu 2 jam then pas tu kitorang pi terjun swimming pool kat situ. Maklumlah ketiak dah berlendir2 takkan nak balilk cam tu kan. So pas mandi dalam swimming pool, trus kitaorg mandi kat shower room yang diorg dah provide, sambil gunakan ini.


Tapi kitorang pakai yang women punye lah. Barulah wangi feminin sket kan. Dah wangi2 baru boleh lepak2 kat Pelita Bangsar tu sambil usha-usha mamat2 cun & cute & gerek!

Hah itulah serba sket pasal my favourite sport. Walaupun macam2 sukan aku dah cuba tapi Squash nie memang betul2 menguji aku. Tapi sampai 5 minit, baju aku dah basah, yelah berlari2 kesana kemari kejar bola sampai langgar dindinglah. 

Anyway, its fun.

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.


Anyway korang, tolonglah 'like' my entry at Project Alpha fanpage in Facebook. Choose fans+project alpha and find my name there. Ingat tau Cik Lily Putih.

p/s: kengkawan tolong vote okeh! Segala kerjasama dari pihak anda akan saya hargai. Sekian terima kasih. Cewah!!.