Showing posts with label petaling jaya. Show all posts
Showing posts with label petaling jaya. Show all posts

Wednesday, July 25, 2012

Buffet Ramadhan 2012 @ Armada Hotel, Petaling Jaya


Hi Korang,


Jom kita sambung lagi pencarian makan-makan aku dalam ramadhan buffet ini. Kali ni ke Utara Coffee House di Armada Hotel, Petaling Jaya.


Dengan bertemakan ‘Sinar Ramadhan Al-Mubarak’, pihak Armada telah menyediakan lebih daripada 100 jenis hidangan yang akan membangkitkan selera para pelanggan yang datang berbuka puasa di sini.










Juadah-juadah yang dihidangkan dapat mengembalikan kembali ‘nostalgia kampung’ dengan pelbagai jenis pembuka selera seperti aneka kerabu, lemang, serunding dan Aneka Jeruk. Di kaunter ‘Ulam-Ulam’ pula dihidangkan pelbagai jenis ulam seperti ulam pegaga, ulam raja dan petai papan bakar yang disertakan juga dengan pelbgai jenis sambal yang jarang didapati di mana-mana restoran lain.








Utara Coffee House ini juga menghidangkan ‘signature classid dish’ seperti Hati Lembu Berlada, Sayur Lodeh Hati Lembu Masak Berlada, Sayur Lodeh, Ayam GolekPucuk Paku Masak Ikan MasinKambing Masak MerahDaging Masak SeraiIkan Pari Masak Asam PedasRendang Udang UtaraSup Tulang Rawan, Otak-Otak, Sotong Masak Kunyit dan Serai dan masakan yang menjadi kegemaran sepanjang masa iaitu Siput Sedut masak Cili Padi.









Pemanis mulut termasuklah kuih tradisional melayu, French pastries dan juga manis yang lazat seperti Pengat Nangka, Bubur Pulut Hitam,  Ais Kacang and Bubur Cha-Cha. Ada juga pelbagai jenis minuman yang disediakan seperti CincauKelapa MudaJagungKembang Semangkuk,Selasih.


Harga ramadhan buffet 2012 di Utara Coffee House ini dari RM85.00++ per person dari 23rd Julai 2012 – 18hb Ogos 2012.








Jom kita ke


Utara Coffee House
Armada Hotel Petaling Jaya,
Lot 6, Lorong Utara C, Section 52, 46200 Petaling Jaya
Tel : 03 – 7954 6888 ext 4557

Website : www.armada.com.my

Bukan itu saja tau, pihak Armada Hotel juga turut mengadakan FB fanpage contest bagi membolehkan pemenang yang bertuah memenangi RM500 raya shopping voucher di mana-mana shopping outlet kegemaran mereka. Untuk info atau menyertai pertandingan ini, sila log onwww.facebook.com/HotelArmadaPJ

Selamat Berbuka Puasa




Wednesday, July 18, 2012

Mexican Dinner @ Frontera Sol of Mexico, Jaya One


Hi Korang,

Last week memang we had a blast of makan-makan session. Dari hari Sabtu sampai ke ahad malam, ktorg asyik membedal je. The best part tuh semuanya untuk di review dan di beri opinion. Seronok oo.


So malam Sabtu tu, ktorg ke Frontera Sol of Mexico terletak di Jaya One, yang menyajikan hidangan mexico yang semestinya hot and spicy. Sangat-sangat menarik.





Ktorg di hidangkan buffet line for salad and appetizer. Semuanya nampak segar dan menarik perhatian lah. Ok meh tengok gambo dulu.












Aku ingatkan ktorg cuba merasa makanan ini je rupanya ade main course lagi yang ktorg boleh pilih ikut sesuka hati. Aku pilih BBQ Texas Burger, eh boleh tersama plak dengan Mr Big kan.





Hah apa lagi, memang susah nak makan burger yang lebih besar dari mulut so nganga lah sebesar mungkin tanpa hirau kan orang yang lalu lalang kat situ. Berjaya jugak akhirnya mengabis kan burger ini kan.




Kemudian ktorg beralih plak pasal dessert. Pelbagai warna dan rasa tersendiri. Jom layan gegambar ni.






Tengok aksi orang terlampau kenyang dapat makan kan. Serius memang boleh senak perut di buatnya.





Eh lupa plak, sebenarnya menu yang dihidangkan kepada ktorg ni adalah untuk ramadhan buffet bagi tahun 2012 ni. 



Ye korang aku tak tipu. Memang banyak kan dan sedap-sedap mengikut tekak aku.

Apmacam? Best kan. Jom lah terjah ke sini bulan puasa nanti ye. Selain dari free WiFi, surau juga turut disediakan. So senanglah nak solat nanti kan.

Meh lah ke


Frontera Sol of Mexico
18-G-2, Block L
Jaya One
No. 72A, Jalan Universiti
Petaling Jaya
03 7958 8515
(Open from 11am to 11pm daily)

GPS3.118298, 101.635294
Tel: 03-7958 8515


Memang macam kat mexico bila hang out kat sini lah