Wednesday, July 4, 2012

WW - Satu Hari Nanti

Hi Korang,


Wordless wednesday for this week






Cantik kan ?


Hopefully satu hari nanti dapat bercuti gak kat kapal ni ek


Insyallah..

CLP Notes : Gambo ni amik sendiri ek bukan poster punyehakhakhak





Tuesday, July 3, 2012

Crazy Potato Snacks Yang Enak Dari London

Hi Korang,

Kentang kalau masak apa pun memang sedap kan, lebih-lebih lagi kalau buat french fries. Wow lagi lah mantap kan baru lah gila kentang.

Description: blogger tamak

Masa ktorg pi Sunway Piramid harituh, ternampak plak kedai ‘Crazy Potato’ ni, betul-betul sebelah TGV Sunway tu. So surveylah apa yang diorg ni jual. La rupanya jual kentang tapi bukan kentang bulat yang belum masak tuh, dia jual pelbagai jenis makanan daripada produk kentang mainly french fries, mashed potato, wedges, potato skin dan macam lagi lah.

Description: mr big goes to london

Stall/kiosk Crazy Potato ni berasal dari British tau. London mari wokeh. French fries tu bukan yang punya tau ada memacam dipping, gravy, sos yang diorg sediakan macam sour cream, wasabi, strawberry, honey, pickle ntah sampai aku pun tak tau kan. Ada juga jual hotdog, fish n chips semuanya ala-ala British gituh.

Description: french fries with sour cream

Aku order french fries yang sour cream dipping. Tengok cam tempting kan. Rasa tak delah masam mana pun. Kalau biasa makan sour cream then it’s should not be a problem

Description: chicken nuggets

Mr Big order Tempura Chicken Nuggets. Sket2 ayam kan, mana tak perut maju ke depan khakhakhaka.

Description: menu at crazy potato shop

Bagi aku harga tak de lah mahal bangat kan. Sesuai untuk golongan berpendapatan sederhana cam ktorg ni. Crazy Potato ni boleh makan anytime sebab masa kita boleh tu baru dia buat so masa dapat tuh memang panas dan ranggup bila di kunyah.

Description: crazy potato shop at sunway piramid

Kalau korang kaki gila kentang cam aku ni, boleh check it out kiosk ni

Description: crazy potato shop
Crazy Potato


Sangat sedap dan membuatkan aku lapar plak bila tulis entry ni lah.

Ishkk tengok lah tu korang rasa Mr Big ni ada talent tak jadi Duta Crazy Potato ek? Tengoklah gegambo dia semua memang gila kentang sungguh.




Monday, July 2, 2012

Mari Mengacau Dodol Kampung Style


Hi Korang,

Yang manis mesti menjadi kesukaan korang kan, yelah sedap je masuk dalam tekak. Kalau dodol plak camne ? eh kalau nak tau dodol ni still jadi kesukaan orang-orang tua lama, manisan yang terbaiklah kiranya.


Aku berkesempatan tengok sendiri cam ne orang dulu2 cara buat dodol. Sapa lagi kalau tak family aku lah. Ktorg ni kalau teragak nak buat je terus buat tambahan plak bahan-bahan mesti sentiasa ada je macam gula merah, kelapa kan cuba pi beli tepung pulut je kat kedai.


Memula basuh kuali dulu. Sebab lama tak pakai so nak basuh pun kena ada step jugak. Gosok dengan batu (apa2 batu) untuk hilangkan lapisan pertama yang berkarat tu then bilas. Kemudian taburkan garam kasar dan gosok lah segala kotoran degil tu dan bilas balik. Last step, gosokkan kuali tu dengan kunyit hidup. Letak sebanyak mungkin pun tak per nak bagi saki baki kotoran tu hilang kan. Biarkan seketika ok.


Ok start bancuh tepung plak. Letak tepung pulut, air masak sket, santan. Kemudian kacau sampai sebati. Disebabkan ktorg ni ramai so auntie aku bancuh adunan dalam besen. Hah ko banyak kan, boleh buat lulur badan kan.


Gula plak harus timbang mengikut sukatan yang betul. Kalau salah timbang terkurang ke terlebih ke mesti dah tak sedap, so ikut sukatan yang perfect ye.


Now boleh setkan kat mana nak letak tungku dapur. Takkan kuali besar nak masak atas dapur gas kann. Ikut logik sket ye.

Description: hidupkan api

Hidupkan api kat tungku tuh. Aku memang tak tau langsung. So tengoklah jelah.


Ok proses kacau mengacau dah bermula. Masukkan semua bahan-bahan tadi dalam kuali dah kacau lah. Satu orang tak boleh jack! Kena ramai yang mengacau ni bergilir-gilir. Baru rasa cam rewang gituh kan.

Description: minum air kelapa muda dulu

Nak mengacau kan amik masa 4-5 jam gituh. So cousin2 aku pi sempat pi panjat pokok kelapa kat belakang umah atuk aku ni. Petik buah kelapa muda. Hah,ko rasa sugguh segar dibuatnya. Ermm macamlah kacau dodol lama sangat kann.


Description: mintak resipi kek coklat

Sempat jugak tu paksa aku bagi resipi kek coklat aku yang sedap tu kan. Abis rahsia aku terbonGkar.. terus tak leH buat bisnes pas ni

Description: makan kelamai cair dulu

Hah, dodol yang cair, ktorg panggil KELAMAI cair dah pun boleh di makan. Tengoklah 2 beradik tuh kan

Description: dodol menjadi pekat

Yang ni plak bila dodol dah pekat, hah ko berkilat kan

Description: dodol sudah masak

Nie dah siap punya, mak aku dah siap pack dalam tupperware. Jadi semua boleh balik sorang satu kan. Senang.

Hah itulah dia cara penyediaan Dodol Kampung Style ni kan. Nampak cam complicated but kalau dah biasa buat, kira cam senang gak lah. Lagi satu dodol ni tahan lama tau.

Aku tak bawak balik pun, makan kat situ gak. Mr Big takut nanti bila ktorg bawak balik terlupa nak makan kan.

Ni kira cam aktiviti keluarGa lah kan sebab semua oranG take part untuk menjayakan nya..