Saturday, July 23, 2011

Siapa Berani Makan Hidupan Ni?

Hi Korang,

Aku nak tanye, korang berani tak makan bende alah nie. Meh sini tengok.


Hah, cuba teka apa tuh? Ermm betul tuh. Sotong kurita beso ok.

Ok2 kite close up sket,


Hah, ada hati lagi tak korang nak makan bende ni. Geli  plak aku tengok lah. 

Aku? Ok je...


Makanlah cam biasa. Sedap apa. Rasa cam kenyal2 gitu. Sedap. Di tambah lagi kalau perah lemon sket. Bertambah masyuknya tau.

Ada lagi yang aku makan mentah2.. Dah makan fear factor plak kan. Nanti lah aku citer lagi.


Friday, July 22, 2011

Dah Nasib Aku Agaknya

Hi Korang,

Bagus ek kalau ada je orang bagi kita something, mestilah best kan barang free so tak yah kuar duit. Tapi bila selalu sangat orang bagi free kita mesti segan jugak kan nak amik kan. Betul tak? Kalau tak betul korang memang tak tau malu hahahahahahha

Aku tulis ni bukan apa. Kalau korang perasan lah kan, itu pun kalau korang baca blog aku ala-ala retis gitu kan (perasan betul!) yang aku ni boleh di katakan seorang yang murah rezeki Alhamdulillah betul lah. Apa jua yang event, party, contest yang aku join mesti ada menang sket. Tak delah menang besar but mesti ada yang sangkut lah.

Ini baru sket, ada byk lagi sebenarnya

Bila dah menang bermacam-macam benda of course lah aku mestilah nak share2 bagi kengkorang rasa jugaklah apa yang aku dapat. So buat lah giveaway, buatlah simple contest but tak de orang nak join so nak buat cam ne kan. Jadi daripada terbuang cam tu baik aku gunakan dan bagi pada orang yang memerlukan.

So lepas ni agaknya malas lah aku nak buat giveaway2 kan. Baik bagi orang yang aku kenal je cam geng2 Talibarut ke, mak aku ke(oit mak aku nak pi tengok MTV World Stage Concert ke), ayah aku ke (tak kan nak bagi cream muka plak kan), siblings aku ke (diorg ni terima dengan tangan terbuka je), bebudak kat opis ni ke (tapi diorg ni high class sket lah plak).

Ishk hari jumaat ni tak baik marah2 dan buruk sangka ok maybe diorg ni tak perasan kot giveaway yang aku buat agaknya (cakap dalam hati)


Note : Ini bukan entry lepas geram pun but entry cam kecik ati gitu lah kan.  Aku nie tahan gaduh2 mr Big pasal nak buat giveaway nie coz dia sibuk nau  nak bagi kengkawan2 dia segala benda yang aku menang kan.

Rasa Enak Macam Nak Makan Dengan Maybeline Fruity Jelly Delicious Lip Gloss

Hi Korang, 

Oit bunyi tajuk je bukan main melampau kan. Fikir pasal makan jelah aku ni. Bukanlah. Brand Make up No.1 Maybeline New York sekali lagi telah menghasilkan lip gloss yang sensasi lagi bersinar dan rasanya macam nak makan je lah.

Memperkenalkan

Fruity Jelly Delicious Lip Gloss

Ianya merupakan lip gloss yang sangat cute dan ianya bersinar bagai tidak mengenakan apa-apa di bibir korang dan juga 50% kurang melekit dan membuatkan kita rasa selesa kerana ia melembapkan bibir sepanjang hari.


Dengan 7 pilihan warna yang memikat hati ia dinamakan seperti Cherry Kiss, Treat Me Sweet, Freshly Sliced, Berry Bella, Sparkling Grape, Crazy for Caramel dan Mad about Melon, Maybeline New York yakin lip gloss ini akan memberikan rasa sensasi dan lazat di bibir korang.

Cara nak pakai? 
La senang dan mudah di gunakan. Picit sahaja tubenya dan terus dicalitkan di bibir korang. Senang kan.


Lip gloss ini telah di uji dan di analisis, Maybeline New York Fruity Jelly Delicious Lip Gloss ini boleh di dapati dengan harga RM9.90 satu di semua kaunter Maybeline seluruh negara.

Menarik kan, senang nak bawak kemana-mana. Sumbat je dalam handbag korang kan. Dengan harga cam tu punya murah confirm bebudak sekolah, remaja student IPT pun mampu beli kan.