Sunday, March 8, 2026

Pemenang Anugerah Halal: VitaHealth Menjamin Kualiti Ramadan lni dengan "Pilih Halal, Pilih VitaHealth"

Hi Korang,

Sempena bulan ramadan yang mulia ini, VitaHealth terus memperkukuhkan kedudukannya sebagai peneraju suplemen kesihatan yang diperakui Halal menerusi pelancaran kempen "Pilih Halal, Pilih VitaHealth" dengan kerjasama Watsons. Majlis yang berlangsung di Dancing Fish, Bangsar Shopping Centre, dilancarkan secara rasmi oleh Dr. KS Beh, Ketua Pegawai Eksekutif Vita Health (Malaysia & Singapura), bersama Foo Hwei Jiek, Pengarah Perdagangan Watsons Malaysia, dan disaksikan oleh Encik Fahrin Ahmad, pengacara televisyen dan pelakon terkenal Malaysia. 


Majlis ini menegaskan komitmen berterusan VitaHealth dalam memastikan suplemen Halal yang berkualiti dan terjamin kepada pengguna Malaysia.

Dilancarkan sempena Ramadan, VitaHealth meningkatkan keyakinan pengguna melalui suplemen yang diperakui oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Pematuhan Halal dijaga di setiap peringkat, daripada pemilihan bahan dan formulasi, hinggalah ke proses pembuatan, pembungkusan dan penyimpanan. Struktur pengurusan ini memastikan pematuhan terhadap peraturan serta kualiti produk yang konsisten.


Dalam majlis perasmian itu, Dr. Beh berkata, inisiatif "Pilih Halal, Pilih VitaHealth" menunjukkan tanggungjawab dan janji jenama untuk mengekalkan integriti Halal di setiap peringkat operasi. Beliau berkata, "Halal bukan sekadar memenuhi tuntutan agama sahaja. la juga menjadi penanda aras yang diiktiraf untuk keselamatan, kebersihan, ketelusan dan kawalan kualiti. Standard yang ketat ini memberikan keyakinan bukan sahaja kepada pengguna Muslim, tetapi juga kepada semua rakyat Malaysia yang menitikberatkan kualiti dan keselamatan produk.

Dr. Beh turut menyatakan bahawa kepimpinan VitaHealth dalam industri Halal telah diiktiraf melalui penganugerahan sebagai pemenang Platinum bagi Anugerah Produk Halal Terbaik SOBA pada tahun lalu. Pengiktirafan ini mengukuhkan lagi kredibiliti VitaHealth dan kepercayaan yang diperoleh daripada pengguna melalui komitmen berterusan memastikan keselamatan, ketelusan dan integriti produk.


Dengan pengalaman dan kepercayaan melebihi 70 tahun, VitaHealth menawarkan rangkaian suplemen kesihatan Halal yang diperakui oleh JAKIM bagi memenuhi semua peringkat um~r dan keperluan kesihatan. Setiap produk melalui kawalan kualiti yang ketat bagi memastikan pematuhan terhadap piawaian Halal danperaturan, sekaligus mengukuhkan kepercayaan pengguna terhadap jenama ini.


Kerjasama strategik antara VitaHealth dan Watsons meningkatkan akses kepada suplemen Halal yang diperakui di seluruh negara, selaras dengan permintaan yang semakin meningkat terhadap produk yang berkesan dan seiring dengan nilai pengguna.

"Sebagai peruncit kesihatan dan kecantikan No.1, Watsons komited dalam membina persekitaran runcit yang dipercayai dengan mengutamakan kualiti, ketelusan dan keyakinan pengguna. Kerjasama kami dengan VitaHealth mencerminkan tanggungjawab bersama untuk menyediakan penyelesaian kesihatan yang diperakui Halal dan mudah diakses, selaras dengan keperluan pengguna Malaysia yang sentiasa berkembang. Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan jenama yang mengekalkan piawaian pematuhan yang tinggi sambil menyokong komuniti yang lebih sihat," kata Caryn Loh, Pengarah Urusan Watsons Malaysia dan Ketua Pegawai Operasi Health & Beauty Asia, AS Watson Group.


vitaHealth watsons

Rangkaian produk VitaHealth yang diperakui Halal kini boleh didapati di semua cawangan Watsons di seluruh Malaysia, memberikan rakyat Malaysia keyakinan berterusan dalam pilihan kesihatan harian mereka.
Latar Belakang VitaHealth

Ditubuhkan pada tahun 1947 sebagai farmasi runcit, VitaHealth kini berkembang menjadi salah satu jenama suplemen kesihatan terkemuka di rantau ini. Sebagai jenama milik Australia dan anak syarikat Vita Life Sciences, VitaHealth beroperasi mengikut piawaian kualiti global serta memenuhi keperluan pelbagai komuniti. Jenama ini komited untuk menyediakan suplemen kesihatan berkualiti tinggi dan dipercayai untuk semua peringkat umur. Diketuai oleh pasukan profesional kesihatan yang berdedikasi, VitaHealth terus berinovasi dengan menghasilkan penyelesaian berasaskan sains yang disesuaikan mengikut keperluan gaya hidup moden, sekaligus menyokong kesihatan fizikal dan kesejahteraan mental.

Website: https://www.vitahealth.eom.my/ 

lnstagram: https://www.instagram.com/vitaheallhmy/ 

Friday, March 6, 2026

“Seikhlas Pemberian, Seindah Lebaran” guardian Malaysia suntik makna baharu dalam tradisi pemberian Raya - lambang kasih sayang dan perlindungan

Hi Korang,

Menjelang ketibaan Hari Raya Aidil Fitri ini, guardian Malaysia mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk melangkaui tradisi pemberian biasa dan menghayati makna kasih sayang yang lebih mendalam menerusi pemberian hadiah kesejahteraan!


Meskipun tradisi pemberian duit Raya dan juadah perayaan tetap menjadi amalan utama, guardian menyeru ahli keluarga untuk beralih kepada pemberian yang mampu melindungi, memelihara dan memperkasakan insan tersayang - sebagai satu bentuk keprihatinan yang berkekalan walaupun selepas berakhirnya kemeriahan lebaran.

Evolusi Bermakna dalam Pemberian Raya

Berucap di majlis pelancaran kempen Raya guardian, “Seikhlas Pemberian, Seindah Lebaran”, Priscilla Wu, Pengarah Urusan, Malaysia & Brunei, guardian Health and Beauty, menegaskan bahawa Raya pada hakikatnya adalah tentang keikhlasan, kesyukuran dan kasih sayang yang tulus.


“Musim perayaan ini, kami ingin menyuntik makna baharu ke dalam tradisi memberi. Selain daripada duit Raya dan juadah tradisi, kami menggalakkan rakyat Malaysia untuk menghadiahkan sesuatu yang dapat menyokong kesejahteraan diri kerana manifestasi kasih sayang yang sebenar adalah dengan memastikan keluarga kita sentiasa dilindungi dan dijaga dengan rapi,” kata beliau.

“Selama lebih 58 tahun, guardian teguh sebagai penasihat kesejahteraan yang dipercayai rakyat Malaysia. Setiap hadiah kesihatan dan kecantikan yang dipilih dengan teliti bukan sekadar produk semata-mata - ia adalah satu nikmat dan lambang keprihatinan yang berpanjangan.”

Kisah Kasih Sayang Merentasi Generasi

Mesej utama kempen ini dizahirkan melalui filem Raya terbaharu guardian bertajuk, “Seikhlas Pemberian, Seindah Lebaran.”

Filem ini menyelami hubungan antara Rina dan neneknya, memaparkan bagaimana pemberian sederhana berteraskan kesejahteraan sepanjang tahun mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan serta menyokong kesihatan mereka. Ia diakhiri dengan pesanan yang menyentuh jiwa - bahawa hadiah Raya yang paling bernilai adalah kesihatan yang baik, kasih sayang yang tidak berbelah bahagi, serta doa yang tulus.

Filem Raya guardian ini kini boleh ditonton di YouTube dan semua platform media sosial guardian.

Meluaskan Ihsan kepada Komuniti

Menghayati kemuliaan bulan Ramadan sebagai bulan yang penuh keberkatan dan kasih sayang, guardian turut meraikan 80 kanak-kanak perempuan daripada pelbagai rumah kebajikan pada majlis pelancaran kempen yang berlangsung di Orange Atrium, Sunway Pyramid.




Acara atrium Raya guardian ini, yang sedang berlangsung dari 2 hingga 8 Mac 2026, menampilkan pelbagai tawaran menakjubkan serta zon pengalaman menarik daripada pelbagai jenama terkenal.

Sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan guardian untuk memperkasakan golongan belia Malaysia dengan pengetahuan kesejahteraan praktikal dan pendidikan penjagaan diri, kanak-kanak tersebut telah menyertai sesi pendidikan kesejahteraan yang dikendalikan oleh ahli farmasi guardian serta rakan jenama terpilih. Kemuncak keriangan mereka diteruskan dengan aktiviti membeli-belah sakan di acara Atrium dan di stor guardian Sunway Pyramid. Dengan bimbingan warga kerja guardian serta rakan media, mereka berpeluang memilih sendiri produk kesihatan dan kecantikan idaman sebelum diraikan dalam majlis berbuka puasa istimewa.


Bagi meluaskan lagi impak positif sepanjang bulan Ramadan, guardian akan meneruskan sumbangan kesejahteraan amal melalui program santun masyarakat dan inisiatif kesejahteraan di beberapa komuniti. Dengan peruntukan sumbangan melebihi RM55,000, ia dijangka bakal memberi manfaat kepada hampir 2,000 penerima daripada pelbagai rumah kebajikan di seluruh negara.

Raikan Lebaran dengan MYguardian Rewards

Bagi menyemarakkan lagi suasana perayaan, ahli MYguardian Rewards berpeluang menyertai Peraduan Ganjaran Emas, yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM80,000.

Bermula 25 Februari hingga 31 Mac 2026, ahli yang berbelanja minimum RM50 dalam satu resit (termasuk jenama yang mengambil bahagian) layak secara automatik untuk memenangi:

· Hadiah Utama: Set Rantai dan Loket Rama-Rama Emas 999 daripada Habib Jewels

· Empat Hadah Kedua: Rantai Tanga emas 999 daripada Habib Jewels

· Ganjaran Mingguan: 200 pemenang setiap minggu akan menerima baucar Habib Jewels bernilai RM50 (jumlah keseluruhan 1,000 baucar)

Tahun ini, Fiziwoo sekali lagi bekerjasama dengan guardian untuk menghasilkan rekaan sampul Raya eksklusif. Sebagai sebahagian daripada inisiatif #LoveForLocal guardian yang mengangkat kehebatan jenama tempatan, rekaan tahun ini memberikan penghormatan kepada warisan seni Malaysia melalui motif batik kontemporari yang berani. Ahli yang berbelanja RM68 ke atas akan menerima satu pek sampul raya eksklusif Fiziwoo, yang turut mengandungi baucar guardian bernilai RM5.

Kesejahteraan untuk Setiap Generasi

Bagi membantu keluarga membuat persiapan Raya, guardian juga menawarkan diskaun sehingga 50% untuk lebih 7,500 produk di semua stor di seluruh negara serta stor dalam talian. Ini bertujuan memudahkan rakyat Malaysia memilih hadiah yang mengutamakan aspek kesihatan, kecantikan dan kesejahteraan harian buat insan tersayang.

“Tiada hadiah yang lebih bermakna selain mengetahui insan yang kita sayangi sentiasa terjaga dan dilindungi,” tambah Priscilla.

“Lebaran ini, marilah kita menghadiahkan sesuatu yang memperkasakan mereka untuk menempuh hari-hari mendatang - sebuah pemberian kesejahteraan yang mencerminkan kasih sayang, keikhlasan, dan doa yang tulus.”


#SeikhlasPemberian
#SeindahLebaran
#RayaBersamaGuardian
#MYguardian


Thursday, March 5, 2026

AVENUE K SHOPPING MALL Mempersembahkan “KENANGAN RAYA” – Sambutan Raya Malaysia Bergaya Teater 70an

Hi Korang,

Sempena Hari Raya tahun ini, Avenue K Shopping Mall mengajak para pengunjung menyelami pentas nostalgia melalui KENANGAN RAYA, sebuah kempen perayaan yang diinspirasikan oleh keanggunan, keunikan dan semangat ceria gaya hidup masyarakat Melayu bandar pada era 1970-an.

Bermula 2 Mac hingga 29 Mac 2026, pusat beli-belah ini bertukar menjadi pentas teater Raya yang meriah bagaikan sebuah persembahan besar. Dekorasinya meraikan memori era 70-an — ketika fesyen, muzik, budaya dan sambutan Hari Raya di bandar penuh warna, ekspresif dan kaya dengan personaliti. Interpretasi moden era klasik ini mencipta suasana imersif di mana pengunjung bukan sekadar membeli-belah untuk Raya — mereka menghayatinya.


Raya Bazaar dalam Suasana Pawagam Nostalgia 70-an

Menambah seri perayaan, Raya Bazaar di Avenue K diadakan dalam suasana pawagam era 70-an yang penuh nostalgia, menggabungkan vibe hiburan retro dengan semangat Hari Raya. Para pengunjung boleh meneroka pelbagai vendor yang menawarkan Kurta Baju, Kaftan, Baju Kurung, busana tradisional Melayu, fesyen Raya kontemporari, serta aksesori bergaya. 







Dengan latar pentas teaterik, bazar ini melengkapkan pengalaman membeli-belah Raya yang unik dan membangkitkan memori.

Penebusan Eksklusif untuk Ahli Aplikasi Avenue K

Sempena sambutan ini, Avenue K menawarkan pelbagai penebusan eksklusif kepada pembeli dan ahli aplikasi Avenue K:

  • Belanja RM150 ke atas dalam satu (1) resit pada hari yang sama untuk menebus SATU (1) set Sampul Raya AK Eksklusif.
  • Belanja RM350 ke atas dalam maksimum dua (2) resit pada hari yang sama untuk menebus SATU (1) Lilin Beraroma AK Eksklusif dan SATU (1) set Sampul Raya AK Eksklusif.
  • Belanja RM800 ke atas dalam maksimum tiga (3) resit pada hari yang sama untuk menebus SATU (1) Tiffin Raya Eksklusif dan SATU (1) set Sampul Raya AK Eksklusif.
  • Sertai mana-mana penebusan Raya AK untuk menerima SATU (1) peluang menyertai AK Flip & Menang Raya dan menangi hadiah menarik.


Pengunjung juga boleh menikmati pemberian kurma harian sepanjang musim perayaan.

Persembahan Raya Menghidupkan Suasana

Selaras dengan konsep teater, sambutan ini diserikan dengan persembahan tarian Raya yang memukau sepanjang tempoh kempen. Persembahan ini menambahkan lagi keceriaan dan semangat budaya dalam pengalaman membeli-belah.

Di sebalik dekorasi indah dan ganjaran istimewa, KENANGAN RAYA merupakan peringatan tulus bahawa Hari Raya adalah tentang kegembiraan, kemaafan dan pertemuan bermakna bersama keluarga serta insan tersayang. Avenue K berharap dapat mencipta ruang yang hangat dan mesra — tempat di mana memori indah tercipta, tawa dikongsi, dan semangat sebenar kebersamaan diraikan di tengah kota.