Showing posts with label online shopping. Show all posts
Showing posts with label online shopping. Show all posts

Monday, January 27, 2014

Shopping Di H&M

Hi Korang,

Aku memang payah sket kalau nak shopping baju di mall yang besar-besar ni.

Kebanyakan cuma ada saiz untuk perempuan cantik dan kurus je, ermm sangat sedih ek. Abis pompuan comel cam aku ni beli baju kat mane plak. 

Jawabnya kenalah shopping kat butik-butik baju orang putih ni, alah yang imported punya macam Marks & Spencer, Dorothy Perkins, Aldo, Ms Read. Hah ko butik-butik cam tuhlah. So jangan nak kata aku poyo wokeh. Dah memang saiz comel cam ni, kedai-kedai baju cam tu yang provide kan. Jadi membeli belah kat situ. 

Bila lalu kat H&M Avenue K hari tuh, rasa cam nak singgah masuk je.

Walaupun aku tau, memang payah nak cari baju plusz size kan, but rasa teringin je. Oklah lepas anto Mr Big pi keje sabtu lepas, park kereta kat KLCC sebab ada ladies parking (rasa selamat sket) so menapak lah ke Avenue K ni.


Besar gak outlet H&M kat sini. Melambak-lambak baju ada.

Bila belek-belek je saiz kecik, saiz normal.Ada gak baju saiz beso sket tapi tak sesuai dengan aku plak. Alah memacam plak kan. Terus mood merudum. 

Jalan-jalan section accesories plak, hah ko terbeliak mata aku kejap. Bestnya memacam ada. Yeah I like!

sesaja beli coz cantik dan banyak compartment

ada 4 cincin, baru RM29.90 je. comel-comel belaka

pakai jalan-jalan on weekend, sesuai leisure-leisure gituh

Sampai pening dibuatnya, sudahnya aku beli handbag comel macam aku satu, earings dan rings. Bestnya kira bertambah lagi koleksi kan. Tak delah shopping until I drop pun, beli sesket je.

Ermm dah minat sangat, beli gak walhal gaji belum masuk lagi ni. Tak per tak per duit blogging kan ada lebih, so inilah tujuannya kan..


Tak de amik banyak gambo pun masa pi sini, yelah ko sengsorang takut tuh. Kang orang ikut, ragut beg kan bahaya.

Biar orang nampak cam tak berduit tapi sebenarnya.......... (sila sambung ayat, dan komen kat entry ni ek) Mana tau aku boleh share sket rezeki dengan korang kan..

Sila komen ek


Thursday, January 9, 2014

Reebonz Contest : Boleh Menang Beg Tangan Eksklusif PRADA Bernilai RM12,500

Hi Korang,


Kalau dengar je pasal contest yang hadiahnya beribu ringgit, ermm terbukak mata korang kan. Tau zaman ni zaman duit hehehe alah cakap orang aku pun sama gak lah

Contest yang boleh menang handbag PRADA RM12,500! ermm memang best hadiah ni. Tapi siapakah Reebonz ni ek, ok meh citer sket.


Apa Itu Reebonz

Reebonz (disebut sebagai ‘ribbons’) merupakan jenama online paling dipercayai di Asia, dan merupakan destinasi membeli-belah yang digemari kerana adanya pelbagai jenis jenama mewah. Ditubuhkan pada bulan Mac 2009, Reebonz telah menempa nama sebagai salah satu perniagaanonline yang paling disegani di Asia kerana kami menjaga reputasi kami dalam menjanjikan produk berkualiti tinggi, nilai hebat dan perkhidmatan yang bagus.


Ia beribu pejabat di Singapura dan telah menubuhkan pejabat di serata Asia termasuklah Malaysia, Indonesia, Thailand, Australia, Hong Kong, Taiwan dan Korea.

Ok dah paham ek, kalau kurang faham sket meh ke official website diorang http://www.reebonz.com.my ye.

Selari dengan cogan kata jenama itu, ‘Unveil the Surprise’ (Kejutan Istimewa), Reebonz menawarkan peluang bagi rakyat Malaysia untuk mendapat kejutan istimewa berupa hadiah yang datang hanya sekali seumur hidup. Korang hanya perlu mendaftar sebagai ahli secara percuma, atau jika korang sudahpun menjadi ahli, daftar masuk ke laman web Reebonz di http://www.reebonz.com.my dan jawab tiga soalan yang mudah. Pemenang akan mendapat beg tanganeksklusif Prada Saffiano Lux Borsa Cerniera bernilai RM12,500!

Di Sebalik Tabir Penghasilan Video Music Reebonz

Sempena dengan pertandingan ‘Win a Prada from Reebonz!’, Reebonz turut melancarkan video (http://youtu.be/pBt7jWq7_Z8) di platform media sosial mereka, seperti laman Facebook mereka, laman web Reebonz dan laman mikro pertandingan mereka (http://www.reebonz.com.my/winpradabag_contest). Video itu bertujuan untuk memberi kesedaran tentang Reebonz dan menjemput rakyat Malaysia untuk menyertai komuniti eksklusif Reebonz.

Aku sempat mengikuti video shooting Reebonz ni di Publika tahun lepas. Memang seronok tengok model-model yang cantik molek ini beraksi dengan beg tangan berjenama di Reebonz.







Ini plak official music video Reebonz ye.


Apa lagi jom sertai contest Reebonz nie. Caranya, meh check it out kat bawah ni ek


Senang kan, itulah aku cakap. Easy beazy je.. jawab 3 soalan yang berkaitan Reebonz je.


Seorang pemenang yang bertuah akan mendapat beg tangan eksklusif Prada Saffiano Lux Borsa Cerniera bernilai RM12,500

Contest ini bermula dari 6 Januari hingga 6 Mac 2014

Jom cepatlah apa tunggu lagi




Nak lebih details, check out

Official Website : http://www.reebonz.com.my/

Win A Prada Contest link :

Facebook Page : Reebonz Malaysia

 

 




Friday, November 29, 2013

Barangan DE BEAUTY Dari HiShop.MY

Hi Korang,

Aku kan jenis suka mencuba sesuatu yang baru. Tak kiralah apa jua jenis pun kan. Bab makan ke, baju ke, krim muka ke, sabun mandi ke. Pendek kata semualah.


So baru-baru ni aku dapat mencuba barangan kecantikan produk DE BEAUTY keluaran HiShop.My ni.

Meh kita mulakan dulu satu per satu ye


1. De Beauty Reborn Collagen Plus

Ianya minuman kesihatan yang berfungsi untuk melembap, mencerahkan, menegangkan, memperindahkan kulit kita. Bahan yang terkandung di dalam produk ni adalah Collagen (firming), Hyaluronic Acid (Moisturize), Soy ISO (smoothness), Pueraria Mirifica (breasts enhancing) dan L-Glutathlone (whitening effect).

RM220.00 sekotak.

My review : Rasanya sedap, fruity gituh. Bancuh dengan air sejuk then terus minum.


2. De Beauty Reborn Lecithin Green Coffee

Minuman kopi untuk kurus. Best tuh kan, mengandungi Lecithin, L-Carnitine, Green Tea, Vitamin B, Garcinia Fruit dan Chitosan.

Dengan mengamalkan kopi kurus ini, kita dapat menyingkirkan lemak, perut senang melawas, toxic pun dapat dikeluarkan.

RM110.00 sekotak

My review : Macam minum kopi biasa, langsung tak de rasa ubat. Sekali tenguk je licin.



3. De Beauty Reborn Nutri Bifidus

Minuman kesihatan gak but more to mengeluarkan bakteria dalam badan. Macam kalau kita ada sembelit ke diarrhea yang kejap. Ianya membantu mengeluarkan kuman yang ada dalam badan kita ni. Kemudian, ianya sebagai sumber tambahan tenaga pada badan kita.

RM165.00 sekotak

My review : Rasa lime-lime gituh, sangat refreshing.


Itulah serba sedikit mengenai produk kesihatan DE BEAUTY ni. Nak citer effect kat korang ermm cam payah sket kot. Sebabnya aku diberikan 2 sachets untuk setiap produk ni. Kebarangkalian nak nampak kesan pada badan tu amatlah payah. Baru je kuman-kuman hilang 2 hari dah datang balik.

Anyway terima kasih HiShop.MY for this special health review.

For more information about HISHOP, kindly visit:
HiShop Malaysia Website: www.hishop.my
HiShop Facebook: fb.com/hishopmy
HiShop Instagram: @hishopmy
HiShop Twitter: twitter.com/hishopmy

....Jangan lupa subscribe di HiShop tau, tekan je sini http://www.hishop.my/subscribe!

Friday, June 21, 2013

Powerbank PME MX-50 ‘PINK’ Menawan Hati

Hi Korang,

sila hiraukan muka mata panda tu ek, eyebag takut ooo

Ada orang kat opis aku ni still tak tau POWERBANK tu ape, cian kan. Nak tak nak aku explain sket kat dia. Maklumlah abang tu cam buta IT sket. So aku suruh dia baca aku entry aku ni


Apa itu POWERBANK?

Ianya merupakan satu gadget /aksessori yang digunakan untuk mengecas smartphone, camera, ipad, tablet. Maknanya kita tak perlu nak risau kalau travel kemana-mana tak kisahlah pi pasar ke shopping ke, ada meeting luar ke kan. Kira macam external battery gitu. Bagi aku senang nak bawa pi memana masuk je dalam poket ke, handbag ke.


Power PME MX-50 yang aku ada ni merupakan powerbank paling slim sekali yang ada dalam market iaitu 8.8mm, keluaran dari Denmark dan Powerbank ini support segala jenis device dari keluaran Apple dan device yang ada micro USB macam Samsung, HTC, Blackberry. So 1 Powerbank untuk 2-3 gadget, jimat sket duit.

set ada kat dalam kotak powerbank ni

Ada 4 warna, hitam, putih, biru dan pink. Designnya cantik kan, simple je sesuai dengan orang-orang macam aku yang suka on the go ni kan.


nampak tak bateri berjalan, tengah charge la tu

Macam Powerbank PME ‘Pink’ ni powernya sebanyak 5,000 mAh. So bolehlah kalau nak caj smartphone biasa-biasa dapat 2-3 caj penuh sebelum kita caj balik Powerbank tu kan. Ikut kapasiti lah Powerbank tu sendiri. Lagi besar kapasiti lagi banyak kali korang boleh guna.

ni tengah charge powerbank ni kat PC

Kat mana nak dapatkan Powerbank Slim Lite ‘PINK’ ni

Korang boleh check it out di www.juztshop.com . Kat website ni ada macam-macam barangan IT dan gadget boleh di beli secara online, yang latest tau. Diorang ni pun ada gak menjual barangan produk dari Jepun, barangan kecantikan, keperluan dapur, kids item dan memacam lah.

tengok register je dan ada diskaun

Bagi Ambank credit card user, juztshop ni menawarkan skim ansuran mudah 0%. Gerek tu kan.

So apa lagi, moh lah check it out www.juztshop.com ye

Aku tengok banyak lagi barang yang syiok2 ada kat website ni ek, ni yang rasa nak mengabiskan duit ni...

Siapa yang tak de Powerbank tu, silalah beli satu, senang kan korang gak la...






Thursday, November 1, 2012

Beli Pinggan Mangkuk Mahal Secara Ansuran Mudah

Hi Korang,

Online shopping macam dah jadi trend nowdays. Ade je shopping blog duk sibuk promote sana sini. Majoritinya duk menjual baju, suar, aksesori, kasut yang mostly untuk orang pompuan cam kita ni kan.


Tapi pernah tak korang dengar orang jual pinggan mangkuk ONLINE dan boleh ANSURAN MUDAH plak tu?

Memang tak la kan tapi ada ok. 

Ye memang ada, dan aku dah cuba pun beli pinggan mangkuk ni. Ingat brand cikai ke Alo brand CORELLE wokeh. 


Aku syiok browse kat FB ni, tup-tup terpandang ada satu fanpage ni yang jual pinggan mangkuk online secara ansuran mudah. Yelah kalau nak kuar duit sekelepuk memang kena ikat perut la kan. Tapi dengan Kak Wanny ni korang boleh buat payment 4 kali + 1 deposit. Normally dia memang mintak deposit RM100 untuk first month dan the rest of the month just bank-in dalam account dia.

Once dah abis bayar, baru dia hantar barang. Cepat gak aku dapat barang tuh. 

Bisnes cam ni based on trust, so far belum pernah lagi aku dengar yang Kak Wanny ni miss hantar barang lagi. Tapi ada plak duk tipu dia, cian plak aku dengar. Kak Wanny ni, orangnya ok. Kalau korang lambat bayar or tak cukup duit bulan tu, cakap dengan dia yang korang tak leh bayar, dia boleh give and take tapi jangan tipu lah ye.



Korang mesti teringin tapi tak mampu nak beli sekelepuk bolehlah check it out kat fanpages Kak Wanny ni ye. Selain dari pinggan mangkuk brand CORELLE, PYREX, CORNINGWARE, periuk belanga imported,  branded handbag, jam tangan pun dia ada jual. Korang browse je kat photo album dia, pilih yang mana berkenan dan startlah urusniaga.Negotiate terms of payment kan.

Mudahkan.

Memula tu pun aku cam tak caya gak, bayar je la tiap-tiap bulan but bila dah dapat barang terus jadi suka hilang rasa cuak tu tau. 

Rasanya memang nak beli lagilah 





Monday, July 30, 2012

Pinggan Mangkuk 'CORELLE' Dari Oversea

Hi Korang,

Akhirnya sesuatu yang di tunggu tiba jua minggu lepas.

Jeng jeng jeng... ini dia 

Corelle Dinnerware

Bestnya...

Memang dah lama aku berhajat nak beli masa pi Langkawi hari tuh tapi design nya tak de yang menarik. Nasib baik ada akak kat FB tu ade buat offer beli secara secara online dari USA.

Walaupun import dari oversea tapi harga lebih murah dari Langkawi tau. Untuk 16pcs square set ni cuma RM350 siap delivery ek.

Murah kan

Nak tunjukkan gambar pinggan tu nanti dulu ek sebab aku belum buka kotak lagi sebab nak pakai masa raya nanti, kira macam pinggan raya la kan.

CLP notes : Merasa juga beli pinggan mahal, selama ni guna pinggan hadiah kahwin dulu.


Mari Shopping Raya Dengan Nakalicious

Hi Korang,

Kepada sesapa yang baca facebook  profile aku last week, aku ada mentioned nak tolong promosikan online shopping blog kan, La tak tau, meh klik kat sini ek

So dalam minggu ini aku akan adakan slot untuk promosi mereka-mereka ini ye.

Untuk yang pertama ni aku nak citer mengenai blog http://nakal-licious.blogspot.com/.

Tokeh online shopping blog ini menjual pelbagai jenis pakaian, beg, aksessori untuk remaja dan wanita masa kini. Pendek kata fesyen yang mengikut trend terkini lah kan.

Jom tengok beberapa koleksi yang sedang dijual ye







Ini adalah sebahagian pakaian dan beg yang di jual. Kalau nak tengok banyak lagi fashion terbaru boleh check it out di http://nakal-licious.blogspot.com/ ye. Mana tau kot-kot ada yang menjadi idaman hati kan.

Berita baik untuk CikLilyPutih readers ye

Korang,
kalau korang shopping kat website ni korang akan dapat 10% off tau. Banyak tu kan. Ada lagi Cash On Delivery (COD) around KL dan poslaju pun FREE gak tau.

Yang penting kena mention yang korang tu readers Ciklilyputih.com ye. Kalau tokeh ni cakap tak de discount korang bagitau ye, biar aku  jentik telinga dia kahkakahakhaka.. alah gurau je lah.


Hah apa lagi cercepat lah ek, lagipun raya dah nak dekat ni kan.

Monday, August 8, 2011

Pengalaman Pertama Shopping Online, Ternyata Mudah Dan Cepat

Hi Korang,

Hebat ke penangan shopping online nie?

Nowdays memang banyak website or blog yang menawarkan pembelian secara online ni. Tak kira lah tudung, baju, bag, kasut, accessories dan memacam lagi lah kan..

Aku memang tak percaya sesangat shopping online ni. Sebab dulu aku dah pernah kena tipu sekali. Walaupun harga barangan yang aku purchase tu tak lah semahal mana but duit kan. Terasa cam di buang begitu saja lah.


But last 2 week, entah macam mana aku boleh terjebak dalam shopping mopping nie kan. Aku memang suka product dari Tupperware ni. So adalah Tupperware fanpage kat facebook ni yang tawarkan koleksi yang limited edition. Dekat seminggu lebih jugak lah aku dok usha2 product ni nak beli ke tak kan. 

So jumaat lepas, process deal harga pun dah settle. Rupanya memang boleh dapat harga murah daripada dalam katalog. Tak sangka betul aku lah. Akak tukang jual tu pun baik je orangnya, sabar je layan kerenah aku yang takut sangat barang tak sampai kan. 


Pagi tadi, masuk ke pintu gate site aku dah kena tahan dengan bebudak guard. Rupanya ada parcel untuk aku. Check2 rupanya parcel dari akak rashidah tokey tupperware tuh. Bestnya memang cepatlah. Dia cakap dengan aku hari isnin sampai, tapi sabtu lepas dah ada kat guard house.

Anyway terima kasih Kak Rashidah a.k.a Tokey Tupperware kerana urusan jual beli berjalan lancar sekali tanpa sebarang masalah pun kan. hehehehhehe. Lepas ni rasanya aku mesti beli lagi lah bebarang Tupperware  ni dengan dia lah.

Korang plak, ada pengalaman tak mengenai shopping online nie? Jom kongsi2 tau...