Wednesday, July 27, 2011

Terasa Muda Kembali @ David Archuleta Asia Tour Concert, Stadium Negara KL

Hi Korang,

Baca tajuk ke dah geli kan ketiak korang kan? ermm aku pun rasa gitu gak. Dah lah mr Big kata concert hadek2  noks.. Ishk geram aku.. Sudahnya aku pi tengok sorang je malam tadi.


Aku dapat tiket konsert David Archuleta ni coz menang Digi Evangelist Contest hari tuh. So pi lah collect semalam kat Nuffnang office. Ingatkan free seating rupanya VIP uols. Terkesima kejap dibuatnya. 

Di sebabkan mr Big malas nak pi so aku pi jelah sengsorang. Ok je aku coz DD dah ada tunggu kat sana. Dalam tiket stated kul 8pm start tapi aku kuar rumah kul 8pm gitu sampai 8.45pm pun konsert belum start lagi. Tengah borak2 dengan DD, ktorg di mintak tukar tempat. Yeah! maknanya dapat duduk lagi depan lah kan. 


Tapi bila dah duk depan, si RELA ni plak sibuk tak bagi amik2 gambo plak. Ishk nasib baik aku bawak 2 camera, so compact untuk amik gambo dekat2 DSLR utk shoot jauh. Nasib baik si DD tukang cover bila tu aku guna yang beso tuh.


Persembahan David Archuleta, ermm memang amazing bak kata Thara. Tak sangka budak umur 22 tahun ni leh menang American Idol kan. Suara dia sedap di tambah dengan hensem plak tu kan. Lagu2 yang dia bawak semua best2 dan ada juga lagu lelama yang aku leh nyanyi sekali tau. Teringat plak zaman muda2 dulu, aku pun cam gituh jugak, terjerit2 masa pi tengok konsert Peter Pan dulu, terasa muda plak lah.


Memang David Archuleta ni menjadi kegilaan bebudak pompuan remaja masa kini lah. Dia muncul depan stage je dah terjerit2, baru nyanyi sket terjerit2, dia bagi flying kiss pun semuanya terjerit2 lah. Pendek kata boleh cair tahi telinga aku lah, dah kiri kanan atas bawah menjerit kan. 

Aku tak tunggu sampai abis pun coz malas nak berebut2 balik dengan diorg ni semua kan. Dalam kul 9.30pm  cam tu aku dah kuar dari stadium negara tuh but sempat amik few long shoot yang cantik2 gaklah. Banyak gambo amik but malas nak letak, boleh??


Anyway, David Archie you really rocks my nite..

TQ Digi Telco dan jugak Nuffnang.


WW - Cuba Teka Siapa Ni..

Hi Korang,

Wordless wednesday for this week.. Ermmm


Apa macam, kenal tak?

Ini the best shoot dari seat atas yang kiranya jauh gaklah kan...


Tuesday, July 26, 2011

Juadah Enak D' Santapan Buffet Ramadhan @ Le Meridien Kuala Lumpur

Hi Korang,

Seperti yang di janjikan kat entry semalam, meh aku tunjukkan gambo2 makanan yang akan menambah lagi selera korang untuk berbuka puasa nanti di Le Meridien Kuala Lumpur.



Sebagai pembuka selera, kita ada

Kuih muih

 Sushi

Bubur Lambuk

Pau dan Dim Sum

Main dish plak

masakan kampung

Fresh Seafood

chinese food

Dan pencuci mulut

Cakes

Fruits

chocolate fondue

Ice cream yang pelbagai perisa dan boleh di campur2

Actually banyak lagi gambo makanan yang aku dapat snap but nak upload tu rasa cam letih betul lah so ini je yang dapat aku hidangkan kat korang.




Aku rasa memang berbaloi2 kalau korang berbuka puasa kat sini. Kenyang tak ingat kan but jangan sampai lupa solat plak. Bilik solat dan tandas juga di sediakan berhampiran dengan Latest Recipe restaurant ni.



Santapan Buffet Delights ini dihidangkan dari 6.30pm hingga 10.30pm dari 01 – 26 Ogos 2011 tapi lebih baik buat reservation dulu kan takut tak de tempat plak nanti.
Harga pula mengikut hari-hari yang berlainan
Ahad – Khamis                   Jumaat dan Sabtu
RM 118 (adult)                        RM 128 (adult)
RM 59 (child)                          RM64 (child)

Prices are subject to 10% service charge and 6% government tax
Untuk lebih lanjut or nak buat reservation,
Boleh call Dining Reservation at 603 – 2263 7434
Le Meridien Kuala Lumpur
2, Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur Sentral,
50470 Kuala Lumpur
Tel : 603 2263 7888